NADI Kg Chabau

NADI Kg Chabau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI Kg Chabau, Computer training school, Kampung Chabau, Kampong Jasin.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau lebih dikenali sebagai NADI menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang memberi peluang kepada komuniti setempat memperkasa kemahiran digital dan menjana pendapatan melalui platform e-Dagang

08/09/2026

Tercekik boleh berlaku pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Dalam situasi kecemasan, tindakan yang pantas dan betul boleh membantu menyelamatkan nyawa.

Dalam webinar bersama:
Kapt. Bersekutu (PA) Ahmad Al Syafiq
Eksekutif Perubatan, MRIC Healthcare

Beliau akan berkongsi pengetahuan dan panduan penting untuk membantu anda mengenali tanda-tanda tercekik serta mengetahui tindakan yang betul apabila berdepan situasi kecemasan.

📅 Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)
🕥 Masa: 10:30 pagi

📍 Google Meet:
👉 https://meet.google.com/tvt-jacd-uem

YouTube Live:
https://www.youtube.com/

Facebook Live:
https://www.facebook.com/officialnadimalaysia

Saksikan webinar ini dan kongsikan kepada keluarga, rakan-rakan serta orang tersayang.

08/09/2026

🇲🇾 Hormati Jalur Gemilang dengan mengamalkan etika yang betul sebagai tanda cinta kepada negara.

Bersama kita pelihara simbol kedaulatan dan maruah Malaysia. ✨




07/09/2026

📢 PENDAFTARAN EDUTIPS SIRI 3 KINI DIBUKA!

Siri video pendek Program Khas NADI Tuisyen Rakyat kini kembali dengan topik yang lebih menarik: Teknik Pomodoro.

Ubah cara belajar anda hari ini supaya masa belajar betul-betul berbaloi dan jauh lebih berkesan!

📅 Tarikh Tayangan: 7-13 September 2026 (waktu fleksibel)
⏰ Format: Siri video pendek
💵 Yuran: PERCUMA di NADI berdekatan anda
👥 Sasaran: Terbuka kepada semua peringkat umur

💡 Antara isi penting menarik dalam Siri 3:
* Konsep Asas Pomodoro: Melaksanakan 25 minit kerja berfokus yang disusuli 5 minit rehat mikro bagi mengelakkan otak menjadi tepu atau burnout.
* 4 Langkah Pelaksanaan: Panduan pantas bermula daripada memilih tugasan spesifik, membuang gangguan, berfokus 25 minit, hingga berehat 5 minit.
* Nisbah Masa Mengikut Subjek: Pelarasan masa fokus dan rehat mengikut kesesuaian beban mental subjek Pengiraan, Hafalan, serta Penulisan.
* Tips Pantas: Larangan membuka media sosial sewaktu rehat 5 minit serta penggunaan "Aturan 5 Saat" (5-4-3-2-1) untuk mengelakkan rasa malas.

📌 Panduan langkah penyertaan:
1. Layari LMS NADI Tuisyen Rakyat di dilea.nadi.my.
2. Pilih course Edutips (di bawah kategori Special Programme).
3. Tonton siri video EduTips Siri 3.
4. Tanda kehadiran anda melalui NES dan LMS.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan NADI berdekatan anda.

🎓 Daftar sekarang & tingkatkan produktiviti belajar anda hari ini!

07/09/2026

🌫️Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi bahan pencemaran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
‼️Jerebu boleh berlaku akibat aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka atau proses semulajadi seperti letupan gunung berapi.
Pendedahan kepada jerebu secara berpanjangan akan memberi gejala dan kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.
Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar meminimumkan pendedahan kepada jerebu.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera✨Berikut merupakan takwim aktiviti dan program bagi bulan September 2026 NADI Kam...
07/09/2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera✨
Berikut merupakan takwim aktiviti dan program bagi bulan September 2026 NADI Kampung Chabau. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sekian, harap maklum.





07/09/2026

Kenali Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) 🛡

Bersama-sama, kita wujudkan ruang Internet yang lebih selamat, beretika dan bertanggungjawab demi generasi hari ini serta masa depan. ✨🌐




06/09/2026

Jerebu: Ingat 5 Langkah ABCDE

✅ A – Amal langkah perlindungan diri
✅ B – Berwaspada dengan tahap kesihatan diri
✅ C – Cakna kualiti udara
✅ D – Didik diri, keluarga dan komuniti
✅ E – Elak pendedahan kepada jerebu

Semak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum melakukan aktiviti luar. Kurangkan aktiviti di luar apabila kualiti udara tidak sihat dan dapatkan rawatan segera jika mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada, mata pedih atau sakit tekak.

Lindungi diri dan keluarga.

06/09/2026

🇲🇾🏠 Hiasi kediaman dengan Jalur Gemilang sebagai lambang cinta kepada negara dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.

Setiap kibaran mencerminkan taat setia, perpaduan dan keharmonian yang terus menjadi kekuatan bersama. ❤️🤍💙💛

📲🎶 Layari Merdeka360.my untuk memuat turun logo rasmi, lagu patriotik serta pelbagai bahan promosi.





05/09/2026

🇲🇾 Perpaduan negara bermula dengan rasa hormat terhadap Negaraku, Jalur Gemilang dan 5 Prinsip Rukun Negara.

🤝 Amalan ini menjadi asas semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia. ✨




Address

Kampung Chabau
Kampong Jasin
77100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60162625426

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Chabau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Kg Chabau:

Shortcuts

Share