23/11/2020
ADAKAH ANDA LAYAK MENERIMA KOMPUTER PERCUMA? SILA BACA SAMPAI HABIS!
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
KENYATAAN MEDIA
YB DATO’ ABDUL HALIM HUSSAIN
EXCO PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
23 NOVEMBER 2020
_________________________________________________________________________
BANTUAN KHAS PEMBERIAN SET PERANTI KOMPUTER (DI BAWAH SKIM PERINTIS ‘PROGRAM USAHAWAN MIKRO GO DIGITAL’)
Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui MMK Pembangunan Keusahawan telah mengambil satu lagi inisiatif untuk membantu usahawan, khususnya peniaga dan usahawan mikro yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Selain bantuan pinjaman PEKA PKS berjumlah RM40 juta yang telah disalurkan kepada para usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19, kini kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan khas berupa set peranti komputer kepada usahawan mikro di bawah ‘Program Usahawan Mikro Go Digital’.
Selaras dengan visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, program ini bertujuan membantu melahirkan usahawan mikro pintar yang dapat memanfaatkan kemahiran digital untuk pemasaran produk mereka secara atas talian (online) sesuai dengan normal baharu pasca covid dan beralih daripada ‘traditional business model’.
Program Usahawan Mikro Go Digital ini, adalah lanjutan daripada program Go Penang Digital e-Usahawan yang telah dikendalikan oleh MMK Pembangunan Usahawan sejak 2019, di mana seramai 1,300 usahawan telah terlibat.
Sebanyak 350 buah set peranti computer, yang menggunakan peranti Ruggedized Next Unit of Computing (rNUC) bagi menggantikan unit pemprosesan pusat (CPU) akan disumbangkan kepada para usahawan terpilih. Set peranti ini dilengkapi dengan fungsi yang lebih baik. Peranti rNUC ini lebih tahan lasak serta ciri fizikalnya lebih kecil (compact) dan ergonomic berbanding CPU.
Di pasaran, set peranti ini dikenali sebagai ‘mini pc’ yang bernilai lebih RM 1,000.00 bergantung kepada spesifikasi. Namun di bawah program ini, kerajaan negeri telah ditawarkan dengan harga RM 917.00 seunit menjadikan harga keseluruhan RM 320,950.00. Set peranti ini dilengkapi dengan spesifikasi seperti berikut:
Menggunakan pemprosesan Intel@Celeron@;
6 GB RAM (Random Access Memory);
256 GB cakera keras (hard disk);
Sistem operasi ‘Windows 10 home’;
‘Wifi & Bluetooth;
Kamera web (we**am);
Skrin LCD 18.5” (monitor); dan
Papan kekunci dan tetikus optik tanpa wayar.
Oleh kerana ini adalah program perintis dan unit komputer adalah terhad, maka pejabat daerah, pejabat parlimen, ADUN, Penyelaras KADUN, MPKK dan agensi terlibat dalam pembangunan keusahawanan, bolehlah mengenalpasti dan merujuk usahawan yang berkelayakan kepada sekreteriat program ini, iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Saya juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang berhasrat menyumbang bantuan kepada para usahawan mikro di bawah inisiatif digital ini bolehlah menghubungi sekreteriat MMK Pembangunan Usahawan.
*****************************************
SIAPA LAYAK MEMOHON?
✅Rakyat Pulau Pinang, mendaftar dengan SPR sebagai pengundi Pulau Pinang (semasa permohonan).
✅Merupakan usahawan mikro.
✅Mempunyai premis perniagaan beralamat di Pulau Pinang atau mempunyai perniagaan online.
✅Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
✅Telah menjalankan perniagaan sekurang- kurangnya 3 bulan.
✅Mempunyai produk.
✅Mempunyai pengetahuan asas mengendali komputer.
✅✅✅✅Keutamaan kepada usahawan mikro yang telah mengikuti kursus ‘Go Penang Digital e-Usahawan’ anjuran MMK Pembangunan Usahawan.
PERMOHONAN
Borang permohonan akan dimuatnaik secara online pada 25 November 2020 di www.pdc.gov.my
Tarikh tutup pada 09 Disember 2020.
Sebuah jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Halim Hussain selaku Exco Pembangunan Usahawan akan mengenalpasti usahawan mikro yang berkelayakan secara bersasar.
SEKRETERIAT PROGRAM
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Bahagian Pembangunan Usahawan. Tel: 012-4211993 (Ku Zaleha Iskandar) 012-5017203 (Ajri Zarith Nur Ahmad)