Sani Ahmad

Sani Ahmad Salam perkenalan dari saya. Saya berpengalaman kurang lebih 20 tahun dalam dunia internet khususnya pembinaan laman web.

Pastikan anda follow saya untuk tips tips berkaitan dengan Laman web dan Internet

18/08/2025
16/08/2025

Baca kat section komen kat page berita online. Netizen dok lawan maki hamun. Padahal berita pasai benda remeh ja, tapi yang dok lawan komen tu sampai habih maki mak bapak. awat jadi lagu tu? seronok ka?

Kebocoran Data Salah Siapa?Selalu kan dengar cikgu kena scam, kakitangan kerajaan kena scam.. Kekadang pelik jugak macam...
15/07/2025

Kebocoran Data Salah Siapa?

Selalu kan dengar cikgu kena scam, kakitangan kerajaan kena scam.. Kekadang pelik jugak macam mana mereka-mereka ni kena scam.

Jawapannya mudah mereka kena scam bilamana scammer tu ada sebanyak mungkin maklumat yang dirasakan peribadi Contoh nama penuh, alamat, no kad pengenalan, no fail pekerja, gaji diterima, pangkat, tarikh berkhidmat, siap dengan tarikh pencen pon sesetengah ada. Kalau dah boleh sebut semua data peribadinya biasanya seseorang tu akan cenderung percaya yang call tu bukan scammer tetapi memang dari agensi sebenar

Selalu kita tertanya-tanya manalah scammer dapat maklumat-maklumat sulit ni kan? dan selalu dialog kita dengar ialah;

"Syarikat telekomunikasi jual data kita kat scammer".

Setakat ni tuduhan ni tak dak siapa boleh sahkan, ia sekadar teori sangka-sangka. Tiada sebarang bukti

Cuma kekadang sebenarnya kita sendiri terlupa yang kita sendiri yang dedahkan maklumat kita secara tidak sedar kepada para scammer untuk guna.

Contoh paling mudah mudah, untuk dapat data peribadi kita ialah melalui Buku Pengurusan Institusi. Banyak institusi seperti sekolah, dan sebaginya s**a menggunakan medium seperti anyflip, untuk generate buku digital Pengurusan. Kononnya untuk memudahkan staff lain akses dan tak perlu print.

Tapi malangnya dengan memuat naik buku program yang sarat dengan maklumat peribadi staff adalah satu langkah yang sangat bahaya.

Sebagai contoh data dibawah adalah tangkap layar dari buku program di sebuah sekolah yang memaparkan pelbagai maklumat SULIT seperti nama penuh, DG, Pangkat, No Kad Pengenalan dan Nombor Telefon. Sepatutnya data-data ini dilindungi dengan tidak dimuat naik sekali ke atas talian. Pendedahan data-data ini memudahkan diri kita menjadi serangan pihak yang tidak bertanggung jawab.

Make sure setiap kali nak upload dokumen baik di anyflip, Scrib, google drive dan sebagainya pastikan tiada maklumat sensitif yang boleh dimanipulasi oleh pihak lain. Dan sekiranya perlu sangat upload dokumen2 tersebut pastikan set restriction hanya pada orang tertentu sahaja boleh papar dan cetak.

So cuba buat task sikit hari ni. Boleh cuba google maklumat2 berikut satu persatu.

Nama dokumen yang selalu memuatkan maklumat peribadi anda Cth: Buku Pengurusan SK Atas Pokok
atau Nama penuh
atau No kad pengenalan sama ada dengan "-" atau tanpa "-" atau nombor telefon anda sama ada dengan "-" atau tanpa "-"

cuba tengok ada tak maklumat yang boleh dikategori sebagai sulit dipaparkan?. Kalau tak jumpa Alhamdulillah. Kalau jumpa... herm.. dah tahu kan dari mana scammer dapat maklumat anda?

Lindungi Data Anda!

