SATU water

SATU water Care for Life and Beyond Salah satu piagam pelanggan kami ialah membekalkan air bersih yang berkualiti dan mencukupi kepada semua pengguna. Terima kasih.

SATU merupakan sebuah organisasi bekalan air di Terengganu.Visi kami ialah ke arah sebuah organisasi bekalan air terulung di negara Ini. Kami bertanggungjawab menyediakan bekalan air bersih yang bermutu kepada pengguna dan sebagai balasan pengguna pula membantu meningkatkan jualan kami.

MEMERKASA BAKAT TEMPATAN: SOKONGAN STRATEGIK SATU DEMI MASA DEPAN SUKAN TERENGGANUMajlis Penyerahan Tajaan dan Kenderaan...
11/06/2026

MEMERKASA BAKAT TEMPATAN: SOKONGAN STRATEGIK SATU DEMI MASA DEPAN SUKAN TERENGGANU

Majlis Penyerahan Tajaan dan Kenderaan Rasmi Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) bagi tahun 2026 telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu.

Sebagai salah satu penaja bagi musim 2026, Syarikat Air Terengganu (SATU) amat berbesar hati dapat menyalurkan sokongan dan sumbangan buat Pasukan Ragbi Negeri Terengganu. Penajaan strategik ini adalah manifestasi jelas SATU dalam memajukan landskap sukan negeri serta membangunkan bakat pemain tempatan.

Majlis penuh bermakna ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Haji Abdul Karim bin Endut, bersama barisan penaja lain bagi menzahirkan sokongan menyeluruh terhadap kecemerlangan pasukan negeri.

Melalui tajaan ini, SATU berharap agar Pasukan Ragbi Negeri Terengganu akan terus mengorak langkah mendominasi persada sukan, sekali gus melakar kejayaan yang membanggakan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.






Sesi Libat Urus SATU-TNB: Pemerkasaan Agenda ESG dan Kelestarian Alam SekitarSyarikat Air Terengganu (SATU) terus memper...
11/06/2026

Sesi Libat Urus SATU-TNB: Pemerkasaan Agenda ESG dan Kelestarian Alam Sekitar

Syarikat Air Terengganu (SATU) terus memperkukuh komitmen terhadap penjagaan alam sekitar menerusi satu sesi libat urus strategik bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertempat di Syarikat Air Terengganu (SATU). Pertemuan ini memberi tumpuan khusus kepada penerokaan dan pelaksanaan inisiatif Green Electricity Tariff (GET).

Menerusi taklimat komprehensif tersebut, barisan pengurusan tertinggi SATU telah diberikan pendedahan mengenai potensi penggunaan bekalan elektrik berasaskan sumber tenaga boleh diperbaharui. Inisiatif GET ini dilihat sebagai satu langkah proaktif syarikat dalam menyokong agenda pengurangan pelepasan karbon, sekali gus memacu amalan operasi harian ke arah yang lebih lestari dan mesra alam.

Sesi mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengurus Besar Kanan Perancangan, Pembangunan, Aset & Teknologi, En. Md Noor bin Mohd Jamil, Pengurus Besar Kanan, Operasi, En. Osman bin Mohd, dan Pengurus Besar Kanan, Kewangan & Korporat, Pn. Ana Salwati bt Embong. Bagi pihak TNB, penerangan telah diketuai oleh Ketua Government & Large Business (GLB Resource) Retail TNB HQ, En. Azmel Mohamed.

Penerokaan solusi tenaga hijau berskala besar ini menterjemahkan kesungguhan SATU untuk terus mengintegrasikan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ke dalam teras perkhidmatannya, demi membina ekosistem operasi yang mampan untuk masa hadapan.





SATU mengalu-alukan sebut harga dan kerjasama bagi tiga (3) projek untuk kerja-kerja membekal, menyediakan dan kerja-ker...
10/06/2026

SATU mengalu-alukan sebut harga dan kerjasama bagi tiga (3) projek untuk kerja-kerja membekal, menyediakan dan kerja-kerja yang berkaitan.
Mana-mana pihak yang berminat boleh imbas kod QR tertera atau klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

https://shorturl.at/jMuzY


See less

Selain masjid, surau di Terengganu juga menerima subsidi air daripada SATU bagi membantu memastikan kemudahan asas untuk...
10/06/2026

Selain masjid, surau di Terengganu juga menerima subsidi air daripada SATU bagi membantu memastikan kemudahan asas untuk kegunaan komuniti terus terjaga.

