09/08/2021
JOM KENALI PENYAKIT DAN PEROSAK UTAMA DALAM PENANAMAN PISANG
1. Penyakit Panama/ Layu Fusarium “Fusarium Wilt” ( Fusarium oxysporum )
Tanda-tanda serangan Pada pokok muda, daun yang belum kembang menjadi kuning muda dan mati. Bagi pokok tua, serangan bermula dengan tepi daun yang mula menguning ke tulang daun. Kemudian tangkai daun menjadi lembik, layu dan pelepah akan patah. Daun kemudian mati terkulai di keliling batang. Bahagian yang diserang akan reput dan berbau busuk. Jika keratan dibuat pada batang, terdapat garis-garis perang atau hitam di sepanjang batang. Penyakit ini biasanya bermula dengan bahan tanamanyang telah dijangkiti. Kulat ini boleh bertahan bertahun-tahun di dalam tanah. Penyakit ini merupakan penyakit serius dan tiada bahan kimia yang efektif sebagai penyembuh penyakit ini.
2. Bintik Daun Cordana “ Cordana Leaf Spot” ( Cordana musae )
Tanda-tanda serangan Bila matang, bintik berbentuk bulat bujur akn kelihatan yang panjangnya boleh mencapai sehingga 100 mm. Pada permukaan atas daun, bintik berwarna perang dan berpusar serta di kelilingi jalur yang berwarna kuning cerah. Bintik pada permukaan daun p**a mengandungi spora dan berwarna kelabu.
3. Reput Bakteria/ “Finger-tip Rot” (Pseudomonas sp.)
Tanda-tanda serangan Buah yang dijangkiti kelihatan cacat dan mempunyai bahagian bawah yang bengkak serta penghujung buah yang tipis. Keratan buah ini berwarna perang bulat. Biasanya satu buah sahaja yang dijangkiti pada sikat yang sama dan buah yang dijangkiti kelihatan selari sengan yang lain. Bakteria ini biasanya terdapat pada bunga dan dipindahkan dari satu bunga ke bunga yang lain oleh serangga
4. Bintik Daun Sigatoka Hitam “ Black Sigatoka” (Mycosphaerella fijiensis )
Tanda-tanda serangan . Peringkat awal, kelihatan jangkitan jalur-jalur kuning kehijauan atau kuning pucat seperti lika-luka kecil. Panjangnya lebih kurang 1.0- 10.0 mm dan lebarnya 0.5-1.0 mm selari dengan urat daun dan lebih jelas pada bahagian atas daun. Luka-luka ini akan membesar dan berwarna perang gelap dan di tengah bintik menjadi kering berwarna kelabu. Pelepah daun akan kering dan kelihatan seperti terbakar sebelum daun sempat matang. Kulat ini boleh merebak jika keadaan cuaca sangat lembab dan berangin. Juga ianya boleh merebak melalui pemindahan daun dan salur pedang
5. Bintik Daun Sigatoka Kuning “Yellow Sigatoka” (Mycosphaerella musicola )
Tanda-tanda serangan . Pada musim berbunga, daun yang ketiga atau keempat di pertengahan pokok akan kelihatan berjalur-jalur kuning muda atau hijau-perang selari dengan urat daun (lebihkurang 1-2 mm panjang). Daun kelima dan keenam berbintik perang atau hitam sehingga 100 mm panjangnya. Pada daun yang lebih tua, bintik-bintik berwarna kelabu muda dengan sisi bintik berwarna perang tua atau hitam dan dikelilingi oleh jalur kuning akan kelihatan. Kump**an spora akan kelihatan pada bintik kelabu yang kecil terutama dalam keadaan cuaca yang lembab. Pada keadaan yang teruk, buah akan berkurangan, tidak akan matang serentak dan tak berisi. Penyakit ini biasanya menyerang pisang jenis Cavendish
6. Serangan Virus Atas Tandan/ “Bunchy Top Virus”
Tanda-tanda serangan . Kelihatan bintik-bintik hijau gelap yang selari dengan uart daun. Bintik-bintik bercorak “dot-dash” sehingga ke urat tengah. Daun yang dijangkiti berwarna kuning pucat pada sisi daun dan kelihatan lebih tegak. Pucuk akan terbantut dan berkelumpuk dan kelihatan seperti satu kump**an pada bahagian atas pokok. Tandan biasanya juga tegak. Virus ini dibawa oleh afid yang makan daun yang berjangkit dan boleh merebak dengan pertolongan angin. Penyakit ini juga boleh merebak daripada bahan tanaman yang dijangkiti virus.
7. ULAT PENGGULUNG DAUN/ “Leaf Rollers” (Erionata thrax )
Tanda-tanda serangan Kupu-kupu akan bertelur atas daun pada waktu malam. Ulat akan mengerat dan menggulung daun sepanjang tulang daun. Ia makan serta berlindung dalam gulungan ini. Ulat yang bergerak pada waktu malam ini juga memotong dan menggulung daun baru serta memakannya. Daun hanya akan tinggal tulang daun sahaja selepas diserang
8. KUMBANG PENGOREK UMBISI / “Weevil Borers” (Cosmopolites sordidus )
Tanda-tanda serangan Tumbesaran telur hingga dewasa mengambil masa 41-53 hari. Larva dan kumbang dewasa mengorek bahagian bawah batang dan juga umbisi serta akar gugur dengan cepat. Batang pokok akan patah kalau serangan teruk. Larva biasanya dapat dikesan pada pangkal pisang di mana ia membesar.
9. KUTU THRIP/ “Banana Flower Thrips” (Thrips hawaiiensis)
Tanda-tanda serangan Kutu trip biasanya menyerang bunga pisang dan menyebabkan buah berkeruping. Buah juga tidak akan masak dengan sempurna walaupun sudah matang. Ini mengakibatkan nilai pasaran yang rendah
10. KUTU THRIP PERANG / “Rust Thrips” (Chaetanaphotrips signipennis )
Tanda-tanda serangan Serangga menyerang bahagian upih daun sebelah rendah dan pada sulur. Serangga dewasa dan nim akan membesar di antara buah yang bersebelahan. Kelihatan warna kemerahan di antara buah pisang. Kemudian kulit pisang menjadi perang kemerahan atau hitam dan merekah.
11. HAMAMA / “Spider Mites” (Tetranychus sp.)
Tanda-tanda serangan Pop**asi akan bertambah pada keadaan cuaca panas dan kering. Serangan bermula pada bahagian bawah daun berhampiran dengan tulang daun dan seterusnya merebak keseluruh daun. Bahagian bawah daun berkelompok kelabu. Bahagian atas daun berwarna kuning dan jelas kelihatan dari jarak jauh. Kulit buah menjadi perang kemerahan dan merekah. Buah yang dibalut dengan plastik harus diberi perhatian kerana keadaan yang panas dan kering (akibat balutan) sangat sesui untuk hamama ini.
12. ULAT RATUS / “Army Worm” (Spodoptera litura )
Tanda-tanda serangan Larva muda menyerang daun secara kump**an bila kecil dengan ganas sehingga tinggal rangka daun sahaja. Rama-rama akan bertelur secara berkelumpuk atas daun pada sebelah malam. Serangan perosak ini boleh menyebabkan pokok terbantut dan tidak bermaya berbuah, sekaligus mengurangkan hasil ladang.