Smart Fitt Hq

Smart Fitt Hq Menyediakan info&tips membina otot cara mudah serta penjagaan kesihatan

04/04/2022
Salam Ramadhan Dari Kami
03/04/2022

Salam Ramadhan Dari Kami

MARAH merupakan emosi biasa yang ada pada setiap manusia. Namun, marah yang keterlaluan akan membawa banyak perkara nega...
30/03/2022

MARAH merupakan emosi biasa yang ada pada setiap manusia. Namun, marah yang keterlaluan akan membawa banyak perkara negatif, seperti menjejaskan imej sendiri dan hubungan anda dengan orang lain.

Lima cara di bawah mudah dipraktikkan, sesuai bagi anda yang mudah naik marah.

1. Berfikir sebelum anda bercakap
Setiap kali perasaan marah menyelubungi diri anda, tarik nafas. Ambil masa untuk berfikir apa yang anda mahu luahkan kerana percakapan semasa marah kebiasaannya dipengaruhi emosi.

2. Luahkan selepas tenang
Apabila anda sudah tenang, luahkan kekecewaan anda dengan tegas tetapi tidak konfrontatif. Nyatakan kerisauan dan keperluan anda dengan jelas dan dalam nada yang terkawal.

3. Kenal pasti penyelesaian mudah
Daripada memusatkan perhatian pada perkara yang membuat anda marah, sebaiknya anda berusaha menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Adakah bilik anak anda yang tidak kemas menimbulkan kemarahan? Tutup pintu itu. Adakah pasangan anda balik lambat untuk makan malam? Jadualkan waktu makan yang sesuai atau buat perjanjian untuk makan bersama pada hari tertentu dalam seminggu. Ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan memperbaiki apa-apa, sebaliknya mungkin hanya akan membuat keadaan lebih teruk.

4. Rehatkan diri
Cari aktiviti yang membuatkan anda tenang. Anda boleh mendengar muzik, melukis atau melakukan senaman yoga.

5. Jangan menyimpan dendam
Percayalah, memberi kemaafan sangat berkesan untuk menenangkan diri anda. Bukan itu sahaja, kemaafan juga membolehkan anda belajar sesuatu atau mengambil pengajaran daripada situasi tersebut.

10 tip berfikiran positif1. Kenalpasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika anda ras...
30/03/2022

10 tip berfikiran positif
1. Kenalpasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika anda rasa mood anda kembali suram, berhentilah daripada berfikiran tentangnya sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal anda.,

2. Berkawanlah dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif!

3. Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkanlah diri anda daripada orang yang selalu berfikiran negatif,

4. Bersenam dan makan makanan seimbang. Jika anda nampak hebat dari segi LUARAN, sudah tentu dalamannya juga hebat dan bagus,

5. Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang – barang anda. Anda perlu dikelilingi barang – barang yang anda s**a dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya gambar keluarga, buku kegemaran, gambar seni dan apa sahaja yang bermakna buat diri anda,

6. Jika ada seseorang memberitahu bahawa ANDA TIDAK BOLEH MELAKUKAN SESUATU, maka ambillah ia sebagai cabaran untuk anda membuktikan bahawa anda boleh melakukannya. Jika anda berjaya menunjukkan pada mereka bahawa ia boleh dibuat, anda mungkin menjadi inspirasi atas kejayaan tersebut,

7. Apabila anda merasa kecewa dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa, anda harus mengingatkan diri bahawa semua ini adalah DUGAAN daripada Tuhan yang menguji kita. Yakin bahawa pasti ada HIKMAH di sebalik setiap apa yang berlaku,

8. Jadilah s**arelawan dengan melibatkan diri dengan kerja – kerja kebajikan. Keadaan ini akan menyedarkan kita bahawa ada manusia lain yang hidup dengan beban dan masalah yang lebih besar daripada kita, dan mereka mampu menempuhinya. Ini akan menyebabkan anda TERKESAN DARI SEGI EMOSIONAL DAN KEROHANIAN, ketika membantu mereka,

9. Belajar untuk menghilangkan tekanan. Masalah yang kecil akan kelihatan sangat besar jika anda selalu dalam keadaan tertekan. Dengan itu, jauhkan diri anda dari tekanan dan hadapi setiap situasi dengan fikiran yang tenang, dan tips terakhir,

10. Teruskan berfikiran positif. Memulakannya adalah mudah, namun mengekalkannya adalah cabaran untuk anda. Jadikan ia TABIAT anda untuk sentiasa berfikiran positif sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup anda.

