18/03/2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya bkn lah s**a menulis dlm mana2 group atau FB atau Insta. Tetapi sebagai satu social obligation saya, pada hari ini saya terpaksa meluahkan apa yg saya rasa.
Saya bekerja di HRPZ II Kota Bharu sbg Surgeon dan doktor. Saya amat merasakan bahawa rakyat malaysia mmg tidak ambil serius langsung tentang larangan restricted movement yg dikeluarkan oleh kerajaan. Apabila tiba shj masa melawat iaitu antara pkl 1230-1400 & 1700-1900, koridor hospital dipenuhi oleh puluhan mahupun ratusan pelawat2 yg membanjiri hospital. Adakah arahan yg diberikan kerajaan tidak jelas atau rakyat malaysia mmg tidak kisah pun tentang apa yg berlaku.
Ini tidak termasuk lagi sesetengah premis makanan yg menjalankan perniagaan spt biasa, spt COVID 19 ini spt demam selsema biasa.
Adakah rakyat malaysia tidak faham akan arahan supaya tidak berkumpul ramai2. Saya rasa mereka faham sbb mereka tidak ke masjid utk berjemaah dan solat jumaat. Tetapi, perkumpulan lain....mereka buat2 tidak faham.
Sebagai seorang doktor, saya minta sgt2 supaya sebarkan kepada waris2 kita, tidak kira di mana mereka berada supaya patuh kepada arahan yg dikeluarkan. Bantulah frontliner spt saya utk menangani isu COVID ini sebaik mungkin.
Saya mohon kpd sahabat2 semua, sebarkan kpd waris2 dan sahabat kita supaya ikut arahan restricted movement yg dikeluarkan.
Let me be in the hospital for u.
Please stay at home for me.
Dr Ahmad Zuraimi Zulkifli