Ftech Enterprise

Ftech Enterprise Your Friendly Neighborhood Computer Shop

28/02/2026

Harini staff intern rajin p**a buat video p**ak. Kita post tanda appreciate 😆. Moga terbukak hati diorang nk buat banyak2 lg video menarik.

Internal cleaning printer L210

Alhamdulillah. Hari ni dapat customer baru. Lecturer muda dari sebuat IPT di perak , Puan Madiah namanya. 😊Beliau mencar...
27/02/2026

Alhamdulillah. Hari ni dapat customer baru. Lecturer muda dari sebuat IPT di perak , Puan Madiah namanya. 😊

Beliau mencari sebuah laptop dan juga sebuah tab untuk kegunaan office supaya tak mix laptop personal Dan laptop kerja. Laptop personal tu pun agak lama dah.

Bila sembang-sembang sikit, rupanya dah lama survey dan fikir nak upgrade supaya kerja jadi lebih lancar. Kadang guna untuk buat nota, kadang untuk siapkan kerja-kerja penting.

Jadi kami bantu cadangkan beberapa pilihan yang sesuai dengan kegunaan beliau. Tak perlu yang terlalu berat spesifikasinya, yang penting lancar, praktikal dan selesa digunakan setiap hari.

Akhirnya Puan Madiah pilih setup yang paling sesuai dengan budget berserta kegunaan dia. Siap sekali dengan aksesori supaya terus boleh guna tanpa pening kepala.

Terima kasih sebab percaya dengan kami di Ftech Enterprise. Customer lama ke, customer baru ke — kita tetap layan sebaiknya. Moga menjadi regular customer selepas ini 😁

Terima kasih Puan Madiah!

Bagi kami, setiap pelanggan itu permata. Puan Rosniza p**a adalah intan yang tak luput kilauannya. Beliau telah setia be...
26/02/2026

Bagi kami, setiap pelanggan itu permata. Puan Rosniza p**a adalah intan yang tak luput kilauannya. Beliau telah setia bersama kami sejak 2018 lagi, kepercayaan yang terjalin menjadi benang kukuh.

Hari ini, Puan Rosniza datang dengan masalah pada pencetak Epson L210 beliau. Pencetak ini digunakan turun-temurun oleh anak-anak beliau yang menyambung pelajaran ke universiti.

Saya difaham, setiap kali cuti semester, pencetak ini terbiar dan menyebabkan muncung printhead tersumbat akibat dakwat kering. Kali ini, kami melakukan "flushing" menggunakan cecair pembersih kimia.

Alhamdulillah, hasil cetakan selepas proses "flushing" kami tunjukkan kepada Puan Rosniza dan beliau berpuas hati. Ada sedikit sahaja dua tiga titik yang tidak keluar, tetapi ini boleh diatasi dengan mencetak dalam mode "high quality"

Kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik agar setiap senyuman terpancar dari hati yang tulus. Terima kasih, Puan Rosniza.

P/s: workaholic btl bos kami dulu2. 11.48pm dok wassap update customer lagi 😄

25/02/2026

Nama pun free

Haih. Penat nk type. 2 kali dah ni type panjang2 pastu tertido. Penangan puasa punya pasal 😅Ok cerita dia berkenaan free...
25/02/2026

Haih. Penat nk type. 2 kali dah ni type panjang2 pastu tertido. Penangan puasa punya pasal 😅

Ok cerita dia berkenaan free antivirus ni. Ramai juga customer yg selalu minta kita installkan apa2 antivirus yg free. Yg tiada subscription selepas selesai format laptop/PC.

Sejujurnya kami mmg tak galak kan pakai free antivirus ni. Perkataan "free" tu pun dah fishy. Dah 2026 ni kita kena sedar mana ada benda free yg bagus melainkan ada hidden agenda.

Antivirus free ni kadang2 buat kacau system kita je. Benda tgh elok tiba2 keluar popup error (false alarm) itu dan ini

- trojan detected, subscribe now
- malware detected, subscribe now
- blablabla

Tak kisah la apa dia tulis tp penghujung dia mesti kena subscribe. Lagi lama biar lg banyak popup sampai la kita langgan. Belum cerita lagi free antivirus ni kadang2 collect data kita 😅.

Ada certain case tu antivirus free yg customer tu install xboleh nk uninstall. Dah remove pun masih ada. Last solution format juga. Dah jadi dua cost. Format + antivirus 😔

Kalau nk pakai antivirus free ni xperlu la. Sebab windows sendiri dah ada windows defender. Function dia lagi bagus dari free antivirus. Kalau betul2 nk pakai antivirus elok langgan je terus yg setahun tu.