Oleh itu, diharapkan 10 tips ini dapat anda manfaatkan, supaya kita sama – sama lebih berjaya dan mencapai kesihatan dalam minda.

8 MAKANAN DIET YANG SESUAI1: TelurTelur adalah makanan untuk diet yang popular, terutamanya sewaktu sarapan pagi, yang b...
29/03/2022

8 MAKANAN DIET YANG SESUAI
1: Telur
Telur adalah makanan untuk diet yang popular, terutamanya sewaktu sarapan pagi, yang bantu mengurangkan berat badan.

Dalam kajian kecil terhadap 21 lelaki, para penyelidik membandingkan kesan makan telur untuk sarapan pada pengambilan makanan, kelaparan, dan kepuasan.

Mereka juga melihat tahap gula darah, insulin, dan ghrelin, yang juga dikenali sebagai hormon kelaparan.

Mereka mendapati bahawa lelaki yang makan sarapan telur memakan sedikit kurang pada hidangan berikutnya. Mereka juga dilaporkan berasa kurang lapar dan 3 jam lebih puas selepas sarapan pagi.

Malahan, selepas sarapan pagi, kumpulan ini juga tidak mempunyai perubahan dalam gula darah dan tahap insulin mereka, dan juga tahap ghrelin yang lebih rendah.

#2 Oatmeal
Satu kajian yang melibatkan 47 orang dewasa melihat perbezaan selera makan, kekenyangan, dan pengambilan makanan seterusnya selepas peserta makan oat, berbanding dengan bijirin sarapan sedia dimakan berasaskan oat.

Selepas makan oatmeal, peserta berasa lebih kenyang dan kurang lapar berbanding makan bijirin.

Selain itu, pengambilan kalori semasa makan tengah hari lebih rendah selepas makan oatmeal berbanding selepas makan bijirin sarapan pagi.

Walaupun kedua-dua sarapan mengandungi jumlah kalori yang sama, oatmeal menyediakan lebih banyak protein, serat, dan kurang gula berbanding bijirin.

#3 Sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau adalah termasuk kale, bayam, collards, swiss chards dan beberapa yang lain. Ia rendah kalori dan karbohidrat serta sarat dengan serat, yang baik untuk menurunkan berat badan.

Makan sayur-sayuran hijau adalah cara yang baik untuk meningkatkan jumlah makanan anda, tanpa meningkatkan kalori.

Banyak kajian menunjukkan bahawa makanan dan diet dengan kepadatan tenaga yang rendah membuatkan seseorang makan lebih sedikit kalori secara keseluruhan.

Sayuran berdaun hijau juga sangat berkhasiat dan tinggi vitamin, antioksida dan mineral, termasuk kalsium, yang bagus untuk membakar lemak.

# 4: Sup
Makanan dan diet dengan ketumpatan tenaga yang rendah cenderung menjadikan individu makan lebih sedikit kalori.

Kebanyakan makanan dengan ketumpatan tenaga yang rendah adalah yang mengandungi banyak air, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Tetapi anda juga boleh menambah air dalam hidangan anda, dengan membuat sup.

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa makan makanan bersup boleh membuatkan individu berasa lebih kenyang dan mengambil kalori yang jauh lebih rendah.

Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak menambah terlalu banyak lemak dalam sup anda, seperti krim atau santan, kerana ini dapat meningkatkan kandungan kalori.

# 5: Kekacang
Walaupun tinggi lemak, kacang tidak menggemukkan seperti yang anda sangkakan. Ia makanan ringan yang sangat baik, mengandungi jumlah protein yang seimbang, serat dan lemak yang sihat.

Kajian menunjukkan bahawa makan kacang boleh meningkatkan kesihatan metabolik dan juga menggalakkan penurunan berat badan.

Lebih-lebih lagi, kajian populasi menunjukkan bahawa orang yang makan kacang cenderung lebih sihat dan lebih kurus berbanding mereka yang tidak memakannya. Hanya pastikan anda tidak berlebihan kerana ia masih cukup tinggi dalam kalori.

