TAJDID Corporation Sdn Bhd

TAJDID Corporation Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from TAJDID Corporation Sdn Bhd, Information Technology Company, Tingkat 2, TD 1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala.

TAJDID Corporation is a State Government-Linked Company mandated to spearhead digital transformation initiatives in Terengganu, focusing on Smart City, AI, big data and smart technology solutions.

Membina Masa Depan Digital Terengganu.Sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah MBI Terengganu, TAJDID Corporat...
06/08/2026

Membina Masa Depan Digital Terengganu.
Sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah MBI Terengganu, TAJDID Corporation komited memacu transformasi digital negeri melalui pembangunan sistem, teknologi AI, dashboard interaktif, penyediaan teknologi pintar serta latihan dan konsultasi digital.

Kami percaya teknologi adalah pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, inovatif dan berimpak tinggi. Dengan kepakaran dan komitmen yang berterusan, TAJDID terus menjadi rakan strategik dalam memperkasa ekonomi digital dan membina ekosistem pintar demi kemajuan Negeri Terengganu.

πŸ“² Ikuti TAJDID di Facebook, Instagram dan TikTok untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai projek, inovasi dan inisiatif transformasi digital kami.

Facebook : https://www.facebook.com/TajdidCorporationTRG
Instagram : https://www.instagram.com/tajdidcorporation.official/
TikTok : https://www.tiktok.com/

30/07/2026

πŸ’‘ TAJDID Memperkasa Infrastruktur Pintar Melalui Smart Street Light

Kerja-kerja pemasangan Smart Street Light kini sedang berlangsung di Kota Putera Square, Besut, melibatkan 8 tiang lampu pintar. Fasa ini turut merangkumi pengujian keberkesanan sistem kawalan lampu bagi memastikan setiap komponen berfungsi dengan baik, stabil dan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan Smart Street Light merupakan antara indikator utama pembangunan Smart City, yang membolehkan pemantauan dan kawalan lampu jalan dilakukan secara pintar, sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan infrastruktur awam, penjimatan tenaga serta keselamatan kawasan.

Sebagai Penyelaras Smart City dan Penyelaras Projek, TAJDID Corporation Sdn. Bhd. sentiasa memantau setiap fasa pelaksanaan bagi memastikan projek berjalan lancar, menepati piawaian teknikal serta disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Komitmen ini mencerminkan peranan TAJDID dalam menyokong agenda transformasi digital dan pembangunan bandar pintar di Terengganu.

30/07/2026

πŸ™οΈ TAJDID Sebagai Penyelaras Smart City Memantau Kemajuan Projek

Kerja-kerja pemasangan Gateway sedang berlangsung sebagai persediaan awal sebelum pemasangan Smart Street Light di kawasan Majlis Daerah Besut.

Sebagai penyelaras Smart City dan penyelaras projek, TAJDID Corporation Sdn. Bhd. telah turun padang bagi meninjau pelaksanaan kerja untuk memastikan setiap proses berjalan lancar, menepati spesifikasi yang ditetapkan serta mengikut jadual pelaksanaan projek.

Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan TAJDID dalam memastikan setiap inisiatif Smart City dilaksanakan dengan kualiti terbaik, sekali gus menyokong transformasi digital ke arah persekitaran bandar yang lebih pintar, cekap dan mampan.

28/07/2026

Di SK Rawai, Smartboard yang dibekalkan membantu mewujudkan pembelajaran yang lebih visual, interaktif dan menyeronokkan β€” khususnya buat murid-murid PPKI.

Bukan hanya di sekolah, teknologi pintar turut diperluaskan ke komuniti melalui penyerahan Smart TV kepada Masjid Rawai bagi membantu penyampaian maklumat, pengumuman dan aktiviti masjid dengan lebih jelas dan berkesan.

TAJDID terus memperluas akses teknologi pintar demi manfaat pendidikan dan komuniti.

