13/03/2026
BILA SSD MATI MENGEJUT WAKTU HARGA CEKIK DARAH! 😱💸
Rasanya mesti ramai yang perasan harga SSD sekarang dah tak masuk akal kan?
Awal bulan Disember 2025 haritu, harga SSD Kingston 500GB baru RM285. Tapi hari ni, model yang sama dah melambung sampai RM685! Kenaikan lebih 140% ni bukan sikit-sikit, ini tahap merobek poket terus.
Punca utama? Syarikat gergasi dunia tengah berebut borong cip NAND Flash untuk server AI depa.
Bila harga tengah mahal menggila macam ni, waktu ni la SSD kat laptop tu nak arwah.
Paling sakit hati bila segala data kerja dengan fail bertahun-tahun ghaib sekelip mata, lepas tu terpaksa pulak keluar modal dekat tujuh ratus ringgit semata-mata nak ganti komponen yang sama.
Hakikatnya, kita kena faham yang SSD ni tak macam hard disk lama berputar tu.
Setiap kali kita SAVE atau WRITE data dalam SSD, kita sebenarnya tengah kurangkan jangka hayat SSD tu.
Dalam bahasa teknikalnya dipanggil TBW (Total Bytes Written).
Benda ni ibarat nyawa atau health bar untuk SSD tu.
Konsep dia mudah ja, cuba bayangkan sehelai kertas dengan seketul pemadam. Makin kerap kita tulis dan padam kat tempat yang sama, lama-lama kertas tu akan menipis dan koyak terus.
Macam tu la rupa cip memori NAND Flash dalam SSD ni bekerja.
Setiap kali kita save, copy fail besar, atau install software, secara mikroskopiknya kita tengah menghakis jangka hayat sel elektronik tu sikit demi sikit.
Bila limit TBW ni dah habis, SSD tu akan arwah dan tak boleh save apa-apa dah.
Ada 4 SEBAB utama yang boleh buat TBW lagi cepat habis.
1. Isi Ruang Sampai Penuh.
Sistem otak SSD ni ada satu fungsi pengimbang yang dipanggil Wear Leveling.
Benda ni ibarat manager kilang yang sangat adil. Tugas dia adalah pastikan setiap data baru yang kita save tu diagihkan sama rata ke semua sel NAND Flash yang ada dalam tu. Sistem ni takkan benarkan kita dera sel yang sama berulang kali.
Tapi syaratnya, manager ataupun controller ni perlukan sedikit free space untuk buat kerja penyusunan ni. Kalau storage dah merah sampai 95% penuh, controller tu akan mati akal nak rotate data,
dan akhirnya sel memori yang terhad tu la yang akan terus kena lanyak sampai arwah.
2. Gatal Tangan Buat Defragmentation.
Zaman pakai HDD berputar tu betullah kena rajin buat defrag.
Tapi untuk SSD, proses ni ibarat bunuh sel NAND tu hidup-hidup. Ia memaksa beribu proses Write Cycles yang tak perlu langsung.
Windows 10/11 dah cukup cerdik dengan fungsi Optimize menggunakan TRIM Command. TRIM ni akan tolong bagitau sel mana yang dah tak pakai supaya SSD boleh reset sel tu siap-siap.
Tak payah nak buat defrag dah!
3. Biar NVMe Dalam Kepanasan.
Cip NVMe M.2 ni memang laju gila, tapi masalahnya dia cepat panas melampau.
Bila haba ni terperangkap hari-hari dalam laptop terutamanya masa buat heavy task macam main game atau render video, firmware SSD boleh corrupt atau controller dia terus kong.
4. Tutup Laptop Mengejut Masa Windows Update.
Komponen NVMe ni sangat sensitif dengan power loss yang mengejut. Bila kita paksa tutup laptop masa sistem tengah sibuk tulis fail system yang besar, firmware tu berisiko tinggi untuk rosak teruk.
💡 MORAL OF THE STORY:
SSD tu ada nyawa dan had TBW dia sendiri, ia bukan tongkat ajaib yang kebal untuk didera tanpa ihsan.
Sentiasa Semak Kesihatan SSD, boleh download dan run software CrystalDiskInfo secara percuma. Kalau Health Status tu dah drop bawah 60%, tu petanda awal kita kena siap-siap backup data.
✅ TIPS PENJAGAAN SSD:
1. Petua 20% Ruang Kosong: Jangan tamak. Biarkan sekurang-kurangnya 20% storage sentiasa kosong.
Kalau kita jenis kaki simpan movie atau fail saiz gajah, simpan je dalam HDD External Drive. Biar SSD NVMe utama tu fokus untuk run OS dan software ja.
2. Guna Thermal Pad/Heatsink: Kalau pakai NVMe M.2 tu, pasang thermal pad atau heatsink.
Masa servis cuci kipas laptop, pastikan thermal pad kat SSD tu pun ditukar baru kalau dah keras kejung.