NADI PPR Hiliran

NADI PPR Hiliran Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI PPR Hiliran, Information Technology Company, No 2-G, Jalan Kampung Dalam, Kuala, Kuala Terengganu.

Perkhidmatan NADI
Fotostat, Laminate, Printing, Binding, Kelas digital dan lain-lain
waktu operasi
9 am - 6 pm
Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:
Keahlian seumur hidup
Kelas percuma

07/08/2026
07/08/2026

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA 2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan, inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor agromakanan negara di satu lokasi.

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ•™ 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ MAEPS Serdang, Selangor

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari, pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan, hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Daripada pameran interaktif, jualan produk agro, demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA 2026!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pameran pertanian terbesar negara yang bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri agromakanan Malaysia, malah memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.

β€œMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”

Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi: KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)





🎀 SERLAHKAN BAKAT, CIPTA KEJAYAAN! πŸ†Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026 kini kembali dengan dua pertandingan yang pasti mengu...
07/08/2026

🎀 SERLAHKAN BAKAT, CIPTA KEJAYAAN! πŸ†

Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026 kini kembali dengan dua pertandingan yang pasti menguji kreativiti dan keyakinan anda!

🎭 Pertandingan Sajak
πŸŽ™οΈ Pertandingan Public Speaking

Inilah peluang anda untuk:
✨ Menonjolkan bakat dalam pengucapan dan deklamasi.
✨ Membina keyakinan serta kemahiran komunikasi.
✨ Mewakili NADI anda di pentas pertandingan.
✨ Merebut gelaran juara dan hadiah menarik!

πŸ“’ Pendaftaran kini dibuka!

πŸ“ Daftar di NADI berdekatan anda.

Rujuk poster pertandingan untuk syarat penyertaan dan maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat dan menjadi juara Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026!

πŸš€ TINY TECHIES 2026KELAS OGOS Q3 (ATAS TALIAN)Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur🟑 Python in Anima...
07/08/2026

πŸš€ TINY TECHIES 2026

KELAS OGOS Q3 (ATAS TALIAN)
Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur

🟑 Python in Animation S5
Belajar asas pengaturcaraan Python dengan menghasilkan animasi yang menarik dan interaktif secara mudah dan menyeronokkan

πŸ—“οΈ 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 10.00 pagi – 11.00 pagi
πŸ’» NADIBook

✨ Apa yang menarik?

* Kelas ATAS TALIAN & SIARAN LANGSUNG
* PERCUMA kepada semua Ahli Berdaftar NADI
* Modul pembelajaran disediakan
* Dikendalikan oleh guru berpengalaman
* Peserta boleh tanya soalan terus semasa kelas

πŸ“Œ Syarat penyertaan:

* Berdaftar sebagai Ahli NADI

πŸ“² Tempat terhad.
Daftar awal! Kunjungi NADI berdekatan untuk keterangan lanjut

πŸš€ TINY TECHIES 2026KELAS OGOS (ATAS TALIAN)Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur🟑 Robotic Innovation...
07/08/2026

πŸš€ TINY TECHIES 2026

KELAS OGOS (ATAS TALIAN)
Program pembelajaran teknologi untuk semua peringkat umur

🟑 Robotic Innovation S5
Pengenalan kepada robotik dan inovasi melalui projek hands-on menggunakan komponen elektronik secara interaktif

πŸ—“οΈ 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 11.30 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ’» NADIBook

✨ Apa yang menarik?
- Kelas ATAS TALIAN & SIARAN LANGSUNG
* PERCUMA kepada semua Ahli Berdaftar NADI
* Modul pembelajaran disediakan
* Dikendalikan oleh guru berpengalaman
* Peserta boleh tanya soalan secara terus semasa kelas

πŸ“Œ Syarat penyertaan:

* Berdaftar sebagai Ahli NADI

πŸ“² Tempat terhad.
Daftar awal! Kunjungi NADI berdekatan untuk keterangan lanjut

07/08/2026

π’πˆπ‘πˆ π“π‘πˆπ•πˆπ€ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ†

Satu lambang. Satu identiti. Satu jiwa Malaysia.

Tahukah anda? Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai bendera, tetapi merupakan lambang kedaulatan negara, simbol perpaduan rakyat serta manifestasi identiti dan semangat kebangsaan Malaysia.

Reka bentuk asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu dihasilkan oleh Mohamed bin Hamzah pada tahun 1949, sebelum nama β€œJalur Gemilang” diumumkan secara rasmi pada 31 Ogos 1997.

Setiap jalur, warna dan lambang yang menghiasi Jalur Gemilang membawa makna tersendiri mencerminkan sejarah, nilai dan aspirasi sebuah negara yang dibina atas semangat kebersamaan.

Menjelang Hari Kebangsaan 2026, marilah kita bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi menghayati maknanya, menghargai sejarahnya dan menyemarakkan semangat cintakan negara.

Jalur Gemilang lambang kedaulatan, penyatuan rakyat, kebanggaan Malaysia.






