Tulus Digital

  • Home
  • Tulus Digital

Tulus Digital Tulus Digital is a fintech start-up that owns Tulus & SnapNPay™ - Islamic Digital Social Finance

Daulat Tuanku.Selamat Menyambut Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan A...
01/06/2026

Daulat Tuanku.

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Semoga Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan.

Daulat Tuanku.

Sembah Takzim daripada Tulus Digital Sdn Bhd

Hari Arafah, satu hari yang penuh dengan keampunan, rahmat dan doa-doa yang tidak terhijab. ✨Pada hari yang mulia ini, m...
26/05/2026

Hari Arafah, satu hari yang penuh dengan keampunan, rahmat dan doa-doa yang tidak terhijab. ✨

Pada hari yang mulia ini, mintalah apa sahaja kepada Allah SWT tentang kesihatan, rezeki, ketenangan hati, kebahagiaan keluarga, kejayaan hidup dan pengampunan dosa. Perbanyakkan juga zikir dan amal kebaikan kerana inilah antara hari terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar setiap doa hamba-Nya 🤍

Semoga segala doa yang dipanjatkan hari ini dimakbulkan.

Jangan lepaskan peluang untuk berpuasa pada Hari Arafah esok hari 26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijjah 1447H, kerana ia mer...
25/05/2026

Jangan lepaskan peluang untuk berpuasa pada Hari Arafah esok hari 26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijjah 1447H, kerana ia merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dan memiliki ganjaran yang besar.

Rasulullah SAW bersabda bahawa puasa Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang bagi mereka yang tidak menunaikan haji.

Semoga amalan kita diterima, dipermudahkan segala urusan dan diberikan keberkatan serta keampunan daripada Allah SWT 🤍

Sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah yang juga merupakan salah satu bulan haram mempunyai keagungan yang luar bias...
22/05/2026

Sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah yang juga merupakan salah satu bulan haram mempunyai keagungan yang luar biasa. Malah, hari-hari ini dianggap paling mulia dalam setahun, hinggakan ganjaran dan kelebihannya melebihi hari-hari di bulan Ramadan.

Jadikan momentum Zulhijjah tahun ini sebagai titik mula untuk membentuk diri menjadi insan yang lebih soleh serta teguh menghidupkan sunnah Rasulullah ﷺ.

Semoga setiap amalan kita diterima Allah SWT dan kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba yang diredhaiNya. Selamat beramal!

Selamat Hari Pekerja kepada semua yang menjadi nadi pembangunan negara kita yang tercinta 🇲🇾Di Tulus, kami menghargai se...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja kepada semua yang menjadi nadi pembangunan negara kita yang tercinta 🇲🇾

Di Tulus, kami menghargai setiap usaha dalam memacu ekosistem zakat dan wakaf yang lebih telus, cekap dan berimpak.

Terima kasih atas dedikasi anda. Semoga setiap usaha membawa keberkatan.

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah. Sebaliknya, ia menjadi kunci kepada pintu rezeki yang lebih luas dan jiwa yan...
30/04/2026

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah. Sebaliknya, ia menjadi kunci kepada pintu rezeki yang lebih luas dan jiwa yang lebih tenang. Jadikan sedekah sebagai rutin kita walau sekecil zarah, tetapi besar maknanya di sisi Allah SWT.

Kenyataan Rasmi Tulus Digital Sdn Bhd23 April 2026
23/04/2026

Kenyataan Rasmi
Tulus Digital Sdn Bhd
23 April 2026

Salam 18 Syawal buat warga Tulus, hari ni kami nak kongsikan niat untuk puasa 6 dalam bulan Syawal.Daripada Abu Ayyub Al...
07/04/2026

Salam 18 Syawal buat warga Tulus, hari ni kami nak kongsikan niat untuk puasa 6 dalam bulan Syawal.

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari daripada bulan Syawal, maka perbuatannya itu seumpama berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)

Rebutlah peluang keemasan ini sementara kita masih dalam mood bulan Syawal. Siapa yang dah mula? Atau baru bercadang nak "start" esok? Jom kita sama-sama istiqamah! 💪

Tips: Boleh buat berturut-turut atau berasingan janji dalam bulan Syawal !

Kenyataan Rasmi Untuk Siaran Segera 2 April 2026
02/04/2026

Kenyataan Rasmi
Untuk Siaran Segera

2 April 2026

Jazakumullahu Khairan Kathira! ✨Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik kami, atas kepercayaan yang diberikan...
31/03/2026

Jazakumullahu Khairan Kathira! ✨

Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik kami, atas kepercayaan yang diberikan kepada Tulus sebagai platform pembayaran zakat fitrah sepanjang Ramadan 1447H/2026.

Kepercayaan anda adalah inspirasi kami untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memudahkan urusan ibadah secara digital. Inovasi digital ini bertujuan untuk memastikan setiap tanggungjawab zakat dapat ditunaikan dengan mudah, selamat, dan efisien.

Semoga usaha kolaborasi ini terus memperkasakan ekosistem zakat di Malaysia.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tulus Digital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tulus Digital:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed computer & electronics service?

Share