TIMC We don't print cards. We print first impressions people save. Tap. Saved. Remembered. | KL - 100+ connectors Tiada kertas. Tiada taip semula. Update bila-bila masa.

TIMC – thisismycard.my adalah penyelesaian kad digital NFC Malaysia. Satu tap — kongsi nombor telefon, WhatsApp, media sosial & portfolio terus ke telefon sesiapa. Sesuai untuk usahawan, profesional & sales team. 🔗 Order di thisismycard.my

28/10/2026

Apa cara tak nak terlepas peluang dapatkan info maklumat diri especially phone number dengan prospek ya? Spill the tea dekat sini please

27/10/2026

Kami nak bantu pelajar IPT dan suri rumah mula menjana pendapatan secara santai. 💛

📲 Sertai Taklimat Online (45 minit)
Belajar cara mula menjual tanpa rasa “menjual”!

📥 Tekan pautan di bio, atau komen “AFFILIATE” dan kami akan hantar pautan pendaftaran terus ke DM anda!

27/10/2026

Mencari jiwa2 yg kental untuk supply digital business card ke kedai² buku, print dan gadget

Yang serius, boleh Dm.

26/10/2026

Hari ni Ujian Bertutur BM SPM 2026 dah mula. Adik adik, tarik nafas, cakap dengan confident, senyum sikit. Tak perlu perfect. Semoga dipermudahkan urusan semuanya.
Tag adik2/ kawan2 or kenalan yang ambik SPM tahun ni.

25/10/2026

Kak Ros dah 20 tahun jadi agen insurans.

Client dia ramai. Semua kenal dia. Dia ingat nama anak client, ingat hari jadi, ingat siapa baru masuk hospital.

Tapi bila sebut pasal “digital”, dia terus angkat tangan.

“Akak ni tak reti benda-benda ni. Biar budak-budak muda la.”

Dalam hati, dia sebenarnya risau. Agen-agen baru semua nampak laju. Dia takut satu hari nanti client pun rasa dia dah ketinggalan.

Tapi dia malu nak tanya. Takut nampak bodoh.

Satu hari, ada orang terangkan kad bisnes digital kat dia. Cara paling mudah.

“Kak, ni kad bisnes juga. Sama macam kad akak sekarang. Cuma bila tap kat phone client, nama dan nombor akak terus keluar kat phone dia. Client tekan simpan, siap.”

Kak Ros tanya, “Akak kena belajar apa?”

“Tak ada. Akak cuma hulur, macam biasa.”

Dia diam sekejap. Lepas tu dia gelak kecil.

“Ingatkan susah sangat.”

Kadang yang buat kita lambat cuba benda baru bukan sebab benda tu susah. Tapi sebab kita takut nampak tak pandai depan orang.

Kak Ros tak berubah pun. Dia masih ingat nama anak client. Masih ingat hari jadi. Cuma sekarang, client tak perlu cari kad dia dalam laci lagi bila nak contact.

So apa benda yang you all tangguh-tangguh nak buat, sebab ingat susah, tapi rupanya senang je?

25/10/2026

Macam drama Korea.

Hujan renyai. Dekat kedai kopi. Si dia duduk meja sebelah.

Tetiba, terborak. Tak sangka boleh cepat serasi. Ketawa, cerita macam dah kenal lama.

Sebelum dia pergi, saya hulur sekeping kad. “Nanti contact la saya ya.”

Dia senyum. Simpan dalam poket baju.

Malam tu saya tunggu. Esok pun tunggu. Seminggu. Sebulan.

Tak ada apa-apa.

Kalau dalam drama, ini masa lagu sedih mula main. Kamera zoom muka saya tengok phone. Hujan turun lagi. 🌧️

Apa yang saya tak tahu, malam tu juga baju dia masuk mesin basuh. Kad saya hancur. Dia cuba cari nombor saya, tapi tak jumpa.

Dua orang. Sama-sama tunggu. Sama-sama ingat yang sorang lagi tak berminat.

…

Okay, sebenarnya ini bukan kisah cinta. 😅

Ini kisah client yang hampir jadi customer saya.

Tapi rasa dia sama. Ada orang yang betul-betul berminat dengan servis kita, tapi terlepas sebab sekeping kad hilang.

