Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Air Putih

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Air Putih Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Air Putih, Internet service provider, Lot Kedai Tingkat 1, 27C-1-1 Jalan Air Itam,, Pulau Pinang, George Town.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional bertujuan menyediakan capaian internet yang kolektif, memperkasa komuniti, dan menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang tepat dan terkini.

14/08/2026

MEKANIK PLAYER SEMUA POWER TUโ€ฆ APSAL BOLEH KALAH EH? MESTI MASA WAR SEMUA SENYAP NI.. ๐Ÿ˜ญ๐ŸŽฎ

Main game ni bukan sekadar tangan je kena laju. Shotcalling, buat keputusan dan kekal tenang pun boleh membezakan keputusan game tu. ๐Ÿ˜…

Jom mantapkan lagi kebolehan korang, Perkhidmatan Pintar NADI bawakan program ikut macam-macam minat komuniti๐Ÿ‘‡

๐ŸŽฎ E-Sports: Shotcalling & membuat keputusan + pertandingan Mobile Legends Sabah & Sarawak
๐Ÿค– AI & Prompt Engineer + Cyber Quiz
๐Ÿ’ผ Kidventure: Marketing 1 + Business Operation
๐ŸฅŠ Muay Thai Conditioning** untuk beginner
๐Ÿงต๐ŸŒฑ Mahir: Jahitan & pertanian pintar
๐Ÿ“š Tuisyen Rakyat + VOD Revision

๐Ÿ“ Turut berlangsung Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat di Tawau dan Program MADANI Kita di Johor Bahru.

๐Ÿ’ฌ Kalau korang kena pilih SATU โ€” ๐ŸŽฎ E-Sukan / ๐Ÿค– AI / ๐Ÿ’ผ Marketing / ๐ŸฅŠ Muay Thai / ๐Ÿงต Mahir?

Komen pilihan korang & tag geng yang selalu jadi โ€œshotcaller tak rasmiโ€ dalam team tu ๐Ÿ˜‚๐Ÿ‘‡

14/08/2026

Pendedahan berterusan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan, antaranya batuk, mata pedih dan berair, hidung berair, kulit gatal serta kesukaran bernafas. ๐ŸŒซ๏ธ

Kenali gejalanya dan peka terhadap kesan jerebu pada kesihatan. ๐Ÿฉบ




14/08/2026

Menguruskan ketagihan dadah bukan sekadar membantu seseorang berhenti menggunakan dadah โ€” ia melibatkan rawatan, sokongan dan proses pemulihan yang berterusan.

Sertai webinar NADI Kesejahteraan Kendiri bersama
Dr Nor Hazlin Talib
Pakar Perunding Perubatan Keluarga & Kepakaran Lanjutan Perubatan Penagihan Penjagaan Primer,
Klinik Kesihatan Batu 9, Cheras.

๐ŸŽ™๏ธ Ketagihan Dadah: Rawatan, Sokongan dan Pemulihan
๐Ÿ“… 14 Ogos 2026
๐Ÿ•ฅ 10.30 pagi
๐ŸŽŸ๏ธ Percuma

Pemulihan adalah satu perjalanan โ€” dan sokongan yang tepat boleh membawa perubahan.

๐Ÿ“ Google Meet: https://meet.google.com/tvt-jacd-uem

๐Ÿ“บ YouTube Live: https://www.youtube.com/

๐Ÿ“˜ Facebook Live: https://www.facebook.com/officialnadimalaysia

13/08/2026

Jangan biarkan telefon pintar menjadi โ€œpengasuhโ€ anak tanpa pengawasan.

Sebagai ibu bapa, kita bukan sekadar perlu tahu apa yang anak tonton, tetapi juga siapa yang mereka ikuti, apa yang mereka kongsi dan dengan siapa mereka berinteraksi.

๐Ÿ“ฑ Pantau. Bimbing. Lindungi.

Kerana keselamatan anak di ruang digital bermula dengan kita.

