14/07/2014
Tips-tips untuk perlindungan PC / Laptop
As-salam dan salam sejahtera, pada masa kini “serangan” terhadap PC dan Laptop semakin menjadi-jadi dengan wujudnya konco-konco Malware. Antaranya seperti Virus dan Spyware. Atas kesedaran ini, kita sebagai pengguna seharusnya memberikan perlindungan yang secukupnya kepada “aset” yang banyak membantu dalam kehidupan harian kita. Di bawah ini saya kongsikan beberapa tips untuk panduan pengguna. Saya bukan pakar dalam bidang keselamatan ICT tetapi tips ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya dan kajian yang saya buat melalui “pakcik ” Google
1. AntiVirus
Perisian ini wajib ada pada PC dan Laptop anda. Berfungsi untuk menangkis anasir Malware seperti Virus dan Spyware dari merosakkan aset di atas. Pastikan anda mendapatkan Original AntiVirus dan bukannya “Crack” kerana versi ini ada kemungkinannya kod-kod dalam software tersebut telah diubahsuai dan bukannya berfungsi sebagai AntiVirus tetapi sebagai AgenVirus. Terdapat dalam 2 Versi iaitu berbayar dan free. Bagi yang berbayar antara penyedianya adalah seperti Kaspersky, Norton, McAfee, Nod 32, Trend Micro dan sebagainya. Bagi yang free p**a adalah seperti Avast free, Avira free, AVG free, Microsoft Security Essential (Windows mesti Genuine kalau nak pakai), Panda free dan sebagainya. Antara website yang menawarkan free download AntiVirus adalah seperti www.download.com dan www.softpedia.com. Sebenarnya banyak lagi website yang seumpanya tetapi saya memilih 2 website tersebut kerana ianya bebas dari Virus dan Spyware (menurut website tersebut). Sekiranya anda ada bajet lebih, digalakkan membeli perisian tulen internet security kerana merangkumi kesemua perlindungan iaitu Antivirus, Antispyware, firewall protection, identity protection dan sebagainya. Antara yang terkenal adalah seperti Kaspersky internet security, Norton internet security dan seangkatan dengannya.
2. Firewall
Berfungsi mengawal PC / Laptop dari menjadi mangsa serangan penggodam (hacker). Ada software yang menawarkan 2 way protection iaitu “Inbound” dan Outbound”. Antara software firewall yang terkenal adalah seperti ZoneAlarm, Comodo, Armor dan sebagainya. Bagi penggunaan 2 way protection firewall ini, anda memerlukan sedikit pengetahuan berkaitan PC kerana setting tersebut agak sedikit kompleks. Pastikan anda menghidupkan fungsi firewall agar keselamatan PC / laptop lebih terjamin.
3. Download
Sekarang banyak website yang menawarkan free software download kepada pengguna internet. Pastikan software yang anda download/ gunakan adalah bebas daripada malware. Lebih selamat anda download software yang diinginkan melalui website yang dipercayai . Hal ini agak subjektif jadi anda boleh bertanya kepada yang pakar ict tentang sumber website yang boleh dipercayai.
4. Scan PC / Laptop
Jadikan ia sebagai rutin anda iaitu scan PC / Laptop seminggu sekali. Dengan cara ini dapat mengesan malware-malware yang “bersarang”. Gunakan option Full Scan agar dapat menjejaki malware-malware tersebut hingga ke akar umbi (bergantung kepada kebolehan AntiVirus itu sendiri). Pastikan “virus Definition” adalah yang terkini agar konco-konco baru malware dapat dikesan.
5. Windows Genuine
Dalam bab ini confirm ramai yang mengeluh sebab harga Genuine Windows yang sangat mahal. Anda perlu belanjakan ratusan ringgit untuk memiliki Genuine Windows. Antara kelebihannya adalah lebih selamat dan dapat gunakan fungsi Auto Update. Namun faktor harga yang mahal menghalang pengguna menggunakan perisian yang tulen sekaligus menggalakkan penggunaan Windows Versi “Biskut Tawar” (crack) yang kemungkinan kod-kod telah diubah. “Tanya pada Dompet” nak pilih Genuine atau Crack. Namun dari segi keselamatan sebaik-baiknya anda memilih Genuine Windows.
Jadi kesimp**annya, kita sebagai pengguna adalah faktor terpenting dalam hal berkaitan perlindungan PC / Laptop kerana kita yang menggunakan PC /laptop tersebut. Kita perlu mempelajari sedikit ilmu ICT agar PC dan laptop berada dalam keadaan selamat dan memuaskan. Itu sahaja dari saya buat masa ini dan terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.