06/04/2022
Pemprosesan kupas(Bahasa Melanau)/sesar unjur(Bahasa Melayu Sarawak).
Pemprosesan sesar unjur mempunyai banyak proses. Dan proses ini memakan masa yang agak lama dari udang basah sehingga menjadi sesar unjur. Antara proses yang perlu dilakukan adalah. Proses mengasingkan hasil laut, mengupas, menelat, menyalai dan menjemur sesar unjur.
Proses mengasingkan hasil laut
Proses ini memerlukan banyak tenaga kerja untuk membantu mengasingkan hasil laut. Udang merah akan diasingkan dan diperlukan untuk membuat sesar unjur. Manakala, udang bemban, karang dan solo tidak diperlukan kerana saiz yang terlalu besar.
Proses Mengupas Udang Merah.
Proses mengupas udang merah juga mengambil masa agak lama. Pengusaha atau taukey sesar unjur akan mengagihkan udang merah untuk dikupas di atas kanvas yang disediakan. Sebelum udang merah dikupas, pengusaha akan memanasakan udang merah terlebih dahulu untuk memudahkan mengupas udang merah.
Proses Menelat Lusik(Udang Merah Yang Telah Dikupas)
Proses ini menyusun lusik di atas babat(alat khas) untuk menjadikan tekstur sesar unjur itu cantik dan mengikut kriteria. Sebelum menelat, pengusaha akan membersihkan lusik terlebih dahalu dengan bilasan air bersih(penduduk kampung bruit guna air hujan yang ditakaung dalam tong) sehingga bersih.
Proses Menyalai Sesar Unjur.
Proses ini memerlukan kemahiran yang ada kepada pengusaha. Kemahiran seperti mengawal api agar tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lemah. Jadi bahang kayu api tersebut dalam keadaan yang optima. Proses ini bukan proses yang mudah kerana bermain dengan api yang panas. Maka pengusaha perlu gigih bagi memastikan udang kering sepenuhnya. Disamping itu, proses ini mengambil masa yang agak lama.
Proses Menjemur Sesar Unjur
Proses ini adalah proses yang terakhir dalam menyiapkan sesar unjur. Dengan menjemur sesar unjur mampu menjamin sesar unjur itu kering sepenuhnya dan garing(risak) sebelum dijual kepada pembeli.
Maka itulah proses menyiapkan sesar unjur yang premium dari Pulau Bruit. Dengan harga semasa RM120-RM150. Oleh itu, sesar unjur ini menang membeli dan pembeli pun puas hati. Harap info ini bermanfaat. Like page makaw.
Seterusnya adalah : 1KG Udang yang saya beli berbaloi ke tidak?
raisramli-Admin
Sumber: https://youtu.be/vCOAMXBUPjY