KODOU

KODOU Kami bina “Mesin Pendapatan” digital untuk bisnes anda — Sales Funnel, Ads, SEO & Content yang menukar pelawat menjadi pelanggan.

20/10/2026

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗔𝗥𝗜. 𝗕𝗜𝗦𝗡𝗘𝗦 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔𝗜?

Melalui Pakej SEO Google, kami bantu semak dan tambah baik maklumat bisnes serta kandungan yang relevan dengan carian pelanggan. Matlamatnya mudah: apabila mereka menemui bisnes anda, mereka tahu apa yang anda tawarkan dan cara untuk menghubungi anda.

𝗡𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶? WhatsApp **016-771 7697** untuk semakan SEO.

👉 https://wa.me/60167717697

𝗞𝗢𝗗𝗢𝗨 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 “𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥”? 📚Dalam dunia digital dan pemasa...
13/09/2026

𝗞𝗢𝗗𝗢𝗨 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 “𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥”? 📚

Dalam dunia digital dan pemasaran, satu perkara yang kami belajar selama ini:

𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴. 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝘀𝘂𝗱 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮.

Industri berubah. Platform berubah. Cara pengguna membuat keputusan pun berubah.

Sebab itu walaupun KODOU sudah bertahun-tahun terlibat dalam dunia pendigitalan dan pemasaran, kami masih percaya bahawa kita perlu sentiasa datang dengan “gelas yang kosong” — bersedia menerima perspektif, ilmu dan cara berfikir yang baharu.

Baru-baru ini, pas**an KODOU berpeluang menyertai 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗜𝗡𝗦𝗞𝗘𝗡 𝗖𝗼𝗻𝘁𝗲𝗻𝘁 𝗖𝗿𝗲𝗮𝘁𝗼𝗿 — 𝗜𝗡𝗦𝗞𝗘𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟲.

Pada awalnya kami fikir mungkin ini peluang untuk refresh dan memperkemaskan semula ilmu berkaitan content creation.

Tapi bila sesi bermula…

Rupanya banyak juga perspektif baharu yang membuka ruang untuk kami melihat semula bagaimana KODOU boleh bergerak dengan lebih baik selepas ini. 🔥

Ada satu prinsip yang kami s**a pegang:

𝗔 𝗳𝘂𝗹𝗹 𝗴𝗹𝗮𝘀𝘀 𝗰𝗮𝗻 𝗵𝗼𝗹𝗱 𝗻𝗼 𝗺𝗼𝗿𝗲. 𝗦𝘁𝗮𝘆 𝗲𝗺𝗽𝘁𝘆, 𝘀𝘁𝗮𝘆 𝗰𝘂𝗿𝗶𝗼𝘂𝘀. 𝗘𝘅𝗽𝗲𝗿𝗶𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗶𝘀 𝗻𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗮𝗻 𝗲𝘅𝗰𝘂𝘀𝗲 𝘁𝗼 𝘀𝘁𝗼𝗽 𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴 — 𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗶𝘀 𝗮 𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗰𝗲𝘀𝘀𝗶𝘁𝘆.

Kalau kita datang dengan gelas yang sudah penuh, susah untuk kita menerima sesuatu yang baharu.

Kadang-kadang untuk berkembang, kita kena berani ketepikan sekejap apa yang kita rasa kita sudah tahu, buka fikiran dan belajar semula.

Antara sesi yang memberi perspektif menarik ialah kupasan 𝗦𝗪𝗢𝗧 𝗔𝗻𝗮𝗹𝘆𝘀𝗶𝘀 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗖𝗼𝗮𝗰𝗵 Azhar Ramali.

SWOT mungkin nampak seperti framework yang kita selalu dengar dalam dunia bisnes.

Tetapi bila dikupas dengan lebih mendalam, ia membuatkan kami melihat kembali KODOU dari sudut yang berbeza:

Apa sebenarnya kekuatan yang perlu kami gandakan?

Apa kelemahan yang perlu kami perbaiki?

Peluang apa yang sedang muncul dalam pasaran Sabah?

Dan bagaimana semua itu boleh diterjemahkan kepada strategi yang lebih baik untuk membantu pelanggan kami?

Namun satu lagi nilai besar yang kami bawa p**ang daripada program ini ialah 𝗻𝗲𝘁𝘄𝗼𝗿𝗸𝗶𝗻𝗴.

Kami berpeluang bertemu dengan peserta daripada pelbagai latar belakang, industri dan kemahiran — masing-masing membawa pengalaman, kepakaran dan perspektif yang berbeza.

Ada yang kuat dalam content, ada yang mahir dalam branding, videografi, pemasaran, teknologi, perniagaan dan bidang-bidang lain yang saling melengkapi.

Bagi kami, inilah yang menarik.

𝗘𝗸𝗼𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗱𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂, 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗮𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮.

Ia akan menjadi lebih kuat apabila lebih ramai pemain tempatan boleh saling mengenali, berkongsi kepakaran, membuka ruang kolaborasi dan melengkapkan antara satu sama lain.

Kadang-kadang nilai sebuah program bukan hanya pada apa yang kita tulis dalam nota, tetapi juga pada 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹, 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮, 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗶𝗻𝗶.

Kerana bagi kami, menghadiri program bukan sekadar untuk kumpul sijil atau tambah gambar aktiviti.

𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗶𝗮 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗷𝗲𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻, 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗼𝗹𝗮𝗯𝗼𝗿𝗮𝘀𝗶, 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸.

Terima kasih kepada Institut Keusahawanan Negara dan 𝗖𝗼𝗮𝗰𝗵 Azhar Ramali, atas perkongsian ilmu, perspektif dan pengalaman sepanjang program ini.

Dan terima kasih juga kepada rakan-rakan peserta yang menjadikan program ini lebih daripada sekadar sebuah sesi pembelajaran.

𝗚𝗲𝗹𝗮𝘀 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗶𝘀𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂.
𝗡𝗲𝘁𝘄𝗼𝗿𝗸 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗹𝘂𝗮𝘀.

Sekarang tugas kami adalah untuk menggunakan kedua-duanya sebaik mungkin — terus belajar, membina kolaborasi dan bersama-sama memperkukuhkan ekosistem digital di Sabah.

𝗦𝘁𝗮𝘆 𝗰𝘂𝗿𝗶𝗼𝘂𝘀. 𝗞𝗲𝗲𝗽 𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴. 𝗞𝗲𝗲𝗽 𝗰𝗼𝗻𝗻𝗲𝗰𝘁𝗶𝗻𝗴. 𝗞𝗲𝗲𝗽 𝗯𝘂𝗶𝗹𝗱𝗶𝗻𝗴.

17/07/2026

KODOU in motion.

Kami bantu bisnes tampil lebih profesional melalui teknologi, digital marketing dan AI.

Technology. Creativity. Intelligence.










15/07/2026

Ramai owner bisnes fikir marketing itu mesti hardsell.

Sebenarnya, marketing yang bagus bantu orang yang memang perlukan solusi untuk jumpa bisnes kau dulu.

Kalau bisnes bagus tapi orang nda nampak, peluang pun lalu macam itu saja bah.

13/06/2026

Bah, jangan terlalu cepat bayar orang buat website sebelum faham benda ni dulu. 😅

Ramai peniaga ingat bila sudah ada website, automatik customer akan datang.

Tapi realitinya…
Website yang cantik saja belum tentu boleh bawa jualan.

Yang lagi bahaya, ada website yang nampak professional, tapi:

❌ Tiada direct WhatsApp
❌ Tiada sales funnel
❌ Loading lambat di phone
❌ Tidak muncul bila orang search di Google
❌ Domain pun bukan atas nama bisnes sendiri
❌ Mula-mula nampak murah, last-last banyak hidden charges

Paling rugi bila customer sudah berminat, tapi susah mau tanya atau order.

Pelanggan sekarang mau cepat.
Nampak produk, tekan WhatsApp, tanya, terus deal.

Kalau website tidak bantu proses tu, maksudnya website tu cuma jadi brosur online saja.

Di KODOU, kami bantu bisnes bina website yang bukan sekadar cantik, tapi ada fungsi untuk tarik lead, bawa customer ke WhatsApp, dan bantu bisnes nampak lebih dipercayai secara online.

Website bukan tempat kasi “ada saja”.
Website mesti jadi aset yang bantu bisnes berkembang.

Mau website yang simple, kemas dan boleh bantu bawa pelanggan?

KODOU kasi setel. 🚀

𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐏𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐖𝐄𝐁𝐒𝐈𝐓𝐄 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔 𝟕 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐍𝐈.𝐍𝐨. 𝟑 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐮𝐧𝐮𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐣𝐮𝐚...
13/06/2026

𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐏𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐖𝐄𝐁𝐒𝐈𝐓𝐄 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔 𝟕 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐍𝐈.

𝐍𝐨. 𝟑 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐮𝐧𝐮𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧. ⚠️

Ramai usahawan PKS di Sabah sudah mula sedar yang bisnes perlu ada website.

Bagus.

Itu memang langkah yang betul.

Tapi masalah dia, ramai juga yang sudah bayar ribuan ringgit untuk buat website, lepas itu website tersebut jadi macam “hiasan online” saja.

Ada website, tapi tiada pelanggan masuk.

Ada website, tapi tiada orang WhatsApp.

Ada website, tapi sales masih sendu.

Ada website, tapi akhirnya bersawang juga.

Jadi sebelum kamu keluarkan duit untuk upah mana-mana agensi buat website, cuba baca dulu 7 perkara ini.

𝟏. 𝐖𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 𝐢𝐭𝐮 𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥

Ini perangkap paling biasa.

Ramai agensi fokus buat website nampak cantik.

Ada animation.

Ada gambar besar.

Ada menu banyak.

Ada sejarah syarikat, visi, misi, carta organisasi, dan macam-macam lagi.

Tapi persoalan sebenar ialah:

𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐰𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦, 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤?

Sebab cantik saja belum cukup.

Website yang bagus bukan sekadar brosur maya.

Website yang bagus sepatutnya berfungsi macam sales funnel.

Dia bawa pelanggan daripada tidak kenal, mula faham, nampak nilai, percaya, dan akhirnya tekan WhatsApp untuk bertanya atau membeli.

Kalau website cuma cantik tapi tiada flow jualan, dia mungkin nampak mahal, tapi tidak semestinya bawa untung.

𝟐. 𝐊𝐨𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐮𝐧𝐲𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐥𝐚-𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧

Masa mula-mula tanya harga, nampak macam murah.