Pejabat Perdana Menteri Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ
Shamsul Azri bin Abu Bakar

07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan β€œEnergy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan πŸ‡²πŸ‡Ύ





07/08/2026

Hubungan yang sihat tidak terbina hanya melalui kasih sayang, tetapi juga melalui komunikasi, kepercayaan, batas yang jelas dan kesediaan untuk saling memahami.

Kadangkala ibu bapa mahu yang terbaik, tetapi cara teguran, tekanan harian, penggunaan gajet, perbezaan generasi dan konflik kecil boleh menyebabkan hubungan dengan anak menjadi semakin renggang.

Sertai webinar ini bersama seorang pakar psikologi klinikal Pn Siti Naziah binti Mohamed Yacob untuk memahami:
βœ… Cara berkomunikasi tanpa menengking atau memalukan anak
βœ… Bagaimana membina kepercayaan dan rasa selamat dalam keluarga
βœ… Pendekatan disiplin yang positif dan konsisten
βœ… Cara menangani konflik, emosi dan perubahan tingkah laku anak

πŸ“… 7 Ogos 2026
πŸ•₯ 10:30 pagi

πŸ“ Google Meet: https://meet.google.com/tvt-jacd-uem

πŸ“Ί YouTube Live: https://www.youtube.com/

πŸ“˜ Facebook Live: https://www.facebook.com/officialnadimalaysia

πŸ“’ MAKLUMAN KELAS NADI E-SUKAN (LMS)Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Dimaklumkan bahawa kelas kesedaran dalam LMS NADI...
04/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN KELAS NADI E-SUKAN (LMS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa kelas kesedaran dalam LMS NADI E-Sukan akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

πŸ”Ή Kepimpinan Dalam Pasukan E-Sukan
πŸ“… Tarikh: 07 – 09 Ogos 2026 (Jumaat – Ahad)
⏰ Masa Akses: 8.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ Platform: LMS NADI E-Sukan

πŸ“Œ Maklumat Penting (WAJIB AMBIL MAKLUM):
βœ… Setiap NADI WAJIB menghantar sekurang-kurangnya seorang peserta
βœ… Kehadiran WAJIB dan perlu direkodkan dalam LMS
βœ… Peserta mesti berada di pusat NADI semasa mengikuti kelas
βœ… Peserta boleh sama atau berbeza untuk kelas lain
βœ… Petugas bertanggungjawab memastikan kehadiran peserta dihantar

⚠️ Makluman Penting Sistem:
* 1 kelas = 1 minggu sahaja
* Kehadiran TIDAK akan dibuka semula selepas tempoh ini
* Sila pastikan kehadiran dihantar dalam minggu yang ditetapkan

Kerjasama semua petugas NADI amat dihargai. Terima kasih.

πŸ“’ PENDAFTARAN EDUTIPS SIRI 2 KINI DIBUKA!Siri video pendek Program Khas NADI Tuisyen Rakyat kini kembali dengan topik ya...
04/08/2026

πŸ“’ PENDAFTARAN EDUTIPS SIRI 2 KINI DIBUKA!

Siri video pendek Program Khas NADI Tuisyen Rakyat kini kembali dengan topik yang lebih menarik: Active Recall Menggunakan Kad Imbasan dan Highlighter.

Ubah cara belajar anda daripada pasif kepada lebih aktif dan berkesan!

πŸ“… Tarikh Tayangan: 3 hingga 9 Ogos 2026 (waktu fleksibel)
⏰ Format: Siri video pendek
πŸ’΅ Yuran: PERCUMA di NADI berdekatan anda
πŸ‘₯ Sasaran: Terbuka kepada semua peringkat umur

πŸ’‘ Antara isi penting menarik dalam Siri 2:
* Kenapa Baca Buku Tak Masuk?: Memahami masalah membaca nota secara pasif & implikasi belajar last minute.
* Teknik Active Recall: 3 langkah mudah menguji memori guna kad imbasan (tulis soalan di depan, jawapan di belakang, dan uji diri secara rawak).
* Penggunaan Highlighter yang Betul: Mengelakkan kesilapan mewarnakan keseluruhan teks dan cara memilih kata kunci & formula penting sahaja.
* Berhenti Membaca Secara Pasif: Mengubah tabiat belajar untuk mengingat maklumat dengan lebih pantas dan berkesan.

πŸ“Œ Panduan langkah penyertaan:
1. Layari LMS NADI Tuisyen Rakyat di dilea.nadi.my.
2. Pilih course Edutips (di bawah kategori Special Programme).
3. Tonton siri video EduTips Siri 2.
4. Tanda kehadiran anda melalui NES dan LMS.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan NADI berdekatan anda.

πŸŽ“ Daftar sekarang & tingkatkan memori belajar anda hari ini!

Address

No 2-G, Jalan Kampung Dalam, Kuala
Kuala Terengganu
20200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI PPR Hiliran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share