Usahawan dan PMKS di Negeri Terengganu adalah dipelawa untuk memberikan pandangan mengenai situasi ekonomi dan perniagaa...
28/07/2026

Usahawan dan PMKS di Negeri Terengganu adalah dipelawa untuk memberikan pandangan mengenai situasi ekonomi dan perniagaan semasa negeri melalui pautan di bawah.

Pautan Tinjauan: http://tiny.cc/TinjauanEkonomiTerengganu
Tarikh Tutup: Sehingga 31 Julai 2026 See less

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) kini sedang menjalankan Tinjauan Ekonomi dan Perniagaan Terengganu 2026.

Tinjauan ringkas (quick survey) ini bertujuan mendapatkan pandangan langsung daripada ahli perniagaan, usahawan dan syarikat di Negeri Terengganu mengenai situasi ekonomi semasa di negeri ini.

Input anda amat berharga untuk membantu Kerajaan Negeri merancang bantuan dan strategi berkesan buat peniaga tempatan.

πŸ”— Pautan Tinjauan: http://tiny.cc/TinjauanEkonomiTerengganu

πŸ“… Tarikh Tutup: Sehingga 31 Julai 2026
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai. Terima kasih.

27/07/2026

Bulan ini, TAJDID terus memperkukuh agenda pendigitalan pendidikan di Terengganu melalui penyerahan Smartboard kepada SMA Setiu dan SMK Bukit Besar.

Di SMA Setiu, Puan Hajah Norazlina binti Ismail, Pengetua SMA Setiu, bersama pihak pengurusan sekolah turut berpeluang menguji sendiri keupayaan Smartboard dan melihat bagaimana teknologi ini boleh menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif, kreatif dan menarik. ✨

Manakala di SMK Bukit Besar, Encik Mat Sharif bin Mat Othman, Pengetua SMK Bukit Besar, bersama para guru berpeluang melihat sendiri bagaimana Smartboard bukan sahaja boleh digunakan untuk PdP, tetapi juga membantu menjadikan mesyuarat, pembentangan dan kolaborasi lebih interaktif. πŸ’‘

Ini adalah sebahagian daripada komitmen TAJDID sebagai Penyelaras Smart Technology Provider di Terengganu dalam memperluas penggunaan teknologi pintar kepada institusi pendidikan dan komuniti.

Daripada bilik darjah… ke bilik mesyuarat… teknologi pintar sedang mengubah cara kita belajar, berkomunikasi dan bekerjasama. πŸš€

TAJDID β€” Membawa Teknologi Pintar Lebih Dekat kepada Masyarakat.

*πŸŽ΅πŸ€–πŸ’»* TAJDID Teroka Kerjasama Strategik Bersama Rakan Industri bagi Memperkasa Ekosistem Digital NegeriKuala Terengganu,...
26/07/2026

*πŸŽ΅πŸ€–πŸ’»* TAJDID Teroka Kerjasama Strategik Bersama Rakan Industri bagi Memperkasa Ekosistem Digital Negeri

Kuala Terengganu, 22 Julai 2026 – TAJDID telah mengadakan beberapa sesi libat urus strategik bersama rakan industri bagi meneroka peluang kolaborasi dalam memperkukuh agenda pendigitalan Negeri Terengganu. Antara yang menjadi tumpuan ialah sesi perbincangan bersama Yamaha Music berhubung pembangunan penyelesaian teknologi audio, pertemuan bersama GiG Venture yang baru selesai menganjurkan Program Beta ILMUchat di TD1303, serta sesi perbincangan bersama MALBASE berkaitan pembangunan penyelesaian teknologi dan sistem digital.

Perbincangan bersama Yamaha Music memberi fokus kepada pembangunan penyelesaian audio untuk institusi masjid melalui konsep Smart Masjid. TAJDID turut mengambil peluang berinteraksi dengan GiG Ventures bagi mendapatkan perkongsian mengenai pembangunan ILMUchat, sebuah platform kecerdasan buatan (AI) tempatan yang dibangunkan berasaskan maklum balas pengguna, selain meneroka program latihan dan pembangunan bakat AI yang ditawarkan. Dalam masa yang sama, sesi bersama MALBASE memberi tumpuan kepada potensi pembangunan sistem parkir pintar yang mampu meningkatkan kecekapan pengurusan parkir melalui penggunaan teknologi digital.

