11/01/2026
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2026
Nak anak bijak, tenang dan kuat?
Atau sekadar pandai jawab soalan?
Rasulullah ﷺ pernah membacakan satu doa khas untuk seorang kanak-kanak bernama Ibnu Abbas r.a.
Doa itu bukan doa kekayaan.
Bukan juga doa populariti.
Tetapi doa kefahaman ilmu dan kebijaksanaan memahami.
Kisahnya begini.
Ibnu Abbas r.a. pernah menyediakan air wuduk untuk Nabi ﷺ pada waktu malam.
Selepas itu, Baginda mendoakan beliau dengan doa yang masyhur:
اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
(HR Ahmad, hadis sahih)
Dalam riwayat lain, Ibnu Abbas r.a. berkata Nabi ﷺ memeluknya lalu berdoa:
اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ
(HR Bukhari, hadis sahih)
Ibnu Abbas membesar rapat dengan Nabi ﷺ sejak kecil.
Walaupun usia beliau masih muda, ilmunya sangat luas.
Beliau dikenali sebagai tokoh tafsir yang disegani.
Semua ini berlaku dengan izin Allah.
Dan salah satu asbabnya ialah doa Nabi ﷺ.
Doa ini boleh kita amalkan setiap hari .
Bacakan sebelum anak ke sekolah.
Sambil tangan diletakkan di ubun-ubun anak.
Atau dalam doa selepas solat.
Kita berusaha dengan pendidikan.
Kita lengkapi dengan perhatian.
Dan kita kuatkan dengan doa.
Kerana doa juga satu bentuk ikhtiar.
Dan doa ibu ayah, jarang ditolak oleh Allah.