Tapi selepas setuju, baru keluar kos lain.

Domain lain bayar.

Hosting lain bayar.

SSL lain bayar.

Maintenance lain bayar.

Update content pun ada caj.

Tambah button WhatsApp pun ada caj.

Tukar gambar pun ada caj.

Akhirnya bajet yang kamu sangka RM1,000 boleh naik jadi RM2,000 atau RM3,000.

Bukan semua caj tambahan itu salah.

Tapi yang penting, semuanya mesti jelas dari awal.

Sebelum setuju, tanya siap-siap:

Apa yang termasuk?

Apa yang tidak termasuk?

Domain atas nama siapa?

Hosting siapa urus?

Ada caj renewal ka?

Kalau mau update nanti, macam mana kiraannya?

Jangan tunggu website siap baru tahu ada benda penting yang belum termasuk.

𝟑. 𝐏𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚: 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐤𝐞 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐀𝐩𝐩

Ini yang ramai terlepas pandang.

Banyak website masih guna gaya lama.

Pelanggan kena isi borang.

Nama.

Email.

Nombor telefon.

Mesej.

Lepas itu tunggu pihak bisnes reply.

Masalahnya, pelanggan hari ini mahu cepat.

Terutama di Malaysia dan Sabah, WhatsApp masih antara cara paling senang untuk pelanggan bertanya dan buat keputusan.

Kalau website kamu tidak bawa pelanggan terus ke WhatsApp, kamu mungkin sedang hilang banyak peluang jualan tanpa sedar.

Pelanggan yang sudah berminat jangan disuruh pusing jauh.

Jangan bagi dia terlalu banyak langkah.

Kalau dia sudah nampak produk, sudah faham tawaran, dan sudah berminat, mudahkan dia terus tekan WhatsApp.

Lebih pendek jalan pelanggan, lebih tinggi peluang dia bertindak.

𝟒. 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐢𝐚𝐩 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐥𝐚𝐦𝐚

Ada bisnes perlukan website sebab mahu mula promosi cepat.

Mahu masuk iklan.

Mahu lancar produk.

Mahu share link kepada pelanggan.

Tapi ada agensi ambil masa berminggu-minggu sampai berbulan-bulan untuk siapkan website yang sebenarnya simple saja.

Setiap hari website belum siap, kamu hilang peluang.

Pelanggan mungkin cari pesaing.

Kempen marketing tertangguh.

Sales funnel belum boleh jalan.

Bisnes yang bergerak cepat biasanya ada kelebihan.

Jadi sebelum upah agensi, tanya timeline dengan jelas.

Bila design siap?

Bila boleh review?

Bila boleh live?

Apa yang diperlukan daripada pihak kamu supaya proses tidak tersangkut?

Website moden tidak semestinya perlu ambil masa terlalu lama, terutama kalau objektif dia jelas.

𝟓. 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐋𝐨𝐜𝐚𝐥 𝐒𝐄𝐎

Website boleh nampak cantik, tapi kalau orang sekitar kamu tidak jumpa di Google, susah juga.

Contoh, pelanggan di Kota Kinabalu cari servis yang kamu tawarkan.

Tapi yang keluar nama pesaing.

Website kamu ada, tapi macam “ghaib” dari carian pelanggan tempatan.

Ini sebab ramai hanya buat website, tapi tidak fikir asas Local SEO.

Perkara simple seperti tajuk page, keyword lokasi, struktur content, Google Business Profile, dan maklumat bisnes yang konsisten pun boleh bagi kesan.

Kalau target kamu pelanggan Sabah, website kamu kena bantu Google faham bisnes kamu berada di mana dan melayan siapa.

Bukan sekadar online.

Tapi mudah dijumpai oleh pelanggan yang betul.

𝟔. 𝐊𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥-𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐢 𝐰𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢

Ini pun penting.

Ada kes domain didaftarkan atas nama agensi, bukan atas nama bisnes pemilik.

Maksudnya, nama website kamu mungkin bukan sepenuhnya dalam kawalan kamu.

Selagi hubungan baik, tiada masalah.

Tapi kalau satu hari kamu mahu tukar provider, mahu pindah hosting, atau mahu urus sendiri, barulah timbul isu.

Domain susah dilepaskan.

Akses tidak diberi.

Kena bayar caj tambahan.

Atau paling teruk, aset digital kamu jadi tergantung.

Sebelum setuju buat website, pastikan kamu tahu:

Domain didaftarkan atas nama siapa?

Siapa pegang akses?

Boleh pindah hosting atau domain ka kalau perlu?

Ada login yang akan diberi kepada pemilik bisnes?

Website bukan sekadar design.

Ia aset digital.

Jadi pastikan aset itu memang milik kamu.

𝟕. 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐞𝐟𝐨𝐧 𝐩𝐢𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐨𝐚𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭

Hari ini kebanyakan pelanggan buka website guna telefon.

Bukan laptop.

Bukan desktop.

Telefon.

Jadi kalau website nampak cantik di komputer tapi berterabur di telefon, itu masalah besar.

Button terlalu kecil.

Tulisan susah baca.

Gambar terlalu berat.

Loading lambat.

Layout lari.

Pelanggan tidak akan tunggu lama.