Recommended antivirus adalah seperti

Kaspersky
Mcafee

Dua ni je biasa saya guna dan suggest customer untuk langgan. So far alhamdulillah tak ada issue2 besar.. dapat sesuatu? Sila like follow komen Dan share utk cerita seterusnya 😂.

Alhamdulillah… dah 18 tahun dah kamu.Kalau manusia dah boleh:✔ Mengundi✔ Ambil lesen✔ Masuk universitiTapi kamu…Nak buka...
23/02/2026

Alhamdulillah… dah 18 tahun dah kamu.

Kalau manusia dah boleh:
✔ Mengundi
✔ Ambil lesen
✔ Masuk universiti

Tapi kamu…

Nak buka Google pun berfikir dulu. Loading dia bukan biasa-biasa. Dia loading macam tengah flashback balik kehidupan lalu 😆

Klik satu benda… keluar pergi jalan Bazar dulu. Dah balik bazar… baru siap. Itu pun kalau siap. Kalau xsiap juga pergi la keluar ke Bazar lagi sekali haha.

Di Ftech Enterprise, laptop lama mana pun kita tetap layan. Kita tengok dulu, kalau boleh repair, kita repair. Kalau xbaloi repair kita bgtau xbaloi repair.

Tp kalau keluar ayat "sentimental value" mmg kami surrender nk suruh customer move on. Apa yg kami boleh buat ialah Cuba yg terbaik utk bagi panjang lagi jangka hayat laptop tersebut 😁

Selamat berbuka semua

22/02/2026

Lepas modify hinge wajib test buka tutup atleast 50 kali. Biar lenguh tangan budak2 practical ni 😆

Hinge laptop pecah ni… masalah biasa.Zaman skrg ni semua brand sibuk kejar nk buat laptop diorang paling nipis Dan palin...
22/02/2026

Hinge laptop pecah ni… masalah biasa.

Zaman skrg ni semua brand sibuk kejar nk buat laptop diorang paling nipis Dan paling ringan tp bila nk nipis dan ringan ni dia akan korbankan quality/ketahanan.

Kes laptop kalini, customer pernah repair hinge di kedai lain. Masa tu mungkin nampak macam dah okay. Tapi baru-baru ni sebelah hinge pecah semula. So dia bawa ke Ftech Enterprise

As expected. Hinge laptop Kiri kanan penuh gam aradite. Jenuh juga nk buka. Terpaksa cungkil perlahan lahan supaya tak crack casing asal A dan B. Kena cungkil semua juga walaupun yg pecah hanya bahagian hinge kanan laptop

Sebenarnya untuk masalah hinge pecah ni ada beberapa option repair yang biasa kedai buat.

1. Ganti casing - paling proper tapi cost tinggi sebab harga barang + upah.

2. Bolt & nut - not bad. Tahan mmg tahan tp laptop auto huduh. Tetiba ada tersembul p**ak skru atas laptop 😅

3. Gam aradite - paling pop**ar. Technician akan susun bagi kemas. Tuang gam Dan tepek semua sekali bagi kemas. Pastu kepit pakai pengepit Dan biar 1 hari. Cara ni kekal ya dan next jika nk ganti screen mmg kena kopak semula casing tu.

4. Modify casing - kita buat tapak baru ikut original. Cara ni jika nk tukar screen kemudian hari pun boleh buka mcm biasa. Paling penting cosmetic outlook terpelihara / tak nampak modify. Org pun xtau sebenarnya patah 😄

Di ftech enterprise kita pakai option no 4. Punya confident dgn kerja kami ni kita siap bagi warranty 3 bulan. Jika ada masalah dalam 3 bulan tu bawa je semula ke kedai. Sekian.

Like sikit sapa yg baca sampai habis ✌️

Laptop ni bukan lupa tarikh… dia lupa cara nak hidup. 😅Dr. Noryanto, customer lama kami datang sebab laptop dia tiba-tib...
21/02/2026

Laptop ni bukan lupa tarikh… dia lupa cara nak hidup. 😅

Dr. Noryanto, customer lama kami datang sebab laptop dia tiba-tiba tak boleh boot Windows. Bila buka laptop, keluar error "no bootable device". Masuk BIOS… rupanya setting dah lari.

Sebelum ni kita dah set:

➡️ UEFI Mode

Tapi setiap kali laptop ni “buat hal”,
dia reset balik ke:

➡️ CSM / Legacy Mode

Bila jadi macam tu, memang Windows takkan boot.

Biasanya kes macam ni berpunca dari CMOS battery lemah. Tapi ada plot twist… Laptop model ni tak ada CMOS battery langsung. Dia simpan setting BIOS guna internal battery.

