01/10/2025
30/09/2025 Semalam telah berlangsungnya acara ENTICE 2025 β 10 Years of Uplifting Tech Talents bertempat di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur
Acara gilang-gemilang anjuran MBOT ini turut dirasmikan dengan ucapan pembukaan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pelbagai pengisian menarik berlangsung termasuk Townhall, Forum, Exhibition, Sharing Session dan Anugerah.
Kami di BaseNET Technology Sdn Bhd berbangga kerana berpeluang membuka booth pameran dan berkongsi solusi inovasi teknologi bersama para peserta dan pengunjung. Terima kasih kepada semua yang hadir dan singgah di booth kami π
Semoga momentum ini terus menyemarakkan usaha merakyatkan sains, menginsankan teknologi dan mengarusperdanakan inovasi untuk masa depan negara.