Che Matjepp

Che Matjepp Aku Matjepp- Malaysia's premier content producer exclusively crafted for the Visual Generation. Want to get inspired? Want to laugh out loud? Hungry for more?

Matjepp is Malaysian based Travel Video Producers, Specialize in Producing Facebook & Youtube Travel Video Series for destinations all over Malaysia with emphasis on Travel, Food, Activities, Accommodation, Culture & Nightlife. We share Malaysian human interest shorts and images to rekindle your memories on our way of life. Want to be nostalgic? Let us be there for you. WE SHARE AWESOME LOCAL CONTENT DAILY DIRECT TO YOUR SOCIAL FEED.

  — EP1: Wahyu Sebelum PencenAku ingat tahun ni aku nak pencen dari dunia konten.Serius…Bukan merajuk.Cuma penat tengok ...
26/04/2026

— EP1: Wahyu Sebelum Pencen

Aku ingat tahun ni aku nak pencen dari dunia konten.

Serius…

Bukan merajuk.
Cuma penat tengok game yang sama, cuma tukar poster.

Nak buat bodoh sekejap.
Nak diam.
Nak tengok siapa betul-betul faham content…
dan siapa cuma pandai sebut “content” dalam meeting.

Tapi belum sempat aku diam,
result dah keluar.

Aku tengok nama tu.

Hmm.

Rupanya wahyu masih turun —
cuma medium dia sekarang… contact list.

Semua orang dah tahu job tu pergi ke siapa.
Cuma semua buat muka tenang.

Maklumlah…
kalau kawan sekolah yang panggil,
proposal pun jadi aksesori.

Aku buka proposal aku balik.
Kemas. Clear. Siap rationale.

Lepas tu aku tutup laptop.

Bukan sebab kalah.

Sebab aku sedar —
benda ni bukan pasal proposal pun.



Di sinilah authority bias beraksi.

Bila orang ada nama.
Ada title.
Ada pengalaman TV.
Ada hubungan lama.

Terus nampak macam paling layak.

Padahal content hari ni bukan soal siapa paling lama pegang kamera.

Content hari ni soal siapa paling faham manusia.



Ilmu berubah bila teknologi berubah.

Kadang untuk kekal relevan,
kita kena belajar jadi bodoh semula.

Kosongkan gelas.
Tulis balik macam penulis yang baru belajar faham manusia.

Sebab penulis yang bijak tak sekadar tulis ayat.

Dia masukkan micro expressions dalam skrip.

Jeda kecil.
Mata yang lari.
Senyum yang tak sampai.
Diam yang lebih kuat daripada dialog.

Walaupun itu cuma skrip video 30 saat.

Sebab dari situlah naratif dibina.
Dari situlah persepsi terbentuk.



Kalau Pathos pun tak faham,
Ethos pun rapuh,
Logos pun masih tersangkut tahun 1998…

jangan cepat sangat gelar diri content creator.

Audience hari ni tak tunggu kau habiskan cerita lama.

Dia scroll.
Skip.
Mute.
Swipe.

Dan dalam 3 saat pertama…
dia dah tahu kau faham dia atau tidak.



P/S: Penulis cabuk yang konsisten ternak AI buat konten kadang-kadang lebih banyak belajar daripada orang yang sibuk claim “aku lama dalam industri”.

Sebab dia reset.
Dia test hook.
Dia repair ayat.
Dia baca respon.
Dia belajar buat AI bercakap macam manusia —
dan manusia tak berbunyi macam mesin.

Tak glamour.

Tapi dia bergerak.



Kadang aku tulis benda macam ni pun…
aku tertanya juga —

aku ni dah cukup relevan ke belum?

Atau… mungkin aku je yang baru nampak benda ni sekarang.



Take home dia mudah.

Ini bukan tentang aku.

Ini tentang kau — penonton dan pembaca.

Sebab kabel boleh bagi kau masuk pintu.

Tapi yang buat orang stay…

bukan kabel.

Rasa.
Trust.
Impact.



EP2 nanti kita sembang…

kenapa ramai “trainer content” sebenarnya tak pernah jadi content creator pun.

Dan kenapa sijil nampak hebat…
tapi audience masih tak rasa apa-apa.

MatJepp Bakar Sifu Branding

Dulu kalah sebab orang buang harga RM500 lebih murah.Sekarang kalah p**a walaupun harga kita RM7,000 lebih murah.Pelik k...
25/04/2026

Dulu kalah sebab orang buang harga RM500 lebih murah.

Sekarang kalah p**a walaupun harga kita RM7,000 lebih murah.

Pelik kan?

Penat… bukan sebab tak ada kerja.

