02/08/2023
Marilah kita bersama-sama menjadi rakyat yang berhemah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas kita sebagai rakyat Malaysia sempena Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
Kami menggalakkan warga Malaysia untuk menghindari pemasangan bendera di tiang, kabel, peti pembekal, dan pencawang. Tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko kejadian renjatan elektrik dan gangguan perkhidmatan talian telefon serta internet.
Jika anda melihat situasi berbahaya yang dapat membahayakan masyarakat setempat atau mengganggu perkhidmatan TM, sila beritahu kami melalui laman sosial Unifi.