01/07/2026
πΊ Alhamdulillah, siap lagi satu kes Xiaomi TV 32β untuk pelanggan.
Masalah asal TV ini agak unik. WiFi langsung tidak dapat disambungkan, malah remote control juga gagal dipadankan (pair) dengan TV.
Pada peringkat awal, kami mengesyaki modul WiFi rosak. Selepas modul WiFi baharu dipasang, masalah masih tidak berubah. Ini menunjukkan punca sebenar bukan pada modul WiFi, tetapi datang daripada IC utama (main processor) di bahagian mainboard.
Jalan penyelesaian yang paling berkesan adalah menukar keseluruhan mainboard. Memandangkan board gantian menggunakan penyambung LVDS yang berbeza, kami turut melakukan kerja modifikasi dengan menukar soket LVDS supaya serasi dengan panel asal TV.
β
Hasilnya, TV kembali berfungsi dengan baik. WiFi boleh disambungkan seperti biasa, remote dapat dipadankan semula, dan semua fungsi kembali normal.
Setiap TV mempunyai simptom yang berbeza. Sebab itu diagnosis yang tepat sangat penting sebelum membuat keputusan menukar komponen.
πJika TV anda mengalami masalah seperti:
βοΈ WiFi tidak boleh connect
βοΈ Remote tidak dapat dipair
βοΈ TV hang di logo
βοΈ Tiada gambar atau tiada bunyi
βοΈ Skrin gelap atau backlight rosak
Jangan terus beli TV baru. Hubungi kami dahulu untuk pemeriksaan. Mana yang masih boleh dibaiki, kami akan usahakan sebaik mungkin. π
π² WhatsApp: 011-6262 5125
π Team Juhanum Electronic Repair TV & Mesin Basuh
π Servis ambil & hantar sekitar Penang dan Kedah (tertakluk kepada kawasan).
RepairElektronik Penang Kedah TeamJuhanum TVService BaikiTV XiaomiRepair ElectronicsRepair TVTechnician SupportLocal