NADI Taman Indah Landeh

NADI Taman Indah Landeh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI Taman Indah Landeh, Internet cafe, 3 Storey Shophouse G/FL SL 25 Jalan Landeh, Taman Indah Landeh (PH. 5), Kuching.

Mulai 1 Mac 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dikenali dengan nama baru iaitu PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
Projek ini merupakan projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bermula 1 Julai, beberapa inisiatif dan penambahbaikan perkhidmatan kerajaan telah mula dilaksanakan sebagai usaha berte...
10/07/2026

Bermula 1 Julai, beberapa inisiatif dan penambahbaikan perkhidmatan kerajaan telah mula dilaksanakan sebagai usaha berterusan dalam memberi manfaat kepada rakyat, memudahkan urusan harian serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam. Orang ramai boleh merujuk sumber rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tepat.



Pusat Sebaran Maklumat Nasional

IKLAN JAWATAN KOSONG PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) WILAYAH SARAWAK Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berik...
09/07/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) WILAYAH SARAWAK

Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
LOKASI NADI: NADI NANGA NGUNGUN
JAWATAN KOSONG: PENOLONG PENGURUS

TARIKH TUTUP IKLAN: 22 JULAI 2026

Link Permohonan jawatan kosong : https://bit.ly/NADISARAWAKVACANCY

✨ JOM JADI KREATIF DENGAN AI! πŸ€–πŸ’‘Ingin menghasilkan kandungan, reka bentuk dan pembentangan dengan lebih pantas dan kreat...
07/07/2026

✨ JOM JADI KREATIF DENGAN AI! πŸ€–πŸ’‘

Ingin menghasilkan kandungan, reka bentuk dan pembentangan dengan lebih pantas dan kreatif? Sertai bengkel Jom Jadi Kreatif Dengan AI dan pelajari cara memanfaatkan kuasa AI dalam tugasan harian, pembelajaran serta kerjaya!

πŸ“… Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•‘ Masa: 2.00 PM – 5.00 PM
πŸ“ Tempat: NADI Taman Indah Landeh
πŸ‘₯ Kategori: Belia 18 tahun ke atas

πŸ’‘ Apa yang anda akan pelajari?
βœ… Pengenalan kepada AI Generatif
βœ… Teknik Prompt Engineering yang berkesan
βœ… Menjana idea dan kandungan menggunakan ChatGPT
βœ… Menghasilkan reka bentuk menarik dengan Canva AI
βœ… Mencipta poster, pembentangan dan kandungan media sosial dengan lebih mudah

πŸ“’ Tempat adalah terhad! Jangan lepaskan peluang untuk menguasai kemahiran AI yang semakin diperlukan dalam dunia pendidikan dan pekerjaan.

πŸ“© Hubungi NADI Taman Indah Landeh di 011-6294 1630untuk maklumat lanjut atau pendaftaran.

Kuching, Sarawak | 6 Julai 2026 – Sekitar suasana Majlis Apresiasi NADI seliaan TM 2026 Peringkat Negeri Sarawak yang te...
07/07/2026

Kuching, Sarawak | 6 Julai 2026 – Sekitar suasana Majlis Apresiasi NADI seliaan TM 2026 Peringkat Negeri Sarawak yang telah berlangsung dengan jayanya di Kuching, Sarawak.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada siri Majlis Apresiasi NADI seliaan TM 2026 yang dianjurkan di beberapa negeri melalui kerjasama TM Technology Services Sdn. Bhd. (TM) bersama rakan teknologi, MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. (MSDDI).

Penganjuran majlis ini bertujuan menzahirkan penghargaan kepada para petugas NADI atas komitmen, dedikasi dan sumbangan berterusan mereka dalam memperkasakan komuniti setempat melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif di NADI.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pejabat NADI MCMC, Dr. Mohd Arif Adenan, serta Pengarah Kanan MCMC Wilayah Sarawak, En. Adiman Ajem, yang bersama-sama menyampaikan penghargaan kepada para petugas NADI.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala usaha serta komitmen yang telah dicurahkan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan dan memberikan impak yang lebih besar kepada komuniti pada masa akan datang.



4 Julai 2026, Sabtu | Gedong, Sarawak - Hari Bersama Komuniti NADI Kampung Gedong yang dianjurkan dengan kerjasama Parli...
04/07/2026

4 Julai 2026, Sabtu | Gedong, Sarawak - Hari Bersama Komuniti NADI Kampung Gedong yang dianjurkan dengan kerjasama Parlimen Belia Malaysia telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh YB Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara.

