24/09/2021
SIKAP TIDAK PERNAH MENGALAH HONDA
Senang ke nak buat business baru sampai business tu stabil. Stabil tu maksudnya foundational strong dan operational strong.
Jawapnya, Sangat-sangat susah.
Processnya sangat lama, mengikut pengalaman orang berpengalaman processnya panjang, antara 10 hingga 15 tahun.
Tahukah anda,
Di awal penubuhan Honda, kerajaan Jepun ingin menutupnya jika Honda tidak menghasilkan kereta berkualiti.
Tahun pertamanya menghasilkan kereta penumpang, kenderaan Honda tidak mendapat sambutan.
General Motors, gergasi automotive ketika itu menggelar Honda dengan gelaran hina yang merosakkan lagi reputasi Honda iaitu dengan gelaran "Kereta Mainan Kanak-Kanak".
Dengan semangat kuat bagi membuktikan kemampuan Honda, pemilik Honda ketika itu mendaftarkan Honda menyertai kejohanan Formula Satu F1.
Tahun pertama penyertaan Honda tidak berjaya menamatkan sebarang perlumbaan.
Tahun kedua kejohanan Enjin F1 Honda terbakar juga gagal menamatkan kejohanan.
Tahun ketiga kejohanan Honda juara F1 buat pertama kalinya.
Selepas itu Honda menghasilkan teknologi baru dalam bidang enjin iaitu High Combustion Engine yang pertama di dunia.
Enjin ini mencetuskan revolusi baru dunia automotive kerana enjinnya kecil, cc kecil, ringan tetapi sangat berkuasa.
Honda terus diperlekehkan selepas tu oleh General Motors, walaupun berjaya mencetuskan revolusi.
General Motors mengatakan Honda hanya mampu menghasilkan enjin kecil dan lemah.
Disebabkan cabaran itu, Honda telah membeli sebuah enjin General Motors untuk dibuat kajian.
Pada tahun selepas itu Honda berjaya menghasilkan satu lagi revolusi teknologi dimana enjin dengan cc besar General Motors telah berjaya digabungkan dengan teknologi High Combustion Engine Honda menghasilkan sebuah enjin berkuasa besar yang mengejutkan lagi industri automotif dunia.
Dari situ bermula la teknologi canggih automotif yang sangat pupular digunakan sehingga sekarang iaitu VTEC.
Begitulah ringkasan perjuangan yang sangat susah dan sukar ditempuhi Honda sehingga berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan selepas itu.
Asalnya membuat motosikal kapcai yang diperlekehkan dan ingin ditutup operasi.
Tetapi setiap sindiran dibalas dengan usaha yang lebih kuat dari Honda.
Kembali kepada perniagaan kita, dan usaha kita.
Ada yang berniaga semata-mata 10-15 tahun tapi tak pernah ada dalam perancangan untuk stabilkan asas dan pembangunan. Jadi business akan sentiasa di tahap sama, tidak pernah berada dalam keadaan stabil. Datang ujian ekonomi terus goyah.
Sebab itu la saya tubuhkan FDATE dengan niat hanya untuk bantu peniaga-peniaga, bantu masyarakat. Sama-sama membangun.
Jie Ni 24 Sep 2021
___________________________________________
Sahabat-sahabat yang berniaga di Fb tetapi tiada orang like, tiada orang komen, marketing tidak berjaya, ini masalah yang selalu di hadapi kebanyakan peniaga, masalah ini boleh di selesaikan jika kita guna kaedah yang betul dan faham sedikit sistem analitic fb, boleh join group SAHABAT PENIAGA DAN USAHAWAN MALAYSIA, group ni percuma sahaja, saya buat untuk bantu usahawan dan peniaga secara percuma. Atau kalau ada soalan khusus boleh pm saya. Saya bukan pakar marketing tapi saya minat data analitic, InsyaAllah saya boleh bantu secara percuma.