02/06/2026
🚨 AMARAN PENIPUAN (SCAM ALERT) 🚨
Pelanggan yang dihormati,
Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama, gambar dan identiti syarikat kami, Ang Electronics Sdn Bhd, untuk tujuan penipuan.
📌 Untuk makluman semua:
✅ Ang Electronics Sdn Bhd HANYA menggunakan SATU nombor telefon rasmi:
📞 017-978 2237
✅ Kami HANYA mempunyai SATU akaun Facebook rasmi.
✅ Kami HANYA mempunyai SATU akaun Google Business rasmi.
❌ Sebarang nombor telefon, akaun Facebook, akaun Google atau individu lain yang mengaku mewakili syarikat kami selain daripada saluran rasmi di atas adalah TIDAK SAH dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Ang Electronics Sdn Bhd.
Kami juga ingin memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini bagi melindungi pelanggan dan nama syarikat kami.
⚠️ Sebelum membuat sebarang pembayaran atau urusan pembelian, sila hubungi nombor rasmi kami di 017-978 2237 untuk pengesahan.
Sekiranya anda telah dihubungi oleh individu yang mencurigakan menggunakan nama syarikat kami, sila hubungi kami dengan segera.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.
Ang Electronics Sdn Bhd
📞 017-978 2237