Kalau website lambat, pelanggan tekan keluar.

Kalau susah guna, pelanggan cari pilihan lain.

Sebab itu website mesti mobile-friendly dari awal.

Bukan sekadar “boleh buka di telefon”.

Tapi memang selesa dibaca, cepat loading, dan mudah tekan WhatsApp.

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐠𝐢𝐧𝐢:

Jangan buat website semata-mata sebab orang lain pun ada website.

Buat website sebab kamu mahu bina satu aset digital yang boleh bantu pelanggan faham tawaran kamu, percaya dengan bisnes kamu, dan ambil tindakan.

Website yang bagus bukan cuma cantik.

Website yang bagus mesti jelas.

Mesti cepat.

Mesti mobile-friendly.

Mesti ada CTA yang kuat.

Mesti senang bawa pelanggan ke WhatsApp.

Mesti bantu bisnes kamu dijumpai oleh pelanggan tempatan.

Dan yang paling penting, mesti berfungsi sebagai sistem yang menyokong jualan, bukan sekadar tempat letak maklumat.

Sebelum upah mana-mana agensi, guna 7 perkara ini sebagai checklist.

Kalau semua ini jelas dari awal, kamu boleh elak banyak pening kepala, kos tambahan, dan website yang akhirnya tidak membawa hasil.

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐰𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐩𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥.

𝐈𝐚 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐛𝐢𝐬𝐧𝐞𝐬 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐮𝐬𝐮𝐧.

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀, 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐈𝐓𝐔 𝐒𝐄𝐍𝐘𝐀𝐏?Ini antara situasi yang ramai peniaga selalu hadap.Pelanggan klik Wh...
11/06/2026

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀, 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐈𝐓𝐔 𝐒𝐄𝐍𝐘𝐀𝐏?

Ini antara situasi yang ramai peniaga selalu hadap.

Pelanggan klik WhatsApp.

Dia tanya, “Berapa harga?”

Kita pun jawab dengan baik.

Lepas itu…

Sunyi.

Blue tick saja.

Kadang-kadang kita terus fikir pelanggan itu tidak serius.

Atau dia cuma mau survey.

Atau dia cari harga murah saja.

Memang boleh jadi begitu.

Tapi ada satu lagi kemungkinan yang ramai peniaga terlepas pandang:

𝐌𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐮𝐬𝐮𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧.

Dalam jualan online, pelanggan tidak dapat pegang produk.

Dia tidak dapat tengok kedai fizikal.

Dia tidak dapat terus rasa servis kita.

Jadi semua keputusan dia bergantung kepada maklumat yang kita tunjuk.

Kalau maklumat itu tidak jelas, pelanggan akan mula ragu-ragu.

Kalau pelanggan ragu-ragu, biasanya dia tidak terus tanya panjang.

Dia diam.

Dia simpan dulu.

Atau dia pergi tengok pilihan lain.

Jadi sebelum kita salahkan pelanggan, cuba semak dulu 5 perkara ini.

𝟏. 𝐆𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐫𝐯𝐢𝐬 𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬?

Gambar kabur, terlalu gelap, atau nampak macam gambar ambil dari internet boleh buat pelanggan kurang yakin.

Pelanggan mahu tengok benda yang real.

Kalau jual produk, tunjuk gambar sebenar.

Kalau jual servis, tunjuk hasil kerja.

Kalau jual pakej, tunjuk contoh output.

Visual yang jelas boleh bantu pelanggan rasa lebih yakin sebelum dia bertanya.

𝟐. 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐤𝐞𝐣 𝐬𝐮𝐬𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦?

Kadang-kadang bukan pelanggan tidak berminat.

Tapi ayat kita terlalu panjang.

Terlalu banyak pilihan.

Terlalu banyak syarat.

Terlalu banyak maklumat dalam satu mesej.

Bila pelanggan perlu fikir terlalu banyak, dia akan tangguh keputusan.

Lebih bagus kalau harga disusun dalam bentuk mudah:

Pakej A untuk siapa.

Pakej B untuk siapa.

Apa yang termasuk.

Apa beza setiap pakej.

Apa langkah seterusnya.

Jangan buat pelanggan kerja keras untuk faham tawaran kita.

𝟑. 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧?

Ramai peniaga hanya jawab harga, lepas itu berhenti.

Contoh:

“RM80.”

Lepas itu tunggu pelanggan reply.

Masalahnya, pelanggan mungkin tidak tahu apa dia patut buat selepas itu.

Lebih baik sambung dengan soalan yang membantu.

Contoh:

“Untuk kegunaan sendiri atau hadiah?”

“Mahu ambil yang basic atau premium?”

“Lokasi penghantaran di area mana?”

“Mahu saya cadangkan pakej yang paling sesuai ikut bajet?”

Soalan macam ini bukan memaksa.

Ia membantu pelanggan bergerak ke langkah seterusnya.

𝟒. 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩?

Dalam online business, trust itu sangat penting.

Pelanggan mungkin minat.

Tapi sebelum beli, dia mahu rasa selamat.

Sebab itu elemen seperti testimoni, review, gambar pelanggan, hasil kerja sebelum dan selepas, FAQ, atau contoh order sebelum ini sangat membantu.

Bukan untuk menunjuk.

Tapi untuk kurangkan rasa ragu-ragu pelanggan.