13/08/2026
๐Ÿ“ข GUIDANCE TUITION 14 OGOS 2026: TINGKATAN 4 ๐Ÿ“ขUntuk pelajar Guidance Tuition Tingkatan 4, teruskan momentum pembelajaran...
13/08/2026

๐Ÿ“ข GUIDANCE TUITION 14 OGOS 2026: TINGKATAN 4 ๐Ÿ“ข
Untuk pelajar Guidance Tuition Tingkatan 4, teruskan momentum pembelajaran anda dengan menyertai kelas bimbingan berfokus!
Sila rujuk jadual sesi seperti berikut:
TINGKATAN 4
๐Ÿ“ ZON B (Johor, KL, Selangor, Sabah, Sarawak & lain-lain)
๐Ÿ“š Subjek: Bahasa Inggeris
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•ž Masa: 3.30 PM โ€“ 4.40 PM
Apa kelebihan program ini?
โœ… Bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung daripada guru-guru sepanjang tahun.
โœ… Pemantauan prestasi dan pencapaian pelajar melalui rekod kemajuan bulanan.
โœ… Ujian dan latihan berkala untuk mengukuhkan pemahaman.
โœ… Akses kepada semua elemen pembelajaran.
โš ๏ธ Kelas ini KHAS UNTUK PELAJAR Guidance Tuition sahaja!
๐Ÿ“ž Berminat? Kunjungi pusat NADI terdekat anda sekarang

13/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

โ€ขโ  โ Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
โ€ขโ  โ Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
โ€ขโ  โ Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




๐Ÿ“ข WEBINAR BERKALA MATEMATIK โ€“ EDISI 8 ๐Ÿ“ขHello pelajar! ๐ŸŒŸJom sertai Webinar Berkala Matematik โ€“ Edisi 8 dan tingkatkan pen...
12/08/2026

๐Ÿ“ข WEBINAR BERKALA MATEMATIK โ€“ EDISI 8 ๐Ÿ“ข

Hello pelajar! ๐ŸŒŸ

Jom sertai Webinar Berkala Matematik โ€“ Edisi 8 dan tingkatkan penguasaan anda dalam Fungsi dan Persamaan Kuadratik & Ketaksamaan Linear dengan lebih mudah dan berkesan! โž•๐Ÿ“˜

๐Ÿ—“๏ธ 22 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ• 2.30 PM โ€“ 4.30 PM
๐Ÿ“ Dalam Talian
๐Ÿ‘ฅ Sasaran: Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

๐ŸŽฏ Topik:
Fungsi dan Persamaan Kuadratik & Ketaksamaan Linear

๐Ÿ’ก Pelajari konsep fungsi dan persamaan kuadratik serta ketaksamaan linear, teknik menyelesaikan soalan dengan tepat dan kaedah mudah untuk meningkatkan keyakinan serta prestasi dalam Matematik.

๐Ÿ“ž Daftar sekarang di cawangan NADI berhampiran anda!

12/08/2026
๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN SIRI CYBER HYGIENE ๐Ÿ”Assalamualaikum dan salam sejahtera,Jom sertai Siri Cyber Hygiene dengan tajuk:๐Ÿ“Œ โ€œBila ...
12/08/2026

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN SIRI CYBER HYGIENE ๐Ÿ”

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom sertai Siri Cyber Hygiene dengan tajuk:

๐Ÿ“Œ โ€œBila Data Terpadam: Cara Pulih & Susun Semulaโ€

Dalam sesi ini, peserta akan mempelajari cara memulihkan data yang terpadam menggunakan fungsi pemulihan serta menyusun fail dan folder secara sistematik.

๐Ÿ—“๏ธ 13 Ogos 2026 (Khamis)
โฐ 3.00 petang โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ’ป LMS Cybersecurity

๐Ÿ‘ฅ Terbuka kepada:
* Berumur 17 tahun ke atas
* Ibu bapa, usahawan & pengguna telefon pintar
* Berdaftar sebagai Ahli NADI

๐Ÿ“ฑ Bawa telefon pintar anda dan praktikkan langkah keselamatan secara langsung!

Jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan kemahiran mengurus dan melindungi data anda. ๐Ÿ›ก๏ธ๐Ÿ’พ

Address

Lot Kedai Tingkat 1, 27C-1-1 Jalan Air Itam,, Pulau Pinang
George Town
11500

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60122491310

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Air Putih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Air Putih:

Shortcuts

Share