19/10/2026
Dari Lebihan Surat Gadaian RM300, Tinggal RM26? ☹️
Bulan 9, seorang customer minta saya kirakan surat gadaiannya. Masa itu, bunga sudah tertunggak 4 bulan dan beliau masih boleh dapat lebihan RM300 lebih. Tapi beliau berharap dapat RM500, jadi beliau memilih untuk tunggu harga emas naik.
Minggu berikutnya, harga emas turun dan lebihan tinggal RM200 lebih. Masuk bulan 10, bunga sudah tertunggak 5 bulan dan lebihan tinggal RM100 lebih sahaja.
Kalau masuk bulan 11 harga emas masih sama, lebihan mungkin tinggal RM26. Kalau harga turun lagi, mungkin surat gadaian itu sudah tidak berbaloi untuk dijual.
Saya faham, semua orang mahu dapat harga terbaik. Kalau tiada keperluan mendesak dan masih mampu membayar bunga, tiada masalah untuk tunggu. Manalah tahu harga emas naik semula, kan?
Cuma, kita kena ingat, sementara menunggu harga emas naik, bunga gadaian tetap berjalan. Harga emas p**a boleh naik dan turun, jadi lebihan yang ada sekarang belum tentu kekal sama nanti.
Sebagai pembeli, saya pun berharap customer dapat harga yang terbaik. Saya bukan mahu customer jual murah atau tergesa-gesa. Saya cuma mahu kita sama-sama realistik dengan keadaan pasaran dan kiraan semasa.
Tidak salah mahu harga yang lebih tinggi, cuma jangan sampai terlalu mengejar lebihan yang kita harapkan, akhirnya lebihan yang sudah ada pun semakin berkurang.
Apa pun, keputusan tetap di tangan customer. Saya cuma bantu kirakan supaya customer boleh buat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri.
Saya doakan kita semua dimewahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik
Angsa Emas II-Beli Emas & Surat Gadaian ,
📍 Sandakan, KK, Lahad Datu, Beluran
010-656 7030