11/11/2026
PERCUMA ditaja untuk 30 orang terawal! BUAT JULUNG KALINYA DI SABAH! MLBB BEGINNER CLASS & HEALTHY GAMING 2026!
FROM BEGINNER TO FUTURE CHAMPION!
Satu peluang keemasan buat anak-anak muda Sabah yang bercita-cita untuk melangkah lebih jauh dalam dunia Esports, khususnya permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)!
Buat julung kalinya, VAMOS ACADEMY dengan kerjasama Kelab Sukan Elektronik Tokoneo (KST) serta sokongan Persatuan Esport Sabah (PERSUES) bakal membawakan sebuah bengkel eksklusif yang membuka ruang kepada generasi muda untuk mempelajari asas, strategi dan teknik permainan MLBB secara lebih profesional.
Lebih istimewa, para peserta berpeluang menimba ilmu, pengalaman serta menerima tunjuk ajar daripada wakil TEAM VAMOS, salah sebuah pasukan profesional yang bersaing dalam liga berprestij Mobile Legends Professional League Malaysia (MPL Malaysia)!
Bengkel ini bukan sekadar memfokuskan kemahiran permainan, malah turut menekankan konsep Healthy Gaming, merangkumi disiplin, pengurusan masa, komunikasi berpasukan, pemikiran strategik serta keseimbangan antara dunia permainan digital, pendidikan dan gaya hidup sihat.
SIAPA YANG PATUT SERTAI?
Terbuka kepada golongan belia berumur 15 hingga 35 tahun yang mempunyai minat mendalam terhadap MLBB serta berhasrat mengembangkan potensi diri ke arah pemain Esports yang lebih berkemahiran, berdisiplin dan berdaya saing.
MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh: 21 November 2026 (Sabtu)
Masa: 9.00 Pagi
Lokasi: Ruang Seminar, Raia Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
SIJIL RASMI PENYERTAAN BENGKEL SELAMA 4 JAM DISEDIAKAN!
PENYERTAAN EKSKLUSIF — TERHAD KEPADA 100 PESERTA TERAWAL SAHAJA!
Inilah masanya untuk mengubah minat dan bakat dalam dunia permainan digital menjadi satu potensi yang lebih besar. Siapa tahu, daripada bengkel inilah bakal lahirnya bintang baharu MLBB Sabah yang suatu hari nanti mampu menggegarkan pentas MPL Malaysia mahupun arena Esports antarabangsa!
DAFTAR SEKARANG DI LINK SINI :
https://forms.gle/CjPDsQGMGirPxmy58
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila imbas kod QR yang tertera pada poster rasmi program ataupun klik Link tertera diatas ini.
YOUR JOURNEY TO BECOMING A PRO STARTS HERE!
Sabah Esports, Beyond The Game!