Just-code-it

Just-code-it kami menyediakan perkhidmatan latihan dalam pembangunan laman web, sistem dan mobile app.

26/05/2025

Fall. Fail. Break. Tapi Jangan Takut Terjatuh (Dalam Kod Pun Sama)

"Setiap kejatuhan itu bukan pengakhiran. Kadang-kadang, ia cuma exception tanpa try-catch."

Dalam dunia pembangun sistem, jatuh, gagal, dan ‘pecah’ tu perkara biasa:

Server down masa demo.

Kod tak compile 5 minit sebelum deploy.

NullReferenceException muncul entah dari mana.

User tekan benda pelik dan sistem ‘hang’ macam tengah fikir pasal ex. 😩

TAPI...
Jangan takut dengan tepi jurang — sebab setiap kebangkitan bermula dengan risiko.
Masa kau berani keluar dari comfort zone itulah sistem paling hebat kau akan lahir.
Berani cabar diri, berani belajar benda baru — dari monolith ke microservices, dari spaghetti code ke clean architecture. 💪

💡 Nasihat ikhlas dari coder yang dah banyak kali rollback production:

Jangan takut buat silap. Tapi tolong jangan buat silap terus kat server live.

Backup tu bukan cadangan. Itu rukun iman developer.

Kalau fail, istirahat, refactor, cuba lagi. Setiap bug ada fix — macam hidup, setiap masalah ada jalan.

🔥 Dare to risk. Dare to rise.
Itulah cara storm (masalah) bertukar jadi legend (cerita kejayaan).

Jadi, kalau hari ni sistem kau break lagi, atau boss tanya kenapa function lambat — senyum je.
Legend in the making, bro.

17/05/2025

"Do what scares you until it doesn't scare you anymore" – termasuk bila client suruh siapkan sistem seminggu.

Dalam dunia pembangunan sistem, kita selalu hadap perkara yang ‘menakutkan’:

Buat sistem sorang-sorang tapi requirement macam nak bina sistem NASA.

Last minute change sebab “bos baru tukar fikiran malam tadi”.

Demo sistem depan pengarah, tapi tiba-tiba butang “Submit” tak berfungsi.

Koding pukul 3 pagi sambil tanya diri, “Kenapa aku ambik bidang ni dulu?”

Tapi… lama-lama kita jadi lali. Kita mula belajar, mula grow. Apa yang dulu buat kita seram sejuk, sekarang kita hadap dengan senyum sambil minum kopi.

Pembangunan sistem ni ibarat bercinta dengan UI/UX yang cerewet, database yang complicated, dan client yang unpredictable. Tapi bila siap, perasaannya? Macam tengok anak sendiri grad universiti.

Nasihat saya kepada semua yang baru mula atau tengah rasa “aku tak boleh buat ni” — buat je dulu. Tak perfect tak apa. Lama-lama, benda yang menakutkan tu jadi biasa. Yang penting, jangan berhenti.

Dan ingat, kalau sistem tu takde bug langsung… itu maknanya anda lupa tekan “Run”.

04/05/2025

Rule of 100 Hours: Kunci Jadi Mahir dalam Software Development

Pernah dengar tentang Rule of 100 Hours?

Konsep ini mudah tapi powerful: Jika anda laburkan 100 jam dalam setahun untuk belajar atau berlatih satu kemahiran, anda akan jauh lebih mahir berbanding 95% orang lain.

Dalam konteks software development, ini bermakna:

100 jam setahun = lebih kurang 20 minit sehari

Gunakan masa ini untuk menulis kod, baca dokumentasi, cuba teknologi baru, atau bangunkan projek peribadi

Tak perlu tunggu kursus mahal atau masa lapang panjang — konsistensi lebih penting

Contoh:

100 jam React → Boleh bina frontend mantap

100 jam Dapper + Stored Procedure → Boleh bangunkan sistem akses pengguna efisien

100 jam bahasa Inggeris → Boleh bentang idea teknikal dengan lebih yakin

Kalau anda baru mula atau nak tingkatkan skil sebagai software developer, mulakan dengan 100 jam pertama.

Sedikit, tapi konsisten. Itu kuncinya.




14/10/2022
28/02/2020

Belajar cara membangunkan sistem menggunakan Microsoft Visual studio community versions. Free tanpa perlu lesen.

13/02/2020

Develop success from failures. Discouragement and failure are two of the surest stepping Stones to success. -by Dale carnegei

Nak berjaya tiada jalan pintas.
11/02/2020

Nak berjaya tiada jalan pintas.

Done Training application development using Microsoft.Net.
05/02/2020

Done Training application development using Microsoft.Net.

22/06/2019
08/09/2016

Hargailah ilmu yang dikongsikan kepada kita. Penghargaan kepada ilmu boleh ditunjukkan dengan kita mengamalkannya. Kekadang ada betulnya kekecewaan seorang pengajar apabila ilmu yang dikongsikan diambil mudah dan tidak dihargai. Sampai suatu tahap diperumpamakan seperti mengajar sang monyet supaya menghargai bunga.

Jika atitude kita kepada ilmu tidak dibetulkan, datanglah sebanyak mana kursus sekalipun, di akhirnya apa kita dapat hanya kekenyangan bila mana makan 3 kali sehari sepanjang kursus :) . Untuk mencipta alasan negetif memang mudah. Hargailah ilmu yang dikongsikan kepada anda walaupun ianya percuma.

Jom cipta app seperti design ini menggunakan intel xdk. Ringkas dan menarik
06/09/2016

Jom cipta app seperti design ini menggunakan intel xdk. Ringkas dan menarik

Address

Batu Caves
86100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Just-code-it posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share