22/12/2024

Mesyuarat: perundingan (utk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan).

Taklimat: memberikan penerangan atau arahan yg perlu secara ringkas tentang sesuatu perkara.

Ceramah: s**a bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap

Sumber: https://prpm.dbp.gov.my

Yang selalu korang kena hadiri mesyuarat tu sebenarnya betul betul mesyuarat ke, taklimat ke atau ceramah? 😅

Hari ni baca kisah tentang kejatuhan N**i. So antara punca Hi**er kalah dalam perang dunia adalah disebabkan Micromanage...
22/12/2024

Hari ni baca kisah tentang kejatuhan N**i. So antara punca Hi**er kalah dalam perang dunia adalah disebabkan Micromanage. Bila semua keputusan masa perang tu dia buat ikut kepala dia dan tak mau dengaq pendapat general2 dia yang lebih tahu keadaan sebenar di lapangan. iktibar ni kita boleh guna baik dalam organisasi, keluarga atau dalam apa jugak urusan hidup secara berkumpulan. Its ok untuk dengaq pendapat orang lain. Sekalipon from your subordinates. Ya kita mungkin TAHU dan RASA kita boleh uruskan semuanya, tapi kekadang ada benda yang kita tak nampak atau terlepas pandang tetapi orang lain peraksan benda tu.

19/12/2024

Pagi ni sembang dengan cashier kedai naseeb capati pakistan. Rupanya cashier dia graduate civil engineering. Tapi tak dak keja kat negara dia. So mai malaysia keja cashier jual capati.

11/04/2024

Pagi ni beratur nak beli sarapan nasi berlauk. Beratur agak panjang. So time saya sampai saya pon cakaplah oder saya. Jumlah agak besar. Orang yang jual suruh saya tunggu dan bagi pada pelanggan lain yang oder lebih sedikit di belakang saya. Bukan sorang.. ramai gak tu membuatkan saya tertunggu tunggu sekalipon saya dah beratur macam orang lain. Patut ke tak patut?

Apa pandangan korang?

Bertabahlah… ini semua cobaaaannnn
09/04/2024

Bertabahlah… ini semua cobaaaannnn

Bagi sesiapa yang kawen dengan orang utara dan tahun ni balik utara. Nah guide untuk korang khususnya yang kawen dengan ...
07/04/2024

Bagi sesiapa yang kawen dengan orang utara dan tahun ni balik utara. Nah guide untuk korang khususnya yang kawen dengan orang 02.

Tak semua benda kami sebut dengan tambahan Q. Contoh:

Langsir disebut tirai bukan langsiaq. Kalau langsiaq tu maksud dia hantu langsuir 😂

Selipar tak di sebut slipaq tapi kasut. Semua benda boh kat kaki adalah kasut.

Gula gula disebut cekelat. Tak kisah la dia diperbuat dari koko ke tak. Semua cekelat. Jangan dok panggei gulaq gulaq pulak 😂

Tak dak istilah dahaga yang ada lapaq. Dahaga di sebut lapaq ayaq. Jangan dok sebut dahagaq plak 🤣

So jangan bedal semua benda di tambah Q.

Ni beberapa perkataan yang mungkin hampa akan dengaq time raya.