Bekalan air yang berterusan amat penting dalam menyokong aktiviti ibadah dan kegunaan harian masyarakat setempat.

SATU terus komited dalam memastikan manfaat air dapat dinikmati secara bersama.

Ikuti siri info subsidi air SATU yang seterusnya.





Baru memiliki kediaman atau premis baharu? Permohonan sambungan bekalan air kini lebih mudah dengan Borang Sambungan Bah...
09/06/2026

Baru memiliki kediaman atau premis baharu?

Permohonan sambungan bekalan air kini lebih mudah dengan Borang Sambungan Baharu yang boleh disediakan lebih awal sebelum ke kaunter.

Lengkapkan dokumen yang diperlukan bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar dan bekalan air dapat disalurkan tanpa kelewatan.




STATUS TERKINI: GANGGUAN BEKALAN AIR DAERAH SETIUAlhamdulillah, kerja-kerja pemasangan dan pembaikan pam air mentah tela...
09/06/2026

STATUS TERKINI: GANGGUAN BEKALAN AIR DAERAH SETIU

Alhamdulillah, kerja-kerja pemasangan dan pembaikan pam air mentah telah berjaya diselesaikan. Bekalan air di daerah Setiu kini telah pulih dan kembali normal sepenuhnya.

Sepanjang tempoh gangguan ini, SATU telah menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik ke lokasi-lokasi terjejas bagi memastikan pengguna terus menerima bekalan.

Berikut adalah paparan usaha berterusan pasukan kami yang bertugas mengagihkan bantuan lori tangki, memenuhkan tangki statik di sekitar kawasan perumahan dan fasiliti awam, serta memastikan kemudahan 'tapping paip' beroperasi dengan lancar.

Kami amat menghargai kesabaran dan keprihatinan anda sepanjang tempoh pemulihan ini. Terus ikuti perkembangan terkini melalui media sosial kami atau di aplikasi MySATU.



SATU mengalu-alukan sebut harga dan kerjasama bagi projek Ubahsuai Ruang Pejabat & Bilik Gerakan Syarikat Air Terengganu...
02/06/2026

SATU mengalu-alukan sebut harga dan kerjasama bagi projek Ubahsuai Ruang Pejabat & Bilik Gerakan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. serta lain-lain kerja yang berkaitan.

Mana-mana pihak yang berminat boleh imbas kod QR tertera atau klik link di bawah untuk maklumat lanjut: https://shorturl.at/jMuzY


DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUA...
31/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM

Sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Tuanku

pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah takzim daripada Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU)

Syarikat Air Terengganu (SATU) terus mengukuhkan komitmen terhadap komuniti dan warga kerja menerusi penganjuran Program...
31/05/2026

Syarikat Air Terengganu (SATU) terus mengukuhkan komitmen terhadap komuniti dan warga kerja menerusi penganjuran Program Ibadah Korban SATU 2026 yang berlangsung kelmarin di Pejabat SATU Daerah Dungun.

Inisiatif anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) serta Bahagian Kewangan & Korporat SATU ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Haji Abdul Karim bin Endut.

Sepanjang program, warga kerja SATU berganding bahu melancarkan kelolaan ibadah korban yang merangkumi proses sembelihan, melapah, dan pengagihan daging.

Bagi menyantuni komuniti setempat melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), daging korban turut diagihkan secara terus kepada golongan asnaf di kawasan sekitar. Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif bersama pihak KSKK turut turun padang mengedarkan sumbangan kepada orang awam dan pengguna lalu lintas di sekitar lokasi program.

Sekalung penghargaan buat semua jawatankuasa, warga SATU, dan KSKK yang terlibat secara langsung. Semoga ibadah korban ini menjadi asbab kebaikan, keberkatan, dan merapatkan lagi silaturahim antara SATU dan komuniti setempat.





π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ | πŸπŸŽπŸπŸ”πŒHari yang mulia ini mengingatkan kita akan nilai pengorbanan, keikhla...
26/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ | πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Hari yang mulia ini mengingatkan kita akan nilai pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan ketakwaan dalam kehidupan seharian kita, sebagaimana kisah agung Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S.

Syarikat Air Terengganu (SATU) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam. Semoga Aidiladha tahun ini dapat menyemarakkan iltizam kita untuk terus berbakti dengan amanah, cekap dan berintegriti demi agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada
Ketua Pegawai Eksekutif
& seluruh warga Syarikat Air Terengganu (SATU).

Address

Jalan Sultan Ismail
Kuala
20200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

1-300-882-1111

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SATU water posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share