14/05/2026
PDRM Special Dialogue V 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 12–13 Mei 2026 di KLGCC Convention Centre, menghimpunkan pemimpin penguatkuasaan undang-undang, pegawai kerajaan serta pakar keselamatan dari seluruh negara.
Acara ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama rentas sempadan, memperluas perkongsian kepakaran serta membincangkan strategi bersepadu dalam menangani ancaman dan jenayah rentas negara yang semakin kompleks.
Sempena acara ini, TM One turut memperkenalkan AI Fusion Core Command Centre, iaitu solusi pintar berasaskan data, AI dan analitik yang direka untuk membantu meningkatkan kecekapan operasi keselamatan, memperkukuh pengurusan maklumat serta mempercepatkan tindak balas terhadap ancaman secara lebih proaktif dan berkesan.
Kami amat berbesar hati menerima kunjungan YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri serta YDH IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, Ketua Polis Negara di reruai TM One.
Bersama, kita terus memperkukuh ekosistem keselamatan digital dan pertahanan serantau ke arah masa depan yang lebih selamat, pintar dan bersatu.