30/08/2026
🇲🇾 国庆日,不只是一场庆典,更代表着我们不断向前、不断突破,为更好的未来而努力。
这个国庆日,GM Communication 想把掌声送给每一位凭着双手、技术与坚持,一步一步走出自己专业道路的技能人才。🔧
在手机维修行业里,我们看见许多 Technician 从基础开始,在一次又一次的维修与实战中累积经验、磨练技术,逐渐成为能够独当一面的专业维修人员。
我们始终相信:
技术,不应该只是“会做”;
真正的专业,值得被看见,也值得被认可。
通过 SKM(Sijil Kemahiran Malaysia)马来西亚技能证书,让手机维修从业者多年累积的技能与实战经验,有机会获得更系统化的认可,并迈向更专业的发展。
从一批,到下一批。
看着越来越多手机维修从业者愿意提升自己、肯定自己的专业价值,也是我们最希望看见的行业进步。
因为一个国家的发展,不只有科技与经济。
每一位拥有真正技术、认真做好自己专业的 Tenaga Mahir(技能人才),同样是推动国家与行业不断向前的重要力量。🇲🇾
多年来,GM Communication 扎根于手机维修行业。
从提供手机零件、支持维修技术,到今天进一步支持行业人才的专业发展,我们希望与这个行业一起成长,一起把手机维修带向更专业、更有价值的未来。
🇲🇾 马来西亚第69届国庆日快乐!
让技术被看见,让专业被认可。
MORE THAN PARTS.
WE GROW THE INDUSTRY.
GM COMMUNICATION
━━━━━━━━━━━━━━
🇲🇾 Hari Kebangsaan bukan sekadar sebuah sambutan. Ia melambangkan semangat untuk terus maju, berkembang dan berusaha membina masa depan yang lebih baik.
Sempena Hari Kebangsaan ini, GM Communication ingin memberikan penghargaan kepada setiap tenaga mahir yang membina kerjaya mereka dengan usaha, kemahiran dan ketekunan. 🔧
Dalam industri pembaikan telefon, kami melihat ramai Technician yang bermula daripada asas, mengumpul pengalaman dan mengasah kemahiran melalui kerja serta pengalaman sebenar, sehingga menjadi tenaga profesional dalam bidang masing-masing.
Kami sentiasa percaya bahawa:
Kemahiran bukan sekadar “tahu buat”;
kemahiran dan profesionalisme yang sebenar wajar dilihat dan diiktiraf.
Melalui SKM (Sijil Kemahiran Malaysia), kemahiran serta pengalaman yang dibina oleh penggiat industri pembaikan telefon selama bertahun-tahun berpeluang mendapat pengiktirafan yang lebih tersusun, sekali gus membuka ruang ke arah pembangunan profesional.
Dari satu kumpulan ke kumpulan seterusnya, kami berbangga melihat semakin ramai penggiat industri mengambil langkah untuk meningkatkan diri serta mengiktiraf nilai kemahiran dan profesionalisme mereka.
Kerana kemajuan sesebuah negara bukan sahaja dibina melalui teknologi dan ekonomi.
Setiap Tenaga Mahir yang mempunyai kemahiran sebenar, komited terhadap bidang mereka dan sentiasa mahu meningkatkan diri juga merupakan sebahagian daripada kekuatan yang membawa industri dan negara ke hadapan. 🇲🇾
Selama bertahun-tahun, GM Communication telah berkembang bersama industri pembaikan telefon.
Daripada membekalkan alat ganti telefon dan menyokong keperluan teknikal, kini kami turut menyokong pembangunan profesional tenaga mahir dalam industri.
Kami berharap dapat terus berkembang bersama industri ini dan bersama-sama membawa bidang pembaikan telefon ke arah masa depan yang lebih profesional dan lebih bernilai.
🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Malaysia!
Dari Kemahiran, Menuju Profesional.
MORE THAN PARTS.
WE GROW THE INDUSTRY.
GM COMMUNICATION