Tokyu = kicap
Sia = mangkuk tingkap
Saprah= kain lapik untuk hidang makanan
Cebek = chair back, kain yang diletakkan pada kerusi atau sofa
Mengkelan = tercekik atau tak boleh nak telan. Contoh. Bok mai ayaq segelaih, mengkelan aih
Belemoih = comot. Makan lagu mana tak tau sampai habih belemoih.
Awat = kenapa
Lohoq = waktu zohor contoh kita pi rumah depa lepaih lohoq, maksud dia kita pi rumah depa lepas zohor
Kelepiaq = kibas contoh. Kelepiaq dulu baju tu sebelum sidai. Tolong kibas dulu baju tu sebelum sidai
Loklaq = tak senonoh / tak cermat . Awat hang loklaq sangat nih! Tumpah habih. Maksud kenapa kurang cermat sangat sampai tumpah.
Segan = malu. Jangan dok wat segan aih, maksud dia jangan malu malu. Tapi bila di tambah imbuhan pe contoh penyegan maksud dia selalu dirujuk sebagai pemalas dan bukannya pemalu.
Contohnya hish menantu aku ni penyegan sungguh. Maksud dia menantu aku ni pemalas sungguh 😅
Hawin = baling atau lempar
Qembiang = menggalas, membawa kesana sin sesuatu. Contoh; awat la dok qembiang natang tu? Tak berat ka?
Pelaq = celaka, sial atau haram Jadah. Perkataan ni hanya digunakan bagi kawan yg sangat rapat. Jangan guna sembarangan takut jadi gaduh. . Contoh: awat la perangai po pelaq tak tau. Maksud; kenapalah perangai macam celaka tak tau. Cth lain pelaq sungguh yg bermaksud celaka sungguh.

Hampa jugak akan dengan banyak perkataan “tak tau” tak tau tak semestinya bermaksud tidak tahu. Kadangkala juga boleh bermaksud pertanyaan atau kadangkala bermaksud penafian. Tak tau selalu digunakan di penghujung ayat.

Contoh:
Awat dok buat kelaku lagu tu tak tau.
Kenapa buat perangai macam tu.

Pesaipa jadi lagu tu tak tau.
Kenapa jadi macam tu.

Pukui berapa depa nak mai tak tau
Pukul berapa mereka akan sampai?

sesetengah orang tua s**a perkataan “apa nama”
Apa nama ni dia macam ayat “aaaaaa” yang selalu kita guna bukan bermaksud dia tanya nama kita. Kena dengaq bagi habih ayat yang diungkapkan untuk faham apa yang dia cuba tanya.

Kebanyakkan orang tua kita akan guna tambahan “pak” dan “mak” di depan nama panggilan depa.

Contoh pak non, pak leh, pak wan, mak leha, mak ela, mak idah.

Kalau depa ada pangkat dalam keluarga mmg kita akan guna pangkat la contoh paklong maklong makngah mak lang, maksu dan sebagainya.

Kalau gamak tak reti cakap utara, cakap je macam biasa kami ok. Sebab memang orang bukan kedah. Asalkan jangan orang kedah baru dok kl berapa taun balik kedah tapi cakap keyell. Memang kena hentam berjamaah la jawabnya 😂

Dan paling penting, orang kedah ni bahasa dia kasaq. Lgi rapat lagi kasaq bunyi dia. Kutuk mengutuk tu biasa untuk adik beradik rapat. Lepas tu kalu cakap macam tengah bergaduh. Suara kuat macam duduk sebatu. So jangan ambik hati.

Apa apa pon selamat menyambut hari raya di perantauan. selamat belajar budaya dan bahasa orang kedah. Bahasa kami mungkin nampak macam kasaq tapi bila dah kenai baru akan nampak dalam kasaq tapi sebenarnya penuh dengan kelembutan. Ecehh. Ye lah .. kalau tak..takkan la hampa nak kawen dengan orang kedah ye dak?

Welcome to kedah!
P/s tau nih admin raya kat mini dakha je dengan bayya bayya. Kesian depa kat kelumpo tak dak sapa teman. 😂

Den tak sure apa fungsi semua house buat benda ni. Tapi sebagai bapak, den memang s**a sangatlah. Bior anak anak main ge...
07/04/2024

Den tak sure apa fungsi semua house buat benda ni. Tapi sebagai bapak, den memang s**a sangatlah. Bior anak anak main gelongsor. Den plak lepak kat tangga sambil sambil tunggu mem sesat di dalam gedung jualan. Harap harap dapat hidayah mencari jalan pulang.

Address

Alor Setar

Telephone

+60195557606

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sani Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share