Sesi libat urus ini mencerminkan komitmen TAJDID untuk terus membina jaringan strategik bersama pemain industri dalam meneroka penyelesaian digital yang mampu memberi nilai tambah kepada sektor kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, keagamaan dan komuniti. Melalui pendekatan kolaboratif ini, TAJDID bersedia memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam penyelarasan teknologi, pembangunan sistem serta integrasi penyelesaian digital yang menyokong aspirasi Negeri Terengganu ke arah ekosistem digital yang lebih inklusif, inovatif dan mampan.

TAJDID percaya bahawa sinergi antara agensi, syarikat teknologi dan rakan industri merupakan pemangkin penting kepada agenda transformasi digital negeri. Semoga setiap perbincangan yang diadakan menjadi asas kepada kerjasama yang lebih kukuh dalam melahirkan penyelesaian digital berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat serta menyokong aspirasi Terengganu sebagai sebuah negeri pintar.

πŸ•Œ TAJDID Memperluas Ekosistem Digital hingga ke Institusi KomunitiPada 15 Julai 2026, TAJDID Corporation Sdn. Bhd. telah...
23/07/2026

πŸ•Œ TAJDID Memperluas Ekosistem Digital hingga ke Institusi Komuniti

Pada 15 Julai 2026, TAJDID Corporation Sdn. Bhd. telah menyerahkan sebuah Smart TV kepada Masjid Rawai sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memperluas penggunaan teknologi pintar kepada pelbagai sektor dan institusi masyarakat.

Dalam sesi penyerahan tersebut, Pengerusi Masjid Rawai, Tuan Mat Yusof Mat Ali, turut berkesempatan menguji sendiri penggunaan Smart TV yang disediakan sebagai medium baharu dalam membantu pihak masjid menyampaikan maklumat, pengumuman serta kandungan berkaitan aktiviti dan program kepada para jemaah dengan lebih mudah, jelas dan berkesan.

Penyediaan Smart TV ini membuktikan bahawa penggunaan teknologi pintar tidak terhad kepada sektor pendidikan semata-mata. Institusi keagamaan seperti masjid juga boleh memanfaatkan teknologi digital dalam memperkukuh komunikasi, penyampaian maklumat serta pengurusan aktiviti komuniti.

Sebagai penyelaras Smart Technology Provider di Terengganu, TAJDID komited untuk terus memperluas akses kepada penyelesaian teknologi pintar bukan sahaja di sekolah dan institusi pendidikan, malah turut merangkumi agensi kerajaan, institusi keagamaan serta pelbagai organisasi dan komuniti di seluruh negeri.

TAJDID percaya bahawa teknologi yang baik adalah teknologi yang dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Justeru, usaha memperkenalkan teknologi pintar ke pelbagai institusi merupakan sebahagian daripada misi TAJDID dalam membina ekosistem digital yang lebih inklusif, berdaya guna dan memberi manfaat kepada komuniti.

TAJDID merakamkan penghargaan kepada pihak Masjid Rawai, khususnya Pengerusi Masjid Rawai, Tuan Mat Yusof Mat Ali, atas kepercayaan yang diberikan. Semoga Smart TV ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menyokong penyampaian maklumat serta aktiviti komuniti masjid.

πŸ“š TAJDID Perkasa Pembelajaran Murid PPKI Melalui Teknologi InteraktifPada 15 Julai 2026, TAJDID Corporation Sdn. Bhd. te...
22/07/2026

πŸ“š TAJDID Perkasa Pembelajaran Murid PPKI Melalui Teknologi Interaktif

Pada 15 Julai 2026, TAJDID Corporation Sdn. Bhd. telah menyerahkan Smartboard kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Rawai sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperluas akses kepada teknologi pintar di institusi pendidikan.

