Datacryptic Technologies Sdn Bhd

Datacryptic Technologies Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Datacryptic Technologies Sdn Bhd, Information Technology Company, Jalan USJ 9/5Q, Subang Jaya.

An Affordable IT Outsourcing Solution Company :

Telecommunication Services, Engineering Services, Network Infrastructure Solution & Services, Network Security & Services, Systems Integration & Support

7 August 2026DCT Staff Bowling Day πŸŽ³β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”Satu lagi aktiviti santai DCT bersama team yang bertugas ...
18/08/2026

7 August 2026
DCT Staff Bowling Day 🎳
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Satu lagi aktiviti santai DCT bersama team yang bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)! 🎳✨

Aktiviti bowling ini menjadi ruang untuk warga DCT meluangkan masa bersama, mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja serta mencipta kenangan di luar suasana kerja.

Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dan terima kasih atas semangat kesukanan serta sporting yang ditunjukkan! πŸ†

Semoga aktiviti seperti ini terus mengeratkan silaturahim dan membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga DCT

7 August 2026 | Pelangi 1, Pelangi Beach & Spa Resort, LangkawiDay 2 of Operational Readiness for Next-Gen Infrastructur...
13/08/2026

7 August 2026 | Pelangi 1, Pelangi Beach & Spa Resort, Langkawi
Day 2 of Operational Readiness for Next-Gen Infrastructure Transformation Training
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Sesi latihan diteruskan dengan beberapa perkongsian berkaitan Enterprise Wireless Network, Cisco Catalyst Center (DNA), Web Application Security, Centralized Security Analytics serta Infrastructure Deployment.

Program kemudiannya diakhiri dengan sesi penutup yang turut dihadiri oleh barisan tetamu kehormat daripada Konsortium ProHawk dan DataCryptic Technologies Sdn. Bhd. Sesi ini turut diserikan dengan pemberian cenderahati kepada para hadirin sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan komitmen sepanjang program berlangsung.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga segala perkongsian, ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan dapat memberikan manfaat serta menyokong usaha ke arah transformasi infrastruktur generasi akan datang.

Syabas dan terima kasih kepada semua!

6 August 2026 | Pelangi 1, Pelangi Beach & Spa Resort, LangkawiDay 1 of Operational Readiness for Next-Gen Infrastructur...
11/08/2026

6 August 2026 | Pelangi 1, Pelangi Beach & Spa Resort, Langkawi
Day 1 of Operational Readiness for Next-Gen Infrastructure Transformation Training
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Hari pertama training Operational Readiness for Next-Gen Infrastructure Transformation bersama Konsortium ProHawk telah berlangsung di Pelangi Beach & Spa Resort, Langkawi.

Pelbagai perkongsian dan sesi teknikal telah dijalankan, antaranya berkaitan Structured Cabling Systems, Cisco PQC, Cisco IQ & Cisco Life Protect, Fortinet Tech Update, serta Lenovo Hyperconverged Infrastructure bagi pemodenan pusat data.

Sesi ini menjadi platform untuk perkongsian pengetahuan, perkembangan teknologi terkini serta perbincangan mengenai penyelesaian infrastruktur yang dapat menyokong keperluan organisasi pada masa hadapan.

Semoga setiap perkongsian dan sesi yang dijalankan dapat memberikan manfaat serta menambah pengetahuan kepada semua peserta sepanjang program ini.

5 August 2026 | Pulau LangkawiKetibaan di Langkawi untuk Operational Readiness for Next-Gen Infrastructure Transformatio...
09/08/2026

5 August 2026 | Pulau Langkawi
Ketibaan di Langkawi untuk Operational Readiness for Next-Gen Infrastructure Transformation Training bersama dengan Konsortium ProHawk
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Sebelum memulakan sesi latihan dan aktiviti utama, hari pertama dimanfaatkan dengan aktiviti santai, menikmati suasana Langkawi πŸŒ΄β˜€οΈ

31 Julai 2026 | Compdore 3, Avillion Admiral CoveDay 3, MPOB Sangfor NSF, Athena SASE, Efficient IP Solidserver, Paessle...
03/08/2026

31 Julai 2026 | Compdore 3, Avillion Admiral Cove
Day 3, MPOB Sangfor NSF, Athena SASE, Efficient IP Solidserver, Paessler PRTG and Zabbix Administration Training
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Sesi penutup memberi tumpuan kepada Paessler PRTG Administration Training, meliputi konfigurasi, pemantauan rangkaian, pengurusan sensor serta amalan terbaik dalam memastikan prestasi dan ketersediaan infrastruktur ICT sentiasa berada pada tahap optimum.

DCT ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MPOB atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program latihan ini. Terima kasih juga kepada semua peserta atas komitmen, penglibatan aktif dan semangat yang ditunjukkan sepanjang tiga hari latihan.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dapat dimanfaatkan serta membantu memperkukuh pengurusan infrastruktur ICT dan keselamatan rangkaian di organisasi masing-masing.