Kadang-kadang satu testimoni yang tepat boleh menjawab keraguan yang panjang.

𝟓. 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐬𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐭𝐮-𝐬𝐚𝐭𝐮?

Ini yang selalu buat proses jualan jadi lambat.

Pelanggan tanya harga.

Lepas itu tanya warna.

Lepas itu tanya saiz.

Lepas itu tanya lokasi.

Lepas itu tanya cara order.

Lepas itu tanya penghantaran.

Kalau semua maklumat asas perlu dijawab manual satu per satu, memang mudah jadi penat.

Bukan pelanggan saja penat.

Peniaga pun penat.

Sebab itu, bisnes kecil pun sebenarnya sangat terbantu kalau ada satu tempat rujukan yang kemas.

Contohnya katalog WhatsApp, simple landing page, Google Form order, atau website ringkas yang susun semua maklumat penting.

Bila pelanggan boleh tengok sendiri maklumat asas, mesej WhatsApp yang masuk biasanya lebih berkualiti.

Bukan lagi sekadar:

“Berapa harga?”

Tapi sudah jadi:

“Saya mahu pakej B, macam mana cara order?”

Itu beza dia.

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐠𝐢𝐧𝐢:

Pelanggan yang senyap tidak semestinya tidak berminat.

Kadang-kadang mereka cuma belum cukup yakin.

Kadang-kadang mereka keliru.

Kadang-kadang mereka belum nampak beza tawaran kita dengan pilihan lain.

Kadang-kadang mereka perlukan maklumat yang lebih tersusun sebelum berani buat keputusan.

Jadi kalau selalu kena blue tick selepas jawab harga, jangan terus putus asa.

Cuba semak semula cara kita susun maklumat jualan.

Adakah gambar cukup jelas?

Adakah harga mudah faham?

Adakah CTA membantu?

Adakah bukti cukup kuat?

Adakah pelanggan ada tempat rujukan yang senang dibuka?

Dalam online business, maklumat yang tersusun boleh jadi jurujual senyap yang bekerja sebelum pelanggan PM kita.

Lebih jelas maklumat kita, lebih mudah pelanggan percaya.

Lebih mudah pelanggan percaya, lebih tinggi peluang mereka untuk bertindak.

"𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐂𝐔𝐊𝐔𝐏 𝐓𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐋𝐋𝐎𝐖𝐄𝐑, 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁 𝐈𝐓𝐔 𝐒𝐀𝐋𝐄𝐒 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐔."𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐜𝐚𝐤𝐚𝐩, 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐥𝐚𝐩 𝐟𝐨𝐤𝐮𝐬. 🛑Ramai pen...
10/06/2026

"𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐂𝐔𝐊𝐔𝐏 𝐓𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐋𝐋𝐎𝐖𝐄𝐑, 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁 𝐈𝐓𝐔 𝐒𝐀𝐋𝐄𝐒 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐔."

𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐜𝐚𝐤𝐚𝐩, 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐥𝐚𝐩 𝐟𝐨𝐤𝐮𝐬. 🛑

Ramai peniaga hari ini fikir jualan tidak jalan sebab page belum ramai follower.

Website kurang orang masuk.

Posting kurang reach.

Iklan kurang klik.

Jadi apa yang selalu dicari?

“Macam mana mau tambah follower?”

“Macam mana mau dapat trafik free?”

“Macam mana mau viral?”

“Macam mana mau ramai orang masuk website?”

Tidak salah cari trafik.

Tapi ini realiti yang ramai usahawan kena faham:

𝐌𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐬𝐧𝐞𝐬 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐫𝐚𝐟𝐢𝐤.

𝐌𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐜𝐨𝐧𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐨𝐧.

Maksudnya begini.

Bukan tiada orang nampak.

Tapi orang nampak, lepas itu tidak tertarik.

Orang klik, tapi tidak bertindak.

Orang masuk website, tapi terus keluar.

Orang tanya harga, tapi lepas kita jawab, terus senyap.

Orang baca posting, tapi tidak rasa cukup yakin untuk WhatsApp.

Itu bukan semata-mata masalah trafik.

Itu masalah sistem jualan yang belum cukup kuat untuk menukar perhatian menjadi tindakan.

Hari ini, trafik sebenarnya bukan benda yang mustahil mau dapat.

Kalau kamu mahu orang nampak bisnes kamu, ada banyak cara.

Boleh buat iklan Facebook.

Boleh buat Google Ads.

Boleh buat content.

Boleh buat SEO.

Boleh buat AEO.

Boleh guna influencer.

Boleh masuk group komuniti.

Boleh bawa orang terus ke landing page.

Trafik itu macam barang di supermarket.

Selagi ada internet, bajet, dan platform yang betul, kita boleh bawa orang masuk tengok tawaran kita.

Tapi persoalan yang lebih penting ialah:

𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤, 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤?

Di sinilah ramai bisnes bocor duit.

Mereka berjaya bawa orang masuk.

Tapi tawaran tidak jelas.

Copywriting kurang meyakinkan.

Website cantik, tapi tiada flow jualan.

Butang WhatsApp ada, tapi tidak ada sebab kuat untuk orang tekan.

Testimoni tidak cukup menonjol.

Masalah pelanggan tidak disentuh.

Kelebihan produk tidak disusun dengan jelas.

