20/09/2026
Ambil project coding atau buat sistem. Lepas tu caj RM2,000. Sebenarnya untung berapa?
Kalau buat freelance, kadang-kadang kita tengok macam ni.
Customer bayar RM2,000.
Kos software mungkin RM100.
Jadi rasa macam untung RM1,900.
Tapi project tu ambil 40 jam.
Belum kira meeting, revision, WhatsApp dengan customer, transport dan masa yang digunakan untuk uruskan project.
Bila kira betul-betul, baru nampak sebenarnya berapa nilai yang kita dapat daripada project tu.
Sebab tu kalau ambil freelance project, jangan tengok harga project sahaja.
Cuba kira berapa sebenarnya kos untuk siapkan project tersebut.
Pernah tak ambil project yang nampak macam untung besar, tapi bila siap rasa macam tak berbaloi?