Tapi sebab kerja tu macam tak pernah sampai kat kita.

Dulu aku ingat, kalau kalah tender sebab orang bagi harga RM500 lebih murah… okey, faham.

Mungkin client nak jimat.
Mungkin bajet ketat.
Mungkin rezeki belum sampai.

Tapi sekarang makin pelik.
Harga kita lebih RM7,000 murah pun masih tak dapat job.

Jadi persoalannya…
ini sebenarnya pasal harga ke?
Pasal kualiti ke?
Atau pasal “wahyu” yang turun dari kawan sekolah?

Kita kira kos.
Kita kira masa.
Kita kira tenaga.
Kita kira harga supaya munasabah.

Tapi dia mungkin kira benda lain.
Kira siapa kenal siapa.
Kira kabel bawah tanah.
Kira laluan kayangan.


Aku ingat jujur.
Rupanya guna wahyu pasang kabel juga.

Yang sakit bukan sebab tak dapat job semata-mata.

Yang sakit bila nampak sistem yang sepatutnya buka peluang…

jadi tempat orang tertentu tutup rezeki orang lain.

Harga dua kali ganda lebih tinggi pun boleh lepas.

Yang lebih murah, lebih munasabah, lebih jelas… tersadai.

Lepas tu kita disuruh sabar.

Disuruh ikhlas.
Disuruh jangan bising.

Tapi sampai bila?

Aku bukan marah orang dapat rezeki.

Aku cuma pelik bila rezeki orang lain dibuka dengan cara menutup peluang orang lain.

Kalau benda macam ni betul berlaku, patut ada pihak semak.

Sebab ini bukan setakat isu job.

Ini isu amanah. kata amanah.. tang mana?

Jadi aku ambil keputusan…berhenti buang tenaga maki sistem setiap hari.

Berhenti tunggu wahyu dari kawan sekolah aku,

berhenti berharap pada pintu yang memang tak mahu buka.

Mungkin dah sampai masa bina pintu sendiri.

Kau pernah kena macam ni?

Harga kau lagi rendah, kerja kau lagi jelas… tapi job tetap pergi tempat lain?

Komen “PERNAH” kalau kau faham rasa ni.

Betul ke page bisnes yang sunyi orang anggap bisnes tu tak jalan?Aku jumpa ni tadi.Ayat dia agak pedas juga 😅Nak tanya p...
30/03/2026

Betul ke page bisnes yang sunyi orang anggap bisnes tu tak jalan?

Aku jumpa ni tadi.
Ayat dia agak pedas juga 😅

Nak tanya pendapat korang:

Kalau page bisnes lama tak post… korang masih percaya bisnes tu aktif?
Atau terus rasa macam “kedai tutup”?

Jujur nak dengar pandangan. 👇

25/03/2026

Siapa Ada Masalah Buat Konten? Aku Nak Bantu.

Raya ketiga dah masuk. Kau masih scroll tengok gambar orang beraya yang cantik-cantik tu kan. Okay aku nak bagitahu sesu...
22/03/2026

Raya ketiga dah masuk. Kau masih scroll tengok gambar orang beraya yang cantik-cantik tu kan.

Okay aku nak bagitahu sesuatu dengan jujur.
Gambar Raya yang cantik tu bukan semua natural tau. Ada yang edit.

Ada yang guna AI — tapi AI yang betul.
MyGPTs Tool Buat Gambar Raya buat muka kau kekal sama dalam 38 stail berbeza.

Dari Golden Lantern yang cinematic sampai Pelita Kampung yang nostalgik.

RM49 je. Slot masih ada.
Link dalam ruang komen 👆

Esok dah Raya.Kau dah ready ke masih tengah scroll TikTok sambil makan kuih raya yang tak undang-undang tu? 😅Aku ada sat...
20/03/2026

Esok dah Raya.

Kau dah ready ke masih
tengah scroll TikTok
sambil makan kuih raya
yang tak undang-undang tu? 😅

Aku ada satu benda yang
kau patut tahu malam ni
sebelum Raya esok.

Ada tool AI yang aku buat
khas untuk gambar Raya —
38 stail premium, muka
kau kekal sama, siap 5 minit.

Bukan AI biasa yang
tukar muka kau jadi
orang lain tau.

RM49 je. 25 slot lagi malam ni.

Esok Raya. Malam ni last chance
harga ni.

