07/08/2026
Alhamdulillah, selesai pemasangan LoRa APRS Digipeater di Changkat Rembian, Tapah!
Semoga dengan pemasangan ini, liputan (coverage) LoRa APRS di sekitar kawasan Tapah dan sekitarnya akan menjadi lebih luas dan stabil, sekali gus memberi manfaat kepada komuniti radio amatur.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Astra Tapah kerana sudi memberikan kebenaran untuk kami menumpang memasang LoRa APRS Digipeater di menara (tower) mereka.
Semoga usaha kecil ini dapat terus memperkukuhkan rangkaian LoRa APRS di Malaysia.