09/08/2026
ππππππ ππππππππππ - π
πππ ππππ ππ πππππππ πππππ ππππππππ πππππππ πππππππππ πππππππππ πππππ
9 Ogos 2026 I Bilik Seminar
Pada hari yang sama, seramai 21 orang komuniti setempat telah menyertai Kursus Hydroponic - From Zero to Harvest anjuran Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), yang berlangsung di Bilik Seminar, Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG).
Kursus yang dikendalikan oleh tenaga pengajar, Encik Chong Man Lung memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep, prinsip, kelebihan, jenis sistem dan keperluan asas penanaman secara hidroponik tanpa menggunakan tanah.
Selain pengetahuan teori, peserta turut diberikan kemahiran praktikal dalam menyediakan dan mengendalikan sistem hidroponik menggunakan kaedah Kratky, bermula daripada penyediaan bekas, anak benih dan larutan nutrien sehingga kepada aspek penjagaan tanaman.
Pendedahan yang diberikan turut membuka ruang kepada peserta untuk memahami potensi hidroponik sebagai salah satu pendekatan pertanian bandar yang boleh menyokong penghasilan makanan sendiri, di samping berpotensi menjadi sumber pendapatan.
Melalui kursus ini, peserta berpeluang menguasai asas dan kemahiran praktikal hidroponik dan menghasilkan sayuran sendiri menggunakan kaedah Kratky.
Peserta turut diperkenalkan kepada potensi sistem NFT bagi pengusahaan sayuran secara lebih sistematik dan komersial.
Kursus ini dilihat telah berjaya mendedahkan peserta mengenai laluan perkembangan pengusahaan hidroponik, bermula daripada penanaman untuk kegunaan sendiri, pengeluaran secara kecil-kecilan sehingga berpotensi dikembangkan kepada perusahaan hidroponik komersial.