24/01/2022
Bab makan ni jangan kata Jepun,Rasulullah 1400 tahun dulu dah ingatkan
"Orang Jepun pun makan nasi, tapi kenapa mereka boleh bersukan dengan bagus sedangkan kita lemau?"
Sebenarnya tabiat dan budaya pemakanan orang Jepun jauh lebih baik berbanding orang Malaysia kerana tiga sebab ini.
1. MAKAN HANYA 80%
Orang Jepun mengamalkan prinsip "腹八分目" (Hara hachi bun me) yang membawa maksud "belly/stomach 80%" atau "perut 80%". Mereka hanya makan sampai 80% kapasiti perut sahaja kerana lebih mudah untuk bergerak, bekerja, dan bersukan apabila perut tidak penuh sepenuhnya. Ini sebenarnya menyumbang kepada faktor panjang umur warga Jepun dan mereka antara masyarakat yang mempunyai jangka hayat paling panjang di dunia. (https://www.cnbc.com/2020/11/10/japanese-80-percent-diet-rule-can-help-you-live-longer-says-longevity-expert.html)
2. SAIZ HIDANGAN KECIL, LAUK PELBAGAI
Saiz hidangan individu di Jepun agak kecil bila dibandingkan dengan Korea ataupun China, namun lauk mereka pelbagai. Menu harian mereka sama ada nasi bersama sup, dan juga tiga hingga lima jenis lauk. Ini membolehkan mereka mendapat khasiat harian sambil patuh kepada konsep "Makan 80%".
3. MAKAN SAMPAI HABIS
Di Jepun, tidak menghabiskan makanan (ataupun makan bersisa) dianggap sebagai perkara kurang sopan malah kurang ajar, kerana ia melambangkan sikap tidak menghargai usaha mereka yang menyediakan makanan tersebut dari tukang masak sehingga kepada pekebun, peladang, serta nelayan yang menyediakan bahan mentah. Sangat jauh bezanya dengan Malaysia, di mana makan bersisa dianggap sebagai kemestian untuk menggambarkan kekayaan kepada semua orang; malah bila mana menjamu tetamu sekalipun, makan bersisa menggambarkan tuan rumah melayan tetamu dengan baik untuk mengelakkan malu. Kedua-dua contoh adalah perbuatan membazir.
Jadi sebelum nak ada pencapaian dalam sukan, ubah mentaliti masyarakat dahulu.
Kredit gambar; Japan Maritime Self Defence Force.