NADI Kg Bambangan Membakut

NADI Kg Bambangan Membakut Terletak di Kampung Bambangan Membakut

Mahir Short Learning Series (SLS) September (Q3 2026)πŸ“’ JOM SERTAI MAHIR SHORT LEARNING SERIES (SLS)!Pelbagai kelas menar...
02/09/2026

Mahir Short Learning Series (SLS) September (Q3 2026)
πŸ“’ JOM SERTAI MAHIR SHORT LEARNING SERIES (SLS)!

Pelbagai kelas menarik akan berlangsung minggu ini. Jom luangkan masa selama 1 jam untuk belajar kemahiran baharu bersama Mahir! ✨

🌱 SLS PERTANIAN PINTAR: Pengurusan Nutrisi dan Kesihatan Tanaman
πŸ“… 2 SEPTEMBER 2026 (RABU)
πŸ•™ 10.00 pagi – 11.00 pagi

πŸ“Έ SLS FOTO: Gambar Estetik Gaya VSCO
πŸ“… 3 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS)
πŸ•™ 10.00 pagi – 11.00 pagi

πŸ“± SLS BAIKI GAJET: Mitos vs Fakta Penjagaan Smartphone 2026
πŸ“… 3 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS)
πŸ•’ 3.00 petang – 4.00 petang

🧡 SLS JAHIT: Jahit Seluar Palazzo
πŸ“… 4 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT)
πŸ•™ 10.00 pagi – 11.00 pagi

πŸ“Ί Platform: YouTube Studio NADI Mahir

πŸ“’ Kunjungi NADI berhampiran anda untuk pendaftaran dan maklumat lanjut πŸ“’

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan kemahiran bersama NADI Mahir. Jumpa anda di kelas! πŸ™Œ

πŸ“’ HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO KESEDARAN MASYARAKAT  πŸŽ₯ πŸ‡²πŸ‡ΎSelamat petang semua.Dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Keseda...
02/09/2026

πŸ“’ HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO KESEDARAN MASYARAKAT πŸŽ₯ πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat petang semua.

Dimaklumkan bahawa Pertandingan Video Kesedaran Masyarakat akan dibuka mulai:

πŸ“… Tarikh: 1 September 2026 – 30 September 2026

🎬 Pertandingan ini terbuka kepada:
πŸ‘₯ Pelajar berumur 13 – 18 tahun

Semua M/AM adalah diminta untuk mempromosikan pertandingan ini kepada komuniti/pelajar di NADI masing-masing dan menggalakkan penyertaan.

πŸ“Œ Syarat & ketetapan pertandingan:
Sila scan QR Code pada poster atau klik pautan yang disediakan untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarat pertandingan.

πŸ”— Link Pendaftaran Penyertaan : https://forms.gle/DezgB63bB1ZBjmbd9

πŸ“£ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini dan hasilkan video yang kreatif serta memberi kesedaran kepada masyarakat!

Terima kasih atas kerjasama semua.

πŸ“’ HEBAHAN PERTANDINGAN REKA POSTER DIGITAL 🎨 πŸ‡²πŸ‡ΎSelamat petang semua.Dimaklumkan bahawa Pertandingan Reka Poster Digital ...
02/09/2026

πŸ“’ HEBAHAN PERTANDINGAN REKA POSTER DIGITAL 🎨 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat petang semua.

Dimaklumkan bahawa Pertandingan Reka Poster Digital akan dibuka mulai:

πŸ“… Tarikh: 1 September 2026 – 30 September 2026

🎬 Pertandingan ini terbuka kepada:
πŸ‘₯ Pelajar berumur 7 – 12 tahun

Semua M/AM adalah diminta untuk mempromosikan pertandingan ini kepada komuniti/pelajar di NADI masing-masing dan menggalakkan penyertaan.

πŸ“Œ Syarat & ketetapan pertandingan:
Sila scan QR Code pada poster atau klik pautan yang disediakan untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarat pertandingan.

πŸ”— Link Pendaftaran Penyertaan : https://forms.gle/Up81aNKuVFChB59T6

πŸ“£ Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini dan hasilkan poster digital yang kreatif serta memberi kesedaran kepada masyarakat!

Terima kasih atas kerjasama semua

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI KG BAMBANGAN Tarikh : 31 OGOS 2026Hari  : ISNINSempena HARI KEBANGSAANNADI Kg ...
30/08/2026

MAKLUMAN
PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI KG BAMBANGAN

Tarikh : 31 OGOS 2026
Hari : ISNIN

Sempena
HARI KEBANGSAAN

NADI Kg Bambangan akan kembali beroperasi pada
01.09.2026 (SELASA)

Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026
29/08/2026

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026

Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026NADI Kg Bambangan di Dewan Kampung Bambangan
29/08/2026

Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026
NADI Kg Bambangan di Dewan Kampung Bambangan



Jom Sihat dengan NADI!Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI ...
21/08/2026

Jom Sihat dengan NADI!

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam satu aktiviti kecergasan secara serentak.

Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat. Ia membawa semangat kebersamaan dan perpaduan, sambil menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak secara fizikal dan virtual menerusi rangkaian NADI.

