09/04/2026
✨ Sambutan Hari Raya Aidilfitri ✨
Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Kontinjen Kedah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana penuh meriah.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran SUPT Hamdan bin Edwin, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah serta DSP Mohd Azwari bin Hasan, Pegawai Turus Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu pejabat polis kontinjen Kedah.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah pesara-pesara polis yang pernah berkhidmat di Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat IPK Kedah.
Semoga sambutan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai, anggota serta pesara, di samping menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam pasukan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 🌙✨