09/02/2021
Intipati sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan PKP 2.0.
- Kerajaan setuju membuka baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bermula esok termasuklah kedai pakaian, fesyen dan aksesori, perkhidmatan fotografi dan peralatan sukan.
- Senarai penuh sektor peruncitan ini boleh didapati di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara serta KPDNHEP.
- Kerajaan setuju benarkan makan di dalam restroran, terhad kepada dua orang satu meja serta penjarakan fizikal 1 meter.
- Penggunaan aplikasi mySejahtera diwajibkan berkuatkuasa serta merta namun aplikasi lain masih dibenarkan.
- Industri kreatif dibenarkan beroperasi dengan SOP yang ketat termasuk memohon sijil perakuan penggambaran khas FINAS.
- Kerajaan benarkan program latihan berpusat bagi pasukan-pasukan Liga Malaysia, Liga Hoki Malaysia dan Liga Sepak Takraw bermula 15 Februari 2021.
- Kampung Orang Asli Batu 6, Jalang Pahang, Batang Padang di Perak ditamatkan berkuatkuasa esok.
- PKPD Pusat Transit Tahanan Marang dan Pusat Koreksional Dungun dan Kuarters Kakitangan di Terengganu turut ditamatkan esok.