23/08/2026
๐บ๐ง โBOSS, TV SAYA ROSAKโฆ KOS BAIKI BERAPA?โ
Ini antara soalan yang paling kerap kami terima. ๐
Ada customer beritahu:
โTV ada suara tapi gambar tak ada.โ
โTV tak boleh ON.โ
โTV hidup sekejap kemudian mati.โ
โPaparan TV ada masalah.โ
Kemudian mesti datang soalan seterusnyaโฆ ๐
โBoss, berapa kos nak baiki?โ
Sebenarnya bukan kami tak mahu bagi harga. ๐
Walaupun kami sebagai technician mempunyai pengalaman membaiki pelbagai jenis TV, kami tetap perlu periksa TV terlebih dahulu.
Ini kerana simptom yang nampak sama belum tentu mempunyai punca kerosakan yang sama.
Ada juga pembaikan yang memerlukan komponen atau spare part tertentu. Kami sendiri perlu mendapatkan atau membuat tempahan barang daripada HQ atau supplier, dan harganya boleh berbeza mengikut brand, model, jenis barang, stok serta harga semasa.
๐ โBAGI ANGGARAN LEBIH KURANG PUN JADILAH BOSSโฆโ
Haaโฆ yang ini pun selalu kami dengar. ๐
Bukan kami kedekut nak bagi anggaran. Kami cuma cuba elakkan memberi anggaran yang belum tentu tepat.
Kadang-kadang daripada simptom yang diceritakan, kita sangka kerosakannya besar. Selepas diperiksa, rupanya masalah tidak banyak.
Kalau awal-awal kami beri anggaran terlalu tinggi, mungkin owner terus fikir:
โMahal jugaโฆ baik beli TV baru.โ
Sedangkan selepas checking, mungkin kos sebenar jauh lebih rendah. Jadi anggaran yang tidak tepat boleh menyebabkan owner membuat keputusan terlalu awal.
Ada juga keadaan sebaliknya. ๐
Owner tanya:
โBoss, agak-agak berapa?โ
Kita pun jawab:
โMungkin RM100 lebihโฆโ
Sekali TV sampai, technician buka dan check betul-betul. Bila semak barang dengan supplier, rupa-rupanya kos keseluruhan boleh jadi RM300 lebih.
Nanti keluar p**a ayat:
โEh bossโฆ hari tu cakap RM100 lebih?โ ๐
Haaโฆ technician p**a kena jawab balik. ๐
Sebab itu daripada kita sama-sama pening kemudian hari, lebih baik jangan teka kerosakan dan jangan teka harga.
Biar technician check dahulu โ tahu punca sebenar โ semak barang jika diperlukan โ kemudian barulah kami maklumkan kos.
Lebih jelas dan kurang salah faham. ๐ค
๐ง PROSES FULL CHECKING KAMI
TV dihantar โ Full checking โ Kenal pasti punca โ Semak barang & harga jika perlu โ Maklumkan kos โ Owner setuju โ Barulah proceed baiki.
โณ Untuk proses full checking, kebiasaannya kami memerlukan masa sekitar 1 hingga 3 hari bekerja.
Dan sebaik-baiknya proses full checking dilakukan di kedai kami, kerana di sinilah kami mempunyai peralatan, ruang kerja dan segala keperluan pemeriksaan yang diperlukan untuk technician membuat pemeriksaan dengan lebih teratur dan teliti.
Ada sesetengah masalah yang tidak dapat dikenal pasti hanya dengan melihat simptom TV sekejap sahaja. Kadang-kadang TV perlu dibuka, diperiksa satu persatu dan dibuat testing terlebih dahulu sebelum kami boleh membuat keputusan.
Sebab itulah pemeriksaan di kedai lebih sesuai berbanding membuat kesimp**an di rumah atau hanya berdasarkan video dan gambar yang dihantar melalui WhatsApp.
Kami mohon beri sedikit masa kepada technician kerana setiap TV mempunyai keadaan dan tahap kerosakan yang berbeza.
Ada yang mudah dikenal pasti, ada juga yang memerlukan pemeriksaan lebih teliti.
