17/04/2026
BAKARAN KENDERAAN RAGUT NYAWA DI JALAN MIRI BY PASS
MIRI, 17 April 2026 โ Seorang individu ditemukan rentung dalam satu kejadian kebakaran melibatkan dua kenderaan di Jalan Miri By Pass, pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 9.31 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi, kira-kira 10 kilometer dari balai.
Menurut Komander Operasi, PBK I Robinson Anyie Danyin, kejadian melibatkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta jenis Subaru BRZ yang dipercayai terbakar selepas kemalangan.
โKebakaran mengakibatkan bahagian hadapan lori musnah sepenuhnya manakala kereta terbakar 100 peratus. Terdapat seorang mangsa berada di dalam kenderaan ketika kejadian dan ditemukan dalam keadaan rentung, namun identiti masih belum dikenal pasti,โ katanya.
Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari jentera bomba. Bantuan turut diberikan bagi mengalihkan lori yang terlibat bagi memudahkan kerja-kerja operasi.
Seramai tujuh anggota bomba bersama dua jentera, iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS), terlibat dalam operasi tersebut.
Turut berada di lokasi adalah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Pihak bomba kini sedang menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari kenderaan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.