πŸ—“οΈ 29 Ogos 2026
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
πŸ“ NADI seluruh negara

Ayuh ajak keluarga, rakan dan komuniti anda.
Kita bergerak bersama, kita raikan semangat Merdeka bersama! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’ͺ


Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa d...
15/08/2026

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

πŸ“š Program Tuisyen Rakyat
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara PERCUMA kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

πŸ‘• Program Pakaian Sekolah NADI
βœ… Harga istimewa untuk Ahli NADI
βœ… Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
βœ… Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
βœ… Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI MADANI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

πŸ“ Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
🌐 www.nadi.my
πŸ“± Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok
βœ‹πŸ» Malaysia Madani

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, ...
15/08/2026

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!

Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini.

MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.

Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ•™10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“MAEPS Serdang, Selangor

Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.

Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.

"MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi"

Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi: KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)




10/08/2026

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran seragam sekolah.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sekejap sebelum berkongsi sesuatu di media sosial.

Bukan semua yang viral itu benar.
Bukan semua yang ditulis dengan huruf besar itu fakta.
Dan bukan semua yang dibungkus dengan kemarahan itu bermaksud kita sedang memperjuangkan rakyat.

Baru-baru ini timbul dakwaan kononnya kerajaan melalui NADI mahu menjual baju sekolah kepada pelajar sehingga menyusahkan ibu bapa.

Ada satu posting di sosmed berbunyi begini

"Saya tak faham.

Adakah ini dipanggil Inisiatif membantu rakyat?

Saya berpandangan kerajaan sepatutnya gunakan data yang ada untuk salurkan bantuan khusus kepada mereka yang amat memerlukan.

Kerajaan kata nak ringankan beban ibu bapa, tetapi kalau penyelesaiannya ialah ansuran, bukankah itu bermaksud ibu bapa masih perlu membayar dan menambah hutang?

Dengan kata lain beban ditangguhkan, bukan dikurangkan."

Saya yang membaca posting πŸ‘† rasa pelik... Tak kan lah KPM jual baju seragam...

Kemudian saya cuba semak info sebetulnya.

Rupa-rupanya ceritanya tidaklah seperti yang digambarkan.
Cerita sebenar ialah ini inisiatif yang diperkenalkan melalui NADI Mahir sebenarnya melibatkan latihan dan pengupayaan komuniti dalam bidang jahitan. Komuniti diberi kemahiran untuk menghasilkan pakaian, termasuk pakaian seragam sekolah.

Kemudian pakaian tersebut ditawarkan kepada ibu bapa dengan kemudahan bayaran secara ansuran.

Bayangkan lah kalau Giatmara atau Jabatan Penjara jahit baju sekolah dan jual pada orang awam dengan hasrat membantu pelatih atau banduan... Takkan jadi isu juga?

Lagi satu…di mana menyusahkannya?

Kalau ada ibu bapa yang memilih untuk membeli maka itu pilihan mereka bukan paksaan pun.

Kalau ada yang mahu membeli secara ansuran maka disediakan kemudahan.
Amboi bab baju sekolah bayar ansuran korang bising marah dan fitnah YB Menteri.. Tapi tak sedar diri yang diri sendiri pakai Buy First Pay Later tu tak pulak bising.

Apa yang NADI buat tu baguslah dalam masa yang sama, komuniti tempatan mendapat peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka pelajari. Ibu bapa dibantu. Komuniti diperkasa. Usahawan kecil diberi peluang.

Tetapi malangnya, apabila sesuatu inisiatif kerajaan tidak dibaca dengan lengkap, ia boleh diputar menjadi cerita yang sangat berbeza.

Sebab itu saya selalu pesan kepada pembaca saya... Tolonglah
Jangan biarkan emosi mendahului ilmu. Semak dulu faktanya.

Kalau kita tidak s**a kerajaan sekalipun, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil kepada fakta.

Kita boleh mengkritik kerajaan.
Kita boleh mempertikaikan dasar.
Kita boleh bertanya tentang harga.
Kita boleh bertanya tentang mekanisme pelaksanaan.

Tetapi kritikan mesti berdiri atas fakta, bukan fitnah. Janganlah satu inisiatif yang bertujuan membantu rakyat akhirnya dipersembahkan seolah-olah kerajaan sedang mencari jalan untuk membebankan rakyat.

Kalau benar ada kelemahan, tegurlah.
Kalau ada ruang penambahbaikan, cadangkanlah.

Tetapi kalau sesuatu itu sebenarnya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi kepada komuniti, jangan kita ubah cerita hanya kerana mahu mencari bahan untuk menghentam kerajaan.

Politik boleh berbeza.
Pandangan boleh berbeza.
Tetapi kebenaran tidak sepatutnya berbeza mengikut parti yang kita sokong.

Kita mahu rakyat yang bijak.
Kita mahu masyarakat yang kritis.
Tetapi lebih daripada itu, kita mahu masyarakat yang tabayyun sebelum menghukum.

Sebelum tekan Share, semak dahulu.
Sebelum percaya, baca dahulu.
Sebelum menuduh, pastikan dahulu.

Kerana dalam zaman media sosial, satu fitnah boleh tersebar lebih pantas daripada seribu penjelasan.

Cikgu Emmet Menulis

Address

Kampung Bambangan
Membakut
89720

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Bambangan Membakut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share