31/03/2016
Saya teringin nak berhenti kerja dan berniaga Tetapi
-------------------------------------------
As Salam syafieqah, saya teringin nak berhenti kerja 6 Tahun Akan Datang dan perlukan cash RM200k Selepas 6 Tahun untuk dijadikan modal berniaga dengan suami. Boleh Bantu saya ?
-------------------------------------------
Cik syafieqah jawab:
Wasalam saudari, semasa membaca pm ini di ruangan messenger saya terdetik dalam hati di mana jalan yang saudari pilih untuk berhenti kerja dan berniaga ini adalah satu langkah yang berani. Walaubagaimanapun saya Akan menyokong mereka yang sanggup keluar dari comfort zone ini dan sediakan simpanan kecemasan sebelum berhenti kerja.
Cara pertama yang boleh dilakukan adalah:
-------
Isteri
------
Gaji bersih : RM3000
Apply ASB financing: RM200k
Profit: 5.2%
Tempoh pembiayaan: 30 Tahun
Bayaran bulanan: RM1100 (tidak termasuk Takaful)
Buat bayaran seperti biasa dalam tempoh satu Tahun dahulu. Pada Tahun kedua, tambah pelaburan/ Sijil kedua ASB RM200k di ASB 2. Gunakan duit Dividen pada Tahun pertama ASB 1 untuk pembayaran lump sum Sijil pertama RM200k. Ulang Cara rolling dividen ini Selama tempoh 6Tahun. Manakala Sijil kedua ASB 2, kekalkan bayaran bulanan Selama tempoh 5 Tahun.
Komitmen Masih sama iaitu RM1100 sebulan
Hasilnya Selepas 6 Tahun:
Sijil 1: ASB 1 RM200k
Baki principal : RM19,517
Dividen terakhir : RM13,200
Lebihan dividen : RM6,500
Jumlah : RM39,217✔️
Sijil kedua: ASB 2 RM200k
Baki principal : RM15,828
Dividen terkumpul : RM62,649
Jumlah : RM78,477✔️
Jumlah keseluruhan: RM39,217 + RM78,477 = RM117,694☑️
Suami juga buat Cara yang sama. Simpanan bulanan Sebanyak RM1100 Selama tempoh 6 Tahun dan tambah Sijil kedua ASB 2 RM200k pada Tahun kedua. Kekalkan Dividen ASB 2 dalam akaun dan sebaiknya ia digunakan sebagai simpanan semasa berlaku kecemasan.
Lihat apa yang mereka berdua Akan dapat : RM117,694 + RM117,694 = RM235,388☑️
Disclaimer: kiraan ini dikira secara kasar Kerana dividen berubah-ubah setiap Tahun dan ianya mengikut Potensi kewangan masing-masing
Semoga bermanfaat
Sekadar perkongsian
Syafieqah alya