Sebab tu sekarang saya tak bagi kad kertas je. Saya tap TIMC One kat phone dia. Terus keluar nama dan WhatsApp saya. Dia tekan sekali, kami dah bersambung.

Tak ada lagi episod “lost contact”.

So you all ada ke cerita sama macam ni? Client ke… atau orang lain? Share kan...

25/10/2026

Cuti panjang ni, biasa la. Balik kampung, makan, borak dengan saudara-mara.

Tiba-tiba makcik tanya soalan wajib.

“Sekarang kerja apa?”

Saya pun dengan yakin jawab, “Buat bisnes digital business card, makcik.”

Makcik pandang saya lama. Lepas tu dia tanya,

“Apa bendanya tu?”

Ha. Sudah.

Saya fikir nak terang pasal NFC, pasal profil online, pasal WhatsApp terus masuk. Tapi tengok muka makcik, saya batalkan niat.

Saya jawab je, “Business card la makcik. Tapi versi digital. Buka guna phone.”

Makcik angguk perlahan. Sambung kupas bawang.

Sampai sekarang saya tak pasti dia faham ke tak. 😅

Korang pun pernah kena soalan “kerja apa sekarang” masa cuti macam ni? Jawapan paling susah nak terang kat makcik pakcik apa? Share sikit kat komen.

Pernah jumpa client, dia minta kad bisnes… dan kad dah habis? 😅Atau lagi teruk, nombor dalam kad lama dah tak guna.Denga...
23/10/2026

Pernah jumpa client, dia minta kad bisnes… dan kad dah habis? 😅

Atau lagi teruk, nombor dalam kad lama dah tak guna.

Dengan TIMC One, client cuma tap kad pada phone dia. Mini page you terus terbuka, dia isi nama dan nombor sendiri, dan terus WhatsApp you. Tak perlu app. Tak perlu cetak semula bila tukar nombor atau jawatan.

Tuan Zaquwan dari Negeri Sembilan cakap: “Utk network sgt bagus & marketing.”

Sekarang boleh dapatkan di ZMAIL CO. Cari stand “Your business card shouldn’t expire.” di kaunter.

📍 ZMAIL CO Address: LG-17 LG Floor, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
🕘 Operation Hours: 10AM-10PM

Untuk ejen hartanah, insurans dan sales: you masih guna kad kertas atau dah tap? Komen “TAP” atau “KERTAS” 👇

23/10/2026

Pergi event, tukar kad, balik rumah… kad tu hilang dalam beg. Familiar? 😅
Dengan TIMC, orang tap je kad you dekat phone, terus dapat WhatsApp, IG & LinkedIn you tu. Tak perlu install apa-apa.
✅ Info tukar? Update sendiri, tak payah print baru
✅ Sekali tap, terus connect
Nak tengok macam mana dia jalan? Tekan WhatsApp, tanya je 👇

19/10/2026

Minggu lepas kemas laci meja.. Jumpa berderet kad bisnes orang yang pernah bagi masa event, kenduri, jumpa client.. huhu..

Masa terima tu, semua cakap “nanti saya call”.. Tapi jujurnya, sorang pun saya tak call. Bukan sebab tak minat, tapi sebab kad tu terus masuk poket, lepas tu masuk laci, lepas tu lupa.

Bila fikir balik dari sudut orang sales, ni sebenarnya kritikal..

Agent property, agent insurans, sales advisor.. kita habis duit dan masa untuk jumpa orang. Pergi event, buka booth, buat open house. Tapi bila kad kita masuk laci orang, semua effort tu terhenti kat situ.

Prospek tak simpan nombor kita.. Bila dia betul-betul nak beli, dia tak ingat siapa yang dia jumpa.. Dia Google, jumpa agent lain, beli dengan agent lain.

Bukan sebab kita tak bagus.. Sebab kita tak ada dalam phone dia.

Sebab tu saya buat TIMC One.. Tap kad kat phone, terus keluar mini webpage/ contact page kita, dan prospek boleh terus WhatsApp kita masa tu jugak. Nombor kita masuk phone dia, bukan masuk laci dia.

Dunia sales sekarang laju.. Yang menang bukan yang paling banyak jumpa orang, tapi yang paling senang orang nak cari balik..

Address

2nd Floor, 90A, Jalan SS21/35, Damansara Utama, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
47400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TIMC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share