Penerimaan Smartboard ini disambut dengan penuh keterujaan oleh para guru SK Rawai yang melihat teknologi tersebut sebagai satu kemudahan yang mampu memberikan nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), khususnya dalam persekitaran pendidikan sekolah rendah.

Lebih bermakna, penggunaan Smartboard ini berpotensi memberikan manfaat besar kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) melalui pendekatan pembelajaran yang lebih visual, interaktif dan menarik. Fungsi interaktif yang tersedia dapat membantu guru menyampaikan kandungan pembelajaran dengan lebih kreatif serta mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih mudah difahami dan menyeronokkan.

Bagi murid-murid sekolah rendah, pendekatan pembelajaran berasaskan teknologi seperti ini mampu meningkatkan penglibatan, perhatian dan minat mereka terhadap proses pembelajaran. Ia juga memberi ruang kepada para guru untuk meneroka kaedah PdP yang lebih inovatif, fleksibel dan bersesuaian dengan keperluan setiap murid.

Sebagai penyelaras Smart Technology Provider di Terengganu, TAJDID komited untuk terus memperluas penggunaan teknologi pintar dalam sektor pendidikan serta memastikan inovasi digital dapat memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk murid-murid dalam pendidikan khas.

TAJDID merakamkan penghargaan kepada pihak SK Rawai atas kepercayaan yang diberikan. Semoga Smartboard ini menjadi pemangkin kepada pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, inklusif dan menyeronokkan demi perkembangan serta masa depan anak-anak yang lebih cerah.

πŸ“š Smartboard membantu Pengurusan dan Pembelajaran Lebih Interaktif di SMK Bukit Besar Pada 14 Julai 2026, TAJDID Corpora...
21/07/2026

πŸ“š Smartboard membantu Pengurusan dan Pembelajaran Lebih Interaktif di SMK Bukit Besar

Pada 14 Julai 2026, TAJDID Corporation Sdn. Bhd. telah menyerahkan Smartboard kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memperluas penggunaan teknologi pintar di institusi pendidikan.

Dalam sesi tersebut, Di SMK Bukit Besar, Pengetua, Encik Mat Sharif bin Mat Othman bersama para guru berpeluang melihat sendiri bagaimana Smartboard boleh dimanfaatkan bukan sahaja dalam PdP, malah bagi mempertingkatkan keberkesanan mesyuarat, pembentangan, perkongsian maklumat dan kolaborasi secara digital.

Teknologi Smartboard ini berpotensi menjadikan sesi mesyuarat lebih interaktif melalui fungsi paparan digital, anotasi, perkongsian kandungan dan kolaborasi secara lebih dinamik. Dalam masa yang sama, ia turut membuka ruang kepada para pendidik untuk meneroka kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih inovatif, kreatif serta menarik bagi meningkatkan penglibatan murid.
Sebagai penyelaras Smart Technology Provider di Terengganu, TAJDID komited untuk terus memainkan peranan dalam mempercepat agenda pendigitalan melalui penyediaan teknologi pintar dan penyelesaian digital yang praktikal, inovatif serta memberi impak kepada masyarakat.
Usaha ini mencerminkan komitmen TAJDID untuk memastikan teknologi pintar bukan sekadar diperkenalkan, tetapi dapat dimanfaatkan secara optimum bagi menyokong pengurusan yang lebih interaktif serta mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih moden dan berkesan.

TAJDID merakamkan penghargaan kepada pihak SMK Bukit Besar atas kepercayaan yang diberikan. Semoga Smartboard ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkasa warga pendidik, meningkatkan penglibatan murid serta menyokong pembangunan ekosistem pendidikan digital yang lebih inovatif dan berdaya saing.

Address

Tingkat 2, TD 1303, Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala
20000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+6096285800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TAJDID Corporation Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share