Program ini menjadi platform yang memperkukuh hubungan antara komuniti dan pelbagai pihak berkepentingan, di samping memperluaskan akses kepada inisiatif digital, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya pameran oleh Parlimen Malaysia dan Parlimen Belia Malaysia (PBMy), reruai Perkhidmatan Pintar NADI, saringan kesihatan, pameran agensi kerajaan dan swasta, pameran dan sesi taklimat Kempen Internet Selamat, Jualan Rahmah MADANI, Zumba Pagi, sukaneka rakyat serta pertandingan NADI e-sukan MADANI Legend yang mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat.

Turut diadakan ialah jualan dan pameran oleh usahawan NADI Kampung Gedong, sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kepada pengunjung yang hadir.

YB Senator turut meluangkan masa melawat reruai pameran bagi meninjau dengan lebih dekat pelbagai perkhidmatan, program dan inisiatif yang disediakan untuk manfaat komuniti setempat.


Program MAHIR di NADI kini kembali untuk Intake 4! Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari kemahiran baharu secara PER...
04/07/2026

Program MAHIR di NADI kini kembali untuk Intake 4! Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari kemahiran baharu secara PERCUMA bersama tenaga pengajar yang berpengalaman dan bertauliah.

πŸ“… Pendaftaran dibuka: 1-10 Julai 2026
πŸ“š Tarikh mula kelas: 13 Julai 2026
⏳ Tempoh program: 6 bulan (Julai sehingga Disember 2026)

✨ Apa yang menarik?
βœ… Kelas PERCUMA
βœ… Peralatan pembelajaran disediakan di NADI
βœ… SIJIL disediakan
βœ… Pembelajaran secara praktikal dan mudah difahami
βœ… Peluang menambah kemahiran dan meningkatkan potensi diri
πŸ“ Daftar sekarang di 011-6294 1630

Bayar Bil Online di NADI | ePosSebelum datang ke NADI untuk bayar bil:βœ” Bawa dokumen / maklumat yang diperlukanβœ” Pastika...
03/07/2026

Bayar Bil Online di NADI | ePos
Sebelum datang ke NADI untuk bayar bil:
βœ” Bawa dokumen / maklumat yang diperlukan
βœ” Pastikan ada online banking untuk buat pembayaran

NADI menyediakan perkhidmatan membuat pembayaran online sahaja. Kami tidak menerima bayaran secara tunai kepada petugas. Tindakan tersebut hanya boleh dilakukan di kaunter pembayaran rasmi, bukan di NADI.

01/07/2026
Program MAHIR di NADI kini kembali untuk Intake 4! Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari kemahiran baharu secara PER...
29/06/2026

Program MAHIR di NADI kini kembali untuk Intake 4! Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari kemahiran baharu secara PERCUMA bersama tenaga pengajar yang berpengalaman dan bertauliah.

πŸ“… Pendaftaran dibuka: 1-10 Julai 2026
πŸ“š Tarikh mula kelas: 13 Julai 2026
⏳ Tempoh program: 6 bulan (Julai sehingga Disember 2026)

✨ Apa yang menarik?
βœ… Kelas PERCUMA
βœ… Peralatan pembelajaran disediakan di NADI
βœ… SIJIL disediakan
βœ… Pembelajaran secara praktikal dan mudah difahami
βœ… Peluang menambah kemahiran dan meningkatkan potensi diri

πŸ“ Daftar sekarang di 01162941630

Program AI - MODULE: AI BINA KERJAYATarikh: 30/6/2026 (Selasa)Masa: 10:00 am - 01:00 pmPlatform: Microsoft Teams (Webina...
29/06/2026

Program AI - MODULE: AI BINA KERJAYA

Tarikh: 30/6/2026 (Selasa)
Masa: 10:00 am - 01:00 pm
Platform: Microsoft Teams (Webinar online)

πŸ“ŒPeserta dialu-alukan untuk hadir ke NADI bagi mengikuti webinar secara bersama. Ini membantu mengurangkan penggunaan akaun log masuk Microsoft Teams kerana kapasiti peserta dalam talian adalah terhad.

Hubungi 01162941630 untuk mendaftarkan nama.

Address

3 Storey Shophouse G/FL SL 25 Jalan Landeh, Taman Indah Landeh (PH. 5)
Kuching
93250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Taman Indah Landeh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Taman Indah Landeh:

Shortcuts

Share

Category