Bila battery tu dah mula tak berfungsi / tak stabil. Laptop terus reset BIOS ke default. Sebab tu setting UEFI hilang.

Solution yang kita buat:

🔧 Tukar internal battery
🔧 Set semula BIOS ke UEFI
🔧 Test restart berkali-kali bagi confirm stabil

Alhamdulillah lepas tukar battery, setting BIOS dah tak lari dah. Windows pun boot macam biasa. 👍 Total harga rm180 sahaja termasuk upah pemasangan 😁

Terima kasih Dr. Noryanto sebab masih support kami dari dulu 🙏

Kadang orang ingat bisnes ni setakat jual barang, ambil duit, habis cerita. Tapi bagi kita, tak macam tu.Cik Liyana ni c...
20/02/2026

Kadang orang ingat bisnes ni setakat jual barang, ambil duit, habis cerita. Tapi bagi kita, tak macam tu.

Cik Liyana ni customer lama FTECH.
Beli laptop dengan kita sejak tahun 2023 lagi.
Dari mula beli, sampai sekarang masih berurusan dengan kita bila ada apa-apa isu 🙏
Itu namanya trust. Dan trust ni bukan datang sehari.

Yang paling kita respect…
Dia bukan jenis pushy.
Tak spam mesej.
Tak pressure kita.

Dia explain elok-elok kenapa urgent. Reason dengan kita. Bila customer cakap dgn baik macam tu, kita pun lagi rasa tanggungjawab nak bantu cepat.

Luar waktu kerja pun kita caj sama. Sekali dia transfer lebih sikit. Ni namanya common sense. Auto dapat duit raya awal tahun ni.

Terima kasih cik liyana 😄

JANGAN BUAT CLEANING LEBIH 3 KALI ❗Apa yang akan jadi jika kita buat printer head cleaning banyak kali?1. Absorber cepat...
15/02/2026

JANGAN BUAT CLEANING LEBIH 3 KALI ❗

Apa yang akan jadi jika kita buat printer head cleaning banyak kali?

1. Absorber cepat penuh 😨

Setiap kali buat cleaning, printer akan pam banyak ink dan semua ink tu akan pergi ke absorber (span). Lagi kerap buat, lagi cepat penuh. Bila full nanti keluar error “ink pad full” dan printer tak boleh guna.

2. Warranty boleh jadi void 😱

Printer ni warranty 2 tahun atau sehingga print count tertentu (mana yang dulu). Setiap kali printhead cleaning akan menaik kan "MILAGE" printer tersebut. Makin singkat la warranty printer tu.

3. Ink cepat habis 😰

Head cleaning bukan guna sikit-sikit ink. Dia sedut dan flush banyak ink. Baru beli ink tapi rasa cepat kosong? Inilah salah satu puncanya.

📌 Tips:

Kalau lepas 2–3 kali cleaning masih tak ok, better stop dan bawa check. Jangan paksa printer kerja sampai jadi masalah lain. Tak pasal pasal kena spend lebih utk repair nnt.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan Sila hubungi kami melalui Whatsapp atau messenger. Kami akan cuba assist sebaik mungkin. InshaAllah

PC ni tahun 2014 dah 😅. Haritu baru tukar SSD, kali ni motherboard p**a rosak. Kita dah advise suruh move on je sebab ki...
14/02/2026

PC ni tahun 2014 dah 😅. Haritu baru tukar SSD, kali ni motherboard p**a rosak. Kita dah advise suruh move on je sebab kira-kira memang macam tak berbaloi sangat dah nak repair. Better invest untuk beli mobo, proc dan ram baru. SSD kita boleh carry forward.

Tapi tuan dia tetap nak repair, katanya dia sayang sangat. Jatuh bangun dia dengan pc ni. Buat assignment, cari rezeki, simpan macam-macam kenangan dalam tu. (Padahal boleh je copy data bawa keluar masuk CPU baru) 😅

Makanya misi mencari board socket 1155 kita mulakan. Cari dgn supplier dan ada satu supplier ni bagi harga rm120 siap warranty 1 minggu (old stock siap kotak). Nego punya nego dapat la warranty 1 bulan. ok la tu. bukan apa. kalau 1 minggu tu kejap sgt.

Upah cabut board lama dan pasang board baru +rm60 menjadikan total rm180. Customer setuju untuk proceed. Alhamdulillah selesai tukar board dan CPU running dengan baik waktu test run.

Tgk muka customer happy pun kita dah puas hati sebab meniaga ni bukan la sebab untung sangat tp dapat bantu org selesai masalah tu yg paling penting. Kira win2 situation la kan? Haha. Ok bye.

Address

No. 3 Jalan PP8
Bota
32610

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60195901154

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ftech Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ftech Enterprise:

Share