Bukan sengaja mahu lambatkan proses, tetapi kami lebih selesa memberikan keputusan selepas pemeriksaan dibuat sebaik mungkin daripada memberikan jawapan terlalu awal yang akhirnya mungkin tidak tepat. ๐
Selepas punca dikenal pasti, barulah kami akan hubungi owner dan maklumkan keadaan TV serta kos pembaikan.
โ
Owner tak jadi baiki โ tiada caj checking di kedai.
โ
Kos terlalu tinggi dan owner tak mahu teruskan โ tiada caj checking di kedai.
โ
TV tidak dapat dibaiki โ tiada caj checking di kedai.
โ
Tiada paksaan untuk baiki.
โ
Setuju baiki โ tak perlu deposit, siap baru bayar.
๐ โBOSS, BOLEH DATANG AMBIL TV DI RUMAH?โ
Soalan ini pun selalu kami terima.
Untuk urusan checking, sebaiknya owner hantar sendiri TV ke kedai.
Selain dapat melakukan full checking dengan segala keperluan yang tersedia di kedai, ia juga lebih menjimatkan untuk owner.
Jika kami perlu datang mengambil TV di rumah, kebiasaannya akan melibatkan caj pengangkutan/runner serta caj berkaitan checking, kerana ada perjalanan pergi dan balik serta masa di luar kedai yang perlu diperuntukkan.
Sebab itu kalau keadaan mengizinkan, lebih baik hantar terus TV ke kedai. ๐๐บ
Owner hanya perlu luangkan sedikit masa untuk menghantar TV, dan kami p**a akan berikan masa untuk membuat pemeriksaan dengan teliti.
Jika selepas pemeriksaan owner memilih untuk tidak meneruskan pembaikan, tiada caj checking dikenakan untuk TV yang dihantar sendiri ke kedai.
Bagi kami, cara ini lebih mudah, lebih jelas dan adil untuk kedua-dua pihak. โค๏ธ๐ค
๐ KALAU OWNER TAK JADI BAIKI?
Kadang-kadang selepas mengetahui kos, owner memilih untuk tidak meneruskan pembaikan, kos dirasakan tidak berbaloi ataupun owner membuat keputusan untuk membeli TV baru.
Tak ada masalah. ๐
Keputusan tetap di tangan owner dan kami hormati keputusan tersebut.
Kebiasaannya ada 2 pilihan:
1๏ธโฃ Ambil semula TV
Owner boleh datang mengambil semula TV di kedai dalam tempoh satu minggu.
Jika owner mahu kami hantarkan semula TV tersebut, boleh dibincangkan dan caj pengangkutan/penghantaran akan dikenakan.
2๏ธโฃ Tidak mahu TV tersebut lagi
Jika owner memang tidak mahu mengambil semula TV tersebut, maklumkan kepada kami dan kami akan uruskan untuk pelupusan.
Kami cuma mohon TV yang tidak diteruskan pembaikan tidak ditinggalkan terlalu lama kerana ruang kedai juga perlu digunakan untuk TV customer lain yang sedang menunggu pemeriksaan dan pembaikan. ๐
๐คฒ Semoga penerangan ini dapat membantu owner-owner TV memahami cara kami menjalankan proses pemeriksaan dan pembaikan.
Bukan kami tidak mahu memberikan harga melalui WhatsApp. Kami cuma mahu setiap harga yang diberikan berdasarkan keadaan sebenar selepas TV diperiksa, bukan sekadar andaian.
Check dahulu โ tahu masalah sebenar โ maklumkan kos โ owner buat keputusan.
Insya-Allah cara begini lebih mudah, telus dan dapat mengelakkan salah faham antara owner dan technician. โค๏ธ
Terima kasih kerana memahami cara kami bekerja dan terima kasih kepada semua yang terus memberikan kepercayaan kepada kami. ๐คฒ๐
๐บ Kedai TV Pasir Gudang โ Aman Electronic
๐ No. 70, Jalan Mangga 7, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor
๐ 019-700 3449
๐ FOLLOW โข LIKE โข SHARE
Facebook & TikTok: Kedai TV Pasir Gudang