Akhirnya, trafik datang…

Tengok sekejap…

Lepas itu keluar.

Duit iklan jalan, tapi jualan tidak ikut jalan.

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐫𝐚𝐟𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤.

Kalau sistem conversion lemah, lebih banyak trafik cuma bermaksud lebih ramai orang nampak kelemahan tawaran kita.

Pedih, tapi itu realiti dia.

Bayangkan kamu ada kedai fizikal.

Kamu berjaya bawa 1,000 orang masuk kedai.

Tapi dalam kedai, barang tidak tersusun.

Promosi tidak jelas.

Staf tidak tahu explain.

Pelanggan tidak faham kenapa dia perlu beli.

Maka 1,000 orang itu pun boleh keluar tanpa membeli.

Masalah dia bukan kurang orang masuk.

Masalah dia ialah pengalaman dan tawaran dalam kedai tidak cukup kuat untuk buat orang membeli.

Website dan landing page pun sama juga.

Ia bukan sekadar tempat letak gambar produk.

Ia bukan sekadar kad bisnes digital.

Ia patut berfungsi sebagai 𝐦𝐞𝐬𝐢𝐧 𝐜𝐨𝐧𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐨𝐧.

Mesin yang bawa prospek daripada:

Tidak kenal
➡️ mula faham
➡️ nampak nilai
➡️ percaya
➡️ tekan WhatsApp
➡️ akhirnya membeli.

Kalau kamu masukkan RM1 untuk bawa trafik, sistem yang betul sepatutnya bantu kamu dapat balik RM2, RM5, RM10 atau lebih melalui jualan yang berlaku.

Bukan setiap masa sempurna.

Tapi sekurang-kurangnya ada sistem yang boleh diuji, diukur, diperbaiki, dan digandakan.

Inilah bezanya antara sekadar “ada website” dengan mempunyai 𝐬𝐚𝐥𝐞𝐬 𝐟𝐮𝐧𝐧𝐞𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥.

Website biasa hanya tunjuk maklumat.

Sales funnel p**a membimbing pelanggan untuk buat keputusan.

Website biasa hanya nampak cantik.

Sales funnel p**a susun mesej, tawaran, bukti, kepercayaan, dan tindakan.

Website biasa tunggu pelanggan faham sendiri.

Sales funnel bantu pelanggan faham kenapa mereka patut bertindak sekarang.

𝐃𝐢 𝐊𝐎𝐃𝐎𝐔, 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐰𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤.

Kami bantu bina sistem yang lebih jelas untuk tukar trafik menjadi leads.

Kami susun copywriting supaya pelanggan faham nilai tawaran kamu.

Kami bina landing page yang ada flow jualan.

Kami bantu letakkan trust element seperti testimoni, bukti, manfaat, FAQ, dan CTA yang jelas.

Kami bantu jadikan website kamu bukan sekadar tempat orang tengok, tapi tempat orang mula percaya dan bertindak.

Jadi sebelum kamu tambah bajet iklan…

Sebelum kamu kejar follower lagi banyak…

Sebelum kamu cari hack trafik terbaru…

Tanya dulu satu soalan penting:

𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐞𝐬𝐨𝐤 𝟏,𝟎𝟎𝟎 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐰𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐤𝐮𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧?

Kalau jawapan dia belum pasti, mungkin masalah kamu bukan trafik.

Mungkin masalah kamu ialah conversion.

𝐁𝐞𝐫𝐡𝐞𝐧𝐭𝐢 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐫𝐚𝐟𝐢𝐤.

𝐌𝐮𝐥𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧.

Klik link WhatsApp di bawah untuk Sesi Strategi PERCUMA bersama pas**an KODOU.

Kami akan bantu semak bagaimana content, landing page, dan sales funnel kamu boleh disusun supaya iklan bukan sekadar bawa klik, tapi bantu bawa pelanggan yang betul-betul berminat.

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐬𝐧𝐞𝐬 𝐝𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐭𝐫𝐚𝐟𝐢𝐤.

𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐭𝐫𝐚𝐟𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧, 𝐥𝐞𝐚𝐝𝐬, 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧.

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔 𝐊𝐄𝐍𝐀 “𝐁𝐋𝐔𝐄 𝐓𝐈𝐂𝐊”?𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝟑% 𝐯𝐬 𝟗𝟕% 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠. 📉Pernah ka kamu buat...
09/06/2026

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔 𝐊𝐄𝐍𝐀 “𝐁𝐋𝐔𝐄 𝐓𝐈𝐂𝐊”?

𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝟑% 𝐯𝐬 𝟗𝟕% 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠. 📉

Pernah ka kamu buat iklan macam ni:

“Jualan murah!”

“Beli sekarang!”

“Promosi terhad!”

“Harga terbaik!”

Tapi yang jadi cuma orang tengok, diam, lepas tu hilang.

Ada yang tanya harga, tapi lepas kita reply, terus senyap.

Kena blue tick begitu saja.

Kadang-kadang bukan sebab produk kamu tidak bagus.

Bukan juga sebab orang tidak ada duit.

Masalah dia mungkin sebab 𝐢𝐤𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢.

Dalam dunia marketing, ada satu konsep dipanggil 𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐫𝐠𝐞𝐫 𝐌𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭 𝐅𝐨𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚.

