06/08/2026
Mahasiswa UMS Wakili Malaysia Sebagai Mentor Social Entrepreneurship di Chiang Rai
Tahniah kepada Mohd Asran Lataga, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), atas pelantikan sebagai Mentor Social Entrepreneurship bagi program Risen Roots: SEALNet Project Thailand 2026 yang berlangsung pada 1 hingga 5 Ogos 2026 di Chiang Rai, Thailand.
Beliau merupakan antara mentor yang dipilih daripada lebih 300 calon bagi peranan Mentor dan Speaker, sekali gus mewakili Malaysia dalam membimbing belia komuniti pribumi melalui pendekatan Servant Leadership, Financial Literacy dan Social Entrepreneurship.
Dalam program ini, beliau turut membawa pengalaman membangunkan Singgah Kopi UMS, sebuah inisiatif keusahawanan sosial yang memfokuskan pemerkasaan komuniti, sebagai inspirasi dan rujukan kepada peserta antarabangsa.
Semoga kejayaan ini terus mengharumkan nama Universiti Malaysia Sabah dan menjadi inspirasi kepada mahasiswa untuk terus menyumbang di peringkat antarabangsa.