21/07/2026
Ada yang menyatakan bahawa hanya bergerak apabila mendapat "USD" atau bayaran.
Kami ingin menjelaskan perkara ini secara terbuka.
Benar, halaman Facebook Hiyaz Community kini telah mendapat akses kepada program monetisasi META. Namun hasil yang diterima bukanlah tetap atau dijamin. Ia bergantung kepada jumlah tontonan, capaian, interaksi dan usaha menghasilkan kandungan yang berkualiti.
Ketika awal Hiyaz Community bermula, kami sendiri tidak mengetahui tentang perkara ini. Banyak kandungan yang kami hasilkan ketika itu tidak memberikan sebarang pulangan,
Apabila monetisasi mula diterima, kami melihatnya sebagai satu peluang untuk membantu operasi lapangan. Hasil tersebut digunakan untuk keperluan seperti pembelian peralatan, bahan misi, penyelenggaraan mesin, minyak kenderaan dan kos operasi lain.
Selain itu, kami juga menerima sokongan ikhlas dari bentuk kewangan, tenaga dan peralatan secara sukarela daripada masyarakat. Ia bukan kewajipan, dan setiap sokongan ikhlas yang diberikan amat kami hargai.
Kami hanyalah sebuah komuniti setempat. Kami tidak mempunyai peruntukan tetap, fi pelesenan atau sumber kewangan bulanan yang dijamin. Sebab itu kami berusaha menjana sumber digital melalui kerja lapangan yang dilakukan, kandungan digital yang pasukan kreativiti hasilkan dan sokongan dan doa daripada masyarakat.
Kami tidak pernah memaksa sesiapa dengan kekerasan, saman atau kompaun untuk menampung dari segi kewangan. Jika ada yang membantu, kami berterima kasih. Jika tidak, kami tetap akan meneruskan usaha mengikut kemampuan yang ada.
Apa yang kami terima akan kami cuba kembalikan semula kepada masyarakat dalam bentuk tindakan di lapangan.
Daripada rakyat, untuk rakyat. 🤍