Sehingga bertemu lagi dalam program akan datang!

30 Julai 2026 | Compdore 3, Avillion Admiral CoveDay 2, MPOB Sangfor NSF, Athena SASE, Efficient IP Solidserver, Paessle...
31/07/2026

30 Julai 2026 | Compdore 3, Avillion Admiral Cove
Day 2, MPOB Sangfor NSF, Athena SASE, Efficient IP Solidserver, Paessler PRTG and Zabbix Administration Training
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Sesi hari ini memberi tumpuan kepada Athena SASE, Efficient IP Solidserver, dan Zabbix Administration yang merangkumi konfigurasi, pengurusan serta amalan terbaik dalam memperkukuh keselamatan rangkaian, pengurusan IP dan pemantauan infrastruktur ICT.

Semoga perkongsian ilmu dan sesi latihan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus persekitaran ICT yang lebih cekap, selamat dan berdaya tahan.

Terima kasih kepada MPOB atas kepercayaan yang diberikan. Semoga baki sesi latihan berjalan lancar dan memberikan pengalaman pembelajaran yang bermanfaat kepada semua peserta

29 Julai 2026 / Comprador 3, Avillion Admiral Cove, Port DicksonDay 1, MPOB Sangfor NSF, Athena SASE, Efficient IP Solid...
30/07/2026

29 Julai 2026 / Comprador 3, Avillion Admiral Cove, Port Dickson
Day 1, MPOB Sangfor NSF, Athena SASE, Efficient IP Solidserver, Paessler PRTG and Zabbix Administration Training
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
Hari pertama bersama Malaysian Palm Oil Board (MPOB) telah dijalankan di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Sesi latihan ini memberi tumpuan kepada pengenalan dan pentadbiran Sangfor NSF Administration yang merangkumi konfigurasi asas, pengurusan sistem dalam meningkatkan keselamatan rangkaian organisasi.

Semoga ilmu dan kemahiran yang dikongsikan sepanjang sesi ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta serta membantu memperkukuh pengurusan infrastruktur rangkaian yang lebih selamat dan efisien.

Terima kasih kepada MPOB atas kepercayaan yang diberikan. Semoga sesi latihan ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua peserta.

27 Julai 2026 / Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana MenteriHari ICT Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antar...
30/07/2026

27 Julai 2026 / Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana Menteri
Hari ICT Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan Tahun 2026, Jabatan Perdana Menteri
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
DCT berbesar hati menyertai Hari ICT Bahagian Kabinet 2026 dengan mempamerkan pelbagai penyelesaian ICT dan teknologi rangkaian terkini.

Sepanjang program ini DCT telah mengadakan demonstrasi secara langsung bagi teknologi IMVision, penyelesaian pemantauan dan pengurusan infrastruktur rangkaian, di samping mempamerkan teknologi fiber optic cabling serta penyelesaian kabel rangkaian.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah di reruai kami untuk melihat demonstrasi. Sokongan dan sambutan yang diberikan amat kami hargai.

Kami berharap dapat terus bekerjasama dalam memacu transformasi digital melalui penyelesaian ICT yang inovatif.

16 Julai 2026 / Bilik Persidangan Politeknik Balik PulauMesyuarat Kick-Off Projek JPPKK & Mesyuarat Pemantauan Projek Pe...
20/07/2026

16 Julai 2026 / Bilik Persidangan Politeknik Balik Pulau
Mesyuarat Kick-Off Projek JPPKK & Mesyuarat Pemantauan Projek Pemantauan Pembangunan PBU
β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”
DCT berbesar hati menghadiri Mesyuarat Kick-Off Projek JPPKK dan Mesyuarat Pemantauan Projek Pembangunan Politeknik Balik Pulau yang telah berlangsung di Bilik Persidangan, Politeknik Balik Pulau.

Mesyuarat ini menandakan permulaan pelaksanaan projek Perolehan Peralatan Sistem Rangkaian Kampus (WiFi) Bagi Menyokong Pemantapan Infrastruktur ICT ke Arah Pendigitalan Pendidikan Tinggi Fasa 2 - Perkabelan Sistem Rangkaian Kampus Politeknik.

Sebagai rakan pelaksana projek, DCT komited untuk menyediakan penyelesaian rangkaian yang berkualiti, selamat dan berprestasi tinggi bagi menyokong keperluan pembelajaran serta transformasi digital institusi.

Terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan semua pihak yang terlibat atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Semoga pelaksanaan projek ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

21 June 2026 / Gopeng Glamping ParkDCT Team Building Last Day.4th activity, ATV Fun Ride
06/07/2026

21 June 2026 / Gopeng Glamping Park
DCT Team Building Last Day.
4th activity, ATV Fun Ride

Address

Jalan USJ 9/5Q
Subang Jaya
47620

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Datacryptic Technologies Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Datacryptic Technologies Sdn Bhd:

Shortcuts

Share