Pixer

Pixer Pixer merupakan satu kumpulan kreatif yang membawa konsep seni dalam penyampaian info dan grafik.

26/10/2026

HAPPY ARTIST DAY 2026 untuk semua artis seni di seluruh dunia! Semoga terus sukses!!! 💪🏻🔥




04/10/2026

EVENT | ANIFEST MALAYSIA 2026

Antara yang menarik hari ini, jom imbas momen-momen menarik di ANIFEST X 2026!

Pelbagai aktiviti, sesi perkongsian dan booth-booth interaktif turut memeriahkan acara sepanjang ANIFEST X 2026 berlangsung.
anifest Malaysia





28/09/2026

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 100 tahun kira-kira pukul 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Allahyarhamah merupakan seorang doktor wanita terawal di Malaysia dan isteri tercinta kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Salam takziah untuk seluruh keluarga Allahyarhamah.

Al-Fatihah (dibaca).




31/08/2026

Erti kemerdekaan bukan sekadar kibaran bendera, tetapi menghayati pengorbanan dan darah pejuang terdahulu yang mempertahankan setiap inci tanah air ini. Tugas kita hari ini adalah menjaga warisan dan keamanan yang mereka tinggalkan. Selamat Hari Kemerdekaan Ke-69, Malaysiaku!





17/08/2026

Siapakah pejuang emas SULMA Selangor tahun ini? Sokongan padu anda amat bermakna buat para atlet yang sedang berjuang mengharumkan nama negeri di pentas Sukan Malaysia (SUKMA)! Mari kita satukan semangat, laungkan Selangor Julang Lagi! dan terus membakar semangat kontinjen kita untuk raih kejayaan gemilang!

​Mengenai SUKMA Selangor :

​Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan temasya sukan kebangsaan di bawah Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) yang menghimpunkan atlet-atlet muda berbakat dari seluruh negeri. Kontinjen Selangor sentiasa menjadi salah satu kuasa besar dan pencabar utama dalam pelbagai acara sukan, berteraskan visi melahirkan atlet pelapis berkualiti tinggi yang mampu melangkah jauh ke peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA, Komanwel, dan Olimpik.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.selangor2026.com

​
​
​
​
​

Buli bukan hanya memukul. Ia juga boleh berlaku melalui kata-kata, perbuatan, media sosial dan tindakan yang sengaja mem...
30/06/2026

Buli bukan hanya memukul. Ia juga boleh berlaku melalui kata-kata, perbuatan, media sosial dan tindakan yang sengaja meminggirkan orang lain.

Kenali kategorinya, fahami kesannya, dan bersama kita hentikan budaya buli. Setiap orang berhak rasa selamat dan dihormati.





BAUCAR KITA SELANGORSokongan kewangan RM100 sebulan : Kerajaan bantu yang terkesan. Kepada yang layak jangan lupa mohon....
23/06/2026

BAUCAR KITA SELANGOR

Sokongan kewangan RM100 sebulan : Kerajaan bantu yang terkesan.

Kepada yang layak jangan lupa mohon.





16/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 2026 bersamaan 1 Muharram 1448H.

​Semoga kedatangan tahun baru Islam ini membuka lembaran yang dipenuhi dengan rahmat, keberkatan, dan keampunan. Mari kita jadikan tahun ini titik tolak untuk penghijrahan diri ke arah yang lebih baik. Amin Ya Rabbal Alamin.

​



Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pixer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pixer:

Shortcuts

Share