02/10/2024
Produk tradisi tersepit… salah shiapa..
Setelah setahun buat video IkS dan pembuatan barang tradisonal di Kelate, satu Abe La perasan, barangan tradisional ini dijual pada harga tidak berpatutan dengan kudrat yang digunakan untuk buat.
Contohnya pembuatan coklat nisan, kerja daripada pagi hingga tengah hari untuk buat, jual pada harga RM5 sebungkus.
Sama juga penyapu di area Slow Mengkuang-Dabong, 3 hari ambil masa jemur angkat jemur angkat dan anyam, last jual pada harga RM10.
Budu di peram 6 bulan, kena bersih sokmo kawasan sekeliling, last-last dijual pada RM2-4 sebotol.
Bila ditanya pengusaha kenapa tak naik harga biar berbaloi… mereka takut…katanya naik sikit terus pemborong/orang tengah tak ambil. Jadi berlambak barang tak jalan..expired
Walaupin dijual harga tinggi sikit, budaya tawar menawar di pasar akan buat peniaga mengalah, dan akhirnya jual murah.
Akhirnya..kalau berpanjangan..
produk seperti ladu, gula nise, asam akan ditinggalkan sebab generasi sekarang tidak lagi berminat untuk meneruskan perusahaan disebabkan margin untung yang sedikit berbanding penggunaan kudrat mereka.
Sebab itulahhh..
Jadi ramai tanya Kenapa Abe La start buat konten Iks. Sebab inilah,
Nak naikkan awareness dan permintaan produk iks tempatan, bila ramai orang nak, mereka naik harga pun takpa sebab produk boleh jalan, permintaan lebih penawaran.
Juga bila viral, pengusaha IkS sedar bahawa mereka boleh pergi jauh, apabila diberi spotlight seperti ini. Jadi akan ada semangat baru untuk teruskan.
Bila viral juga, mereka akan dapat bantuan, terdedah kepada bengkel untuk menggunakan peralatan moden yang dapat meningkatkan produksi dan mengurangkan penggunaan kudrat manusia.
Jadi kepada pengusaha IkS lokal, kena percaya produk and boleh pergi jauh, belajar marketing, belajar menggunakan machine yang betul, dapatkan dana yang disediakan banyak. Kena join bengkel.
Kepada Pembeli, janganlah selalu tawar harga di pasar, beli saja jika teringin. Sekali sekala perkenalkan makanan triadisi kepada Anak-anak supaya mereka kenal.
Sekian.. selamat pagi semua😫♥️