# 6 Buah-buahan
Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa buah adalah menyihatkan. Banyak kajian menunjukkan bahawa orang yang makan buah (dan sayur) cenderung lebih sihat daripada orang yang tidak mengambilnya.

Tambahan lagi, buah-buahan juga mempunyai ciri-ciri untuk menghilangkan berat badan.

Walaupun mengandungi gula semula jadi, ia mempunyai ketumpatan tenaga yang rendah. Selain itu, kandungan seratnya membantu menghalang gula daripada dikeluarkan terlalu cepat ke dalam aliran darah anda.

# 7 Yogurt
Yogurt adalah makanan tenusu yang sangat baik. Sesetengah jenis yogurt mengandungi bakteria probiotik yang dapat meningkatkan fungsi usus anda.

Mempunyai usus yang sihat boleh membantu melindungi daripada keradangan dan rintangan leptin, yang merupakan salah satu pemacu hormon utama obesiti.

Pastikan untuk memilih yogurt dengan kultur aktif kerana jenis yogurt lain mengandungi hampir tidak ada probiotik.

Pertimbangkan juga untuk memilih yogurt penuh lemak kerana yogurt rendah lemak biasanya mengandungi gula, jadi sebaiknya elakkan pengambilannya.

#8 Salmon
Ikan berlemak seperti salmon sangat sihat dan menjadikan anda kenyang selama beberapa jam dengan sedikit kalori.

Salmon mengandungi protein berkualiti tinggi, lemak sihat dan pelbagai nutrien penting.

Ikan dan makanan laut pada umumnya juga boleh membekalkan sejumlah besar iodin. Nutrisi ini diperlukan untuk fungsi tiroid yang sesuai, yang penting untuk memastikan metabolisma anda berjalan dengan optimum.

Salmon juga kaya asid lemak omega-3, yang telah terbukti membantu mengurangkan keradangan, yang diketahui memainkan peranan utama dalam obesiti dan penyakit metabolik.

Ikan kembung, ikan trout, ikan sardin, herring dan lain-lain jenis ikan berlemak juga sangat baik.

5 LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN KETIKA BERSUKANLANGKAH UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN KETIKA BERSUKAN  #1 : LAKUKAN...
28/03/2022

5 LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN KETIKA BERSUKAN
LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN KETIKA BERSUKAN #1 : LAKUKAN SESI WARM-UP ATAU REGANGAN

• Lakukan sesi ‘warm up’ atau regangan (15-20minit) sebelum sesi latihan mahupun s**an.
• Sesi warm up akan meningkatkan suhu badan untuk menyediakan otot sebelum melakukan aktiviti ‘strenous’.
• Warm up juga akan mengurangkan kesakitan otot.

LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN KETIKA BERSUKAN #2 :PAKAIAN DAN KASUT YANG BERSESUAIAN

• Memakai baju yang breathable akan membantu penyerapan peluh dan mengelakkan ‘heat entrapment’ yang akan mengurangkan masa bers**an.
• Pemakaian kasut mengikut jenis s**an juga sangat penting untuk mengelakkan buku lali tercedera ketika bers**an.

LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN KETIKA BERSUKAN #3 :KAWASAN BERSUKAN YANG SELAMAT

• Pastikan kawasan untuk bers**an selamat dan diselenggarakan dengan baik.

LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN KETIKA BERSUKAN #4 :SENAMAN MENINGKATKAN KEKUATAN OTOT

• Melakukan senaman untuk meningkatkan kekuatan otot.
• Konsistensi melakukan senaman kekuatan otot seperti resistance training, dapat mengelakkan dari risiko kecederaan pada otot ketika ‘high load activity’.

LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN KETIKA BERSUKAN #5 :DAPATKAN RAWATAN DOKTOR JIKA BERLAKU KECEDERAAN

• Dapatkan rawatan doktor sekiranya berlaku kecederaan dan jangan bermain semasa sakit.
• Elakkan daripada terus bermain ketika menghadapi kecederaan untuk mengelakkan kawasan kecederaan bertambah teruk.
• Dapatkan konsultasi doktor atau fisioterapi pada kecederaan anda.

Address

Bangunan Belakang Giant Jerteh
Jerteh
22000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smart Fitt Hq posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category