Link di sini
https://mediateneightyservices.bcl.my/form/tbgrv1/8804
https://mediateneightyservices.bcl.my/form/tbgrv1/8804
https://mediateneightyservices.bcl.my/form/tbgrv1/8804

Selamat menyambut Hari Raya
Aidilfitri esok! 🌙



Kau pernah menyumpah “AI ni apa benda…”? 😤Menyampah bila prompt panjang macam karangan SPM, tapi output… hampeh.Dalam 12...
20/02/2026

Kau pernah menyumpah “AI ni apa benda…”? 😤
Menyampah bila prompt panjang macam karangan SPM, tapi output… hampeh.

Dalam 120 minit intensif dengan YB MatJepp,
kau dapat 13 Tools MyGPTs + template siap pakai — masuk maklumat je, siap.

Menyeksakan bila asyik error & ulang-ulang… sebab tu aku ajar workflow cepat + elak error biasa.

Menyesal? Yang menyesal nanti… yang lambat WhatsApp bila slot online dah penuh. 😏🔥

RM150 (dulu RM300). Tempat terhad — WhatsApp sekarang! ⚡📲

Jika Beminat Sila Klik Link Ini https://wa.link/b6wmjx

Content kau bukan pentas untuk kau. Content kau sebenarnya meja makan untuk audiens kau. Kalau mereka datang, duduk, tap...
06/01/2026

Content kau bukan pentas untuk kau. Content kau sebenarnya meja makan untuk audiens kau. Kalau mereka datang, duduk, tapi tak kenyang, kau pun jangan pelik bila mereka bangun cepat.

Dalam kepala mereka cuma ada satu benda: “Apa aku dapat bila aku tengok video ni?”

Ramai orang silap sebab dia mula dengan “aku nak buat content pasal apa.” Padahal soalan yang lebih win ialah “audiens aku tengah sakit apa.”

Bila kau jawab yang itu, terus kau nampak arah. Kau tak lagi cakap kosong, kau cakap tepat. Kau tak lagi buat content untuk syok sendiri, kau buat content untuk ringankan hidup orang.

Niche dan audiens ni bukan benda fancy. Ini kompas. Tanpa kompas, kau akan buat video banyak, tapi semua macam tersasar.

Hari ni ikut trend, esok ikut orang, lusa hilang mood. Akhirnya penat, burnout, dan mula rasa “aku ni tak berbakat.”

Esok kau nak tahu tak kenapa niche dan audiens tu bukan “optional”, tapi kepala cerita yang tentukan content kau hidup atau tenggelam?

Kenapa Nak Jadi Biasa? Kalau Boleh Jadi Luar Biasa!!!

Pernah tak, kau dah post macam orang jual air tebu depan bazar. Hari hari update, siap letak lagu trending, siap edit sa...
05/01/2026

Pernah tak, kau dah post macam orang jual air tebu depan bazar. Hari hari update, siap letak lagu trending, siap edit sampai mata pun pedih.

Tapi hujung bulan, bila tengok akaun bank, dia buat muka bodoh je. Sunyi, tenang, damai. Terlampau damai sampai kau sendiri rasa nak menangis kecil.

Lepas tu kau tengok p**a member kau. Dia post sekali sekala je, gambar pun biasa, ayat pun santai.

Tapi DM masuk macam orang beratur nak beli ayam penyet waktu lunch. Kat situ kau sedar, masalah bukan kau tak rajin.

Masalahnya content kau buat orang tengok, tapi tak buat orang bertindak.

Sebenarnya, itulah beza content creator dengan contentpreneur. Content creator fokus bagi content sedap dipandang.

Contentpreneur p**a macam tauke kedai makan yang bukan setakat masak sedap, tapi dia tahu nak tarik orang masuk, buat orang percaya, dan ajak orang order.

Dia tak jual “content”. Dia jual keputusan, dia jual solusi, dia jual rasa yakin orang nak beli.

Sekarang aku nak tanya kau jujur. Kau tengah di fasa mana, A kau buat content tapi blur nak jual apa, B kau ada produk tapi content tak bawa orang beli, atau C kau dah ada sales tapi tak konsisten.

Komen A/B/C je, aku balas dengan ayat CTA yang ngam ikut situasi kau.

Copywriting Guna Ai Boleh Jadi Mudah Jika Tahu "Rahsia"
04/01/2026

Copywriting Guna Ai Boleh Jadi Mudah Jika Tahu "Rahsia"

03/01/2026

Kalau Nak Tahu Cara Nak Buat Video Ini Sila Komen “Nak”

Lapar datang tiba-tiba, konten pun jadi last minute.
03/01/2026

Lapar datang tiba-tiba, konten pun jadi last minute.

Address

MJ-13A-2 Dataran Glomac 3, Jalan SS 6/16
Petaling Jaya
47301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Che Matjepp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Che Matjepp:

Share