23/04/2025
Tenangยฒ aja..
Tahun lepas,saya singgah satu kedai nasi kandar tepi jalan.
Staff perempuan tanya
"Nak makan ka bungkus?"
"Buat 2 bungkus", aku balas sambil tengok lauk yang ada
"Nak lauk apa?", dia tanya lagi
"Sebungkus tu letak kuah dengan ayam. Satu lagi tak nak kuah, nak telur rebus je 2 biji", aku tunjuk lauk.
Staf tu pun masukkan lauk dan hantar ke hujung. Ada seorang lelaki veteran lingkungan 50an menunggu untuk bungkuskan.
Pakai topi hitam, baju merah, apron putih.
Wajahnya serius. Tak senyum langsung.
Dia ambil pinggan, tuang atas kertas dan bungkuskan.
Aku tanya "berapa semua?".
Dengan muka masam mencuka, dia balas
"12 saja".
Aku keluarkan not 50, bagi kepada dia.
Dia tanya "duit kecil tak ada ke?".
Dengan muka masam tu, soalan tu kelihatan sangat dingin dan garang.
Haiyooo, garang betul gaya ni.
Aku cakap "sorry bang, itu je yang ada".
Dia pun cari duit baki dan kembalikan.
Sambil serahkan duit baki, dengan muka garang tu, dia kata "lain kali bawa duit kecil, senang"
Mak aihhh.
Siap pakej kena marah.
Masa tu satu je dalam fikiran aku
"Kang aku tulis review, baru kedai ni tahu. Layanan tak senyum ni, baik tak payah meniaga"
Tapi...
Setiap hujung minggu, memang aku akan pergi juga kedai tu untuk belikan sarapan anak-anak.
Kadang dua bungkus,
Kadang tiga bungkus.
Muka pakcik tu, sentiasa masam mencuka dan garang.
Aku layankan saja. Sebab itu saja kedai yang anak aku s**a makan.
Dan itu saja kedai paling dekat dengan rumah ๐
===
Raya baru ni, lepas pulang semula ke rumah. Aku pergi kedai ni belikan nasi anak-anak.
Sampai je kedai, pakcik tu nampak aku, dia terus bagitau staff perempuan "buat 2 bungkus untuk adik ni, lauk ayam & telur rebus 2 biji"
Aik..dia yang tolong order untuk aku.
Maksudnya dia cam aku.
Aku angguk saja kepada staff perempuan tu. Dia pun buat dan hantar untuk dibungkus.
Aku pun nak tunjuk terer
"Macam biasa kan, 12 saja?"
Pakcik angguk. Aku bayar guna QR dan tunjukkan resit.
Pakcik tu senyum dan cakap,
"Terima kasih ,selamat hari raya"
Terkejut aih.
Selepas setahun, baru kali pertama aku nampak dia senyum macam tu.
Aku pun senyum dan berlalu pergi.
===
Andai kata tahun lepas, masa kali pertama pergi situ dengan layanan yang dingin, aku buat bad review tentang kedai tu, mesti aku rasa bersalah
Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Mujurlah aku jenis tak buat tindakan melulu. Kalau tidak, aku sendiri yang menerima kesan.
Dari situasi ni aku belajar untuk sabar, tenang, dan matang dalam setiap perkara.
Tenang is good.
Sekarang tengok hal viral pun, aku dah tak masuk port. Sebab sudah pasti apa yang kita nampak itu, hanya apa yang kita mahu lihat sahaja.
'You Only See What You Want To See'
Semestinya ada something yang tersembunyi dalam setiap perkara yang berlaku.
The root cause
The real reason
The plot twist
Sentiasa tenang dan kawal perasaan untuk menghentam, mencaci dan mengeji.
Kredit Iffat Salleh