Konsep dia simple saja.

Dalam mana-mana pasaran, pelanggan sebenarnya terbahagi kepada 4 kump**an:

🔥 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝟑% 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠

Ini kump**an yang memang tengah cari produk atau servis macam kamu tawarkan.

Dia sudah ada niat.

Dia sudah ada bajet.

Dia cuma tinggal mau pilih siapa yang paling dia percaya.

🤔 𝟏𝟕% 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭

Mereka belum terus beli.

Tapi mereka sudah mula survey, banding harga, tengok review, tanya kawan, dan cari siapa yang nampak lebih meyakinkan.

😟 𝟐𝟎% 𝐛𝐚𝐫𝐮 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡

Mereka tahu ada sesuatu yang tidak kena.

Tapi belum pasti apa solusi terbaik.

Mereka perlukan penerangan, contoh, edukasi, dan panduan sebelum berani buat keputusan.

🤷‍♂️ 𝟔𝟎% 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫 𝐚𝐩𝐚-𝐚𝐩𝐚

Mereka belum rasa perlu beli.

Bukan sebab mereka tidak sesuai jadi pelanggan.

Cuma mereka belum nampak masalah, belum faham risiko, dan belum nampak kenapa solusi kamu penting.

𝐃𝐢 𝐬𝐢𝐧𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐛𝐢𝐬𝐧𝐞𝐬.

Kebanyakan iklan terus target 3% yang sudah sedia membeli.

Sebab itu semua orang menjerit benda yang sama:

“Kami paling murah.”

“Kami paling bagus.”

“Beli sekarang.”

“Promo hari ini saja.”

Masalah dia, semua pesaing pun berebut 3% pelanggan yang sama.

Jadi pasaran jadi sesak.

Kos iklan makin mahal.

Pelanggan makin banyak pilihan.

Dan bisnes mula terpaksa berlawan harga.

Sedangkan lubuk sebenar bukan hanya pada 3% itu.

𝐋𝐮𝐛𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟗𝟕% 𝐩𝐫𝐨𝐬𝐩𝐞𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢.

Tapi bukan bermaksud kita paksa mereka beli.

Cara pikat 97% ini bukan dengan menjerit lebih kuat.

Cara dia ialah dengan 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐝𝐮𝐥𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢.

Inilah yang dipanggil 𝐕𝐚𝐥𝐮𝐞-𝐁𝐚𝐬𝐞𝐝 𝐌𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠.

Maksud dia, kita bantu mereka faham masalah.

Kita tunjuk kesilapan biasa.

Kita beri tips.

Kita kongsi panduan.

Kita bina kepercayaan.

Baru selepas itu proses jualan jadi lebih mudah.

Jangan terus ajak orang beli kalau mereka baru pertama kali nampak bisnes kamu.

Itu macam baru first date, terus ajak kahwin.

Memang orang lari juga.

𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝟗𝟕% 𝐢𝐧𝐢?

𝟏. 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫

Doktor tidak terus bagi ubat sebelum periksa pesakit.

Dia tanya dulu.

Dia dengar dulu.

Dia fahamkan simptom dulu.

Lepas itu baru dia bagi cadangan rawatan.

Dalam bisnes pun sama.

Jangan terus sumbat produk.

Faham dulu masalah pelanggan.

Bila pelanggan rasa kamu faham keadaan dia, dia lebih mudah percaya cadangan kamu.

𝟐. 𝐁𝐞𝐫𝐢 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐝𝐮𝐥𝐮

Bukan semua content mesti menjual.

Ada masa kita perlu mendidik.

Ada masa kita perlu explain.

Ada masa kita perlu tunjuk perbandingan.

Ada masa kita perlu jawab soalan yang pelanggan selalu fikir tapi malu mau tanya.

Content macam ini nampak simple, tapi dia bina kepercayaan secara perlahan-lahan.

Orang yang hari ini cuma membaca, mungkin minggu depan jadi leads.

Orang yang hari ini cuma save posting, mungkin bulan depan jadi pelanggan.

𝟑. 𝐁𝐢𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥

Prospek zaman sekarang bijak.

Mereka tidak terus percaya hanya sebab kita cakap produk kita bagus.

Mereka mahu tengok bukti.

Mereka mahu rasa kita faham masalah mereka.

Mereka mahu tahu kenapa mereka patut pilih kita, bukan pesaing lain.

Bila trust sudah terbina, jualan tidak lagi rasa macam memaksa.

Mereka sendiri yang akan angkat tangan dan cari kita bila sudah bersedia.

𝐈𝐧𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐢𝐬𝐧𝐞𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐞𝐧𝐭, 𝐥𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐠𝐞, 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐥𝐞𝐬 𝐟𝐮𝐧𝐧𝐞𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥.

Sebab tidak semua orang akan beli kali pertama nampak iklan.

Ada yang perlu faham dulu.

Ada yang perlu percaya dulu.

Ada yang perlu tengok bukti dulu.

Ada yang perlu dibandingkan dulu.

Tugas marketing bukan sekadar suruh orang beli.

Tugas marketing ialah bawa prospek daripada:

Tidak sedar masalah
➡️ mula faham masalah
➡️ nampak solusi
➡️ percaya dengan jenama
➡️ akhirnya bersedia membeli.

Jadi kalau iklan selalu kena blue tick, jangan terus salahkan pelanggan.

Mungkin mesej marketing kita terlalu cepat menjual.

Mungkin kita belum cukup beri sebab untuk mereka percaya.

Mungkin kita hanya fokus pada 3%, sedangkan 97% lagi belum disentuh dengan strategi yang betul.

𝐌𝐚𝐡𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐛𝐢𝐬𝐧𝐞𝐬 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩 𝟗𝟕% 𝐩𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐬𝐚𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐚𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧?

Klik link WhatsApp di bawah untuk Sesi Strategi PERCUMA bersama pas**an KODOU.

Kami boleh bantu kamu susun content, landing page, dan sales funnel supaya pelanggan bukan sekadar nampak bisnes kamu, tapi mula percaya dan bertindak.

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐦𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥.

𝐈𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐢𝐦𝐛𝐢𝐧𝐠 𝐩𝐫𝐨𝐬𝐩𝐞𝐤 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢.

𝐌𝐀𝐑𝐊𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐎𝐒𝐓 𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊.𝐌𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥, 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐬𝐧𝐞𝐬 𝐤𝐢𝐭...
06/06/2026

𝐌𝐀𝐑𝐊𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐎𝐒𝐓 𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊.

𝐌𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥, 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐬𝐧𝐞𝐬 𝐤𝐢𝐭𝐚.

Ramai orang fikir marketing ni cuma buat poster, letak iklan, atau rajin post di Facebook.

Tapi sebenarnya, fungsi marketing jauh lebih besar daripada itu.

Kalau kita bayangkan bisnes macam kedai fizikal, marketing inilah yang bawa orang datang ke pintu kedai.

Kalau tiada orang datang, macam mana mau jual?

Kalau orang tidak nampak kita, macam mana dia mau kenal?

Kalau dia tidak kenal, macam mana dia mau percaya?

Dan kalau dia belum percaya, memang susah dia mau beli.

Sebab itu, tujuan paling asas marketing ialah untuk 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧, 𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐮𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 terhadap produk atau servis kita.

Marketing yang betul bukan sekadar buat orang tengok.

Marketing yang betul buat orang mula bertanya.

Itulah yang kita panggil 𝐥𝐞𝐚𝐝𝐬.

Orang yang berminat.

Orang yang ada potensi untuk jadi pelanggan.

Orang yang mungkin belum beli hari ini, tapi sudah mula nampak nilai yang kita tawarkan.

𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐚𝐣𝐚.

Marketing juga penting untuk bina 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐞𝐩𝐮𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐣𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚 dalam jangka masa panjang.

Bila kita konsisten berkongsi ilmu, tunjuk hasil kerja, jelaskan proses, jawab persoalan pelanggan, dan bina personal branding yang baik, lama-lama orang akan mula nampak kita sebagai pihak yang boleh dipercayai.

Orang beli bukan semata-mata sebab produk kita wujud.

Orang beli sebab dia percaya kita boleh selesaikan masalah dia.

Sebab itu content marketing sangat penting.

Bukan semua posting mesti menjual secara terus.

Kadang-kadang kita perlu mendidik.

Kadang-kadang kita perlu menjelaskan.

Kadang-kadang kita perlu tunjuk bukti.

Kadang-kadang kita perlu buat orang rasa, “oh, bisnes ni faham masalah saya.”

Bila kepercayaan sudah terbina, proses jualan jadi lebih mudah.

Tidak perlu terlalu mengejar.

Tidak perlu terlalu memaksa.

Sebab pelanggan sudah nampak kenapa dia patut pilih kita berbanding pesaing lain.

𝐃𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠, 𝐦𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐛𝐢𝐬𝐧𝐞𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠.

Bisnes tidak boleh hidup hanya dengan satu dua kali jualan.

Bisnes perlukan aliran jualan yang konsisten.

Sebab jualan itulah oksigen kepada bisnes.

Tanpa jualan, bisnes mula sesak.

Tanpa pelanggan, bisnes mula perlahan.

Tanpa marketing, bisnes susah berkembang.

Sebab itu marketing jangan dilihat sebagai kos semata-mata.

𝐌𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧.

Kalau dibuat dengan strategi yang betul, marketing boleh jadi aset yang bantu gandakan pendapatan.

Dia bantu tarik pelanggan baru.

Dia bantu bina kepercayaan.

Dia bantu kuatkan jenama.

Dia bantu hasilkan leads.

Dan akhirnya, dia bantu jualan berlaku berulang-ulang.

Produk bagus memang penting.

Servis bagus pun penting.

Tapi kalau orang tidak tahu produk kamu wujud, tidak faham nilai kamu, dan tidak percaya dengan jenama kamu, semua itu susah mau bergerak.

Jadi mulai hari ini, jangan anggap marketing sebagai kerja tambahan.

𝐀𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐦𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐞𝐧𝐣𝐢𝐧 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐬𝐧𝐞𝐬 𝐤𝐚𝐦𝐮.

Sebab dalam bisnes, yang menang bukan semestinya yang paling bagus saja.

Yang menang ialah bisnes yang 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬, 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐢, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚.

Address

Lot No. 106, 1st Floor Block D, Kingfisher Plaza
Kota Kinabalu
88450

Telephone

+60167717697

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KODOU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KODOU:

Shortcuts

Share