30/07/2017
Ha seperti yang dijanjikan.
Admin nak sambung cerita yang lepas.
Ok. Kes iphone tukar bateri sampai lima kali tak jugak elok2.
Untuk kes ni dia special sikit. Sebab yang problem tu bukan bateri dah, tapi chip dia.
Untuk kes ni, chip yang rosak itu adalah u2 ic.
Chip ni kecik je dalam 2mm x 2mm.
Biasanya chip ni rosak disebabkan penggunaan kabel selain kabel original.
Umum mengetahui bahawa kabel iphone ni memang cepat sangat rosak, putus, dan sebagainya.
Kalau nak kabel tu tahan lama sikit, boleh search "iphone cable lifehack" kat google. Berlambak. Pilih je nak pakai yang mana. Yang penting rajin cari je.
Tapi kalau dah rosak tu, admin mintak tolong sangat2 ye. Jgan pakai kabel pasar malam.
Dia akan jadi seperti kes di atas.
Apple memang xnak baiki dah. Dia suruh add cash, tukar baru je. Xpercaya boleh cuba hantar ye.
Yang xde bajet, dah boleh peram dah. Buat pekasam je iphone tu.
Yang nak baiki jugak sebab sayang gambar dan data dalam tu, sedia jelah dalam RM300 ke atas ye.
Kalau kena yang jenis pau, memang lagi banyak la dia bedal.
Sebab nak cari orang yang baiki benda ni memang susah. Malaysia tak ramai yang baiki. Kena ada link2 baru boleh baiki. Kalau x jumpa, peram lagi haha😂.
Memang teruk ye kesan kabel pasar malam ni. Jadi beringatlah semua ya.
Macam yang admin cakap, kalau nak pakai iphone ni ready je duit banyak2. Sebab memang akan makan banyak duit tau kalau tak reti jaga.
Tak caya gak?
Meh admin bagi analogi sikit:
Kancil murah, sparepart pun murah,
BMW mahal, sparepart pun mahal,
Kita andaikan iphone ni sebagai BMW,
Maintenance mahal, sparepart mahal, manpower mahal.
Dah order sparepart, nak tunggu sampai pulak lama.
Tu sacrifice dia nak pakai benda2 mahal ni. Ok?
Jadi, tepuk dada tanya selera. Kalau nak pakai jugak tak kisah lah. Berani pakai, berani tanggung ye?
Apa pun, kalau tak nak peram iphone anda tu, invest sikit untuk beli kabel original dari apple. (Selepas kabel lama rosak tau)
Tak rugi pun untuk jangka panjang. Last haritu admin tanya harga dia RM99.
Ala mahal sangat lah. Memang pun mahal. Iphone kan mahal? 😉
Jadi apa tunggu lagi?
Kable anda rosak? Pergilah ke Apple Store!
Jangan pergi pasar malam pulak ye. Kang merana seumur hidup.
Kalau agak2 mcam dah nazak sangat kabel tu, baik beli siap2. Tak pening dah nanti tiba2 rosak kabel lama.😊
Oklah itu sahaja posting untuk hari ni. Sekian.
*ps- bagi yang rasa kabel dari apple terlalu mahal, Admin ada yang original